Friday, February 26, 2016

Itinerary & Cost for Trip to Johor

Assalamualaikum.

Kan cuti CNY baru2 ni panjang kan?? So, otak pun ligatlah mana nak berjalan. Plannya memang nak seronokkan anak2 je terutamanya Faris. Ayulah yang beri cadangan ke Little Big Club di JB. Legoland nanti ye tunggu duit berkepuk-kepuk. Hahaha.

Everything pun memang Ayu yang plan. Booking, itinerary semua Ayu yang buat. 5rz transfer duit je & bawa kami ke tempat yang nak dituju. Ayu nak share itinerary dulu. Tiba sangat nak share kan? Macam pergi oversea je ha. Padahal JB je & rasanya time pergi Korea & overseas trip yang lain, I jarang kongsi iti kan? Memang tetiba sangat! Nanti insya-Allah Ayu akan linked kan semua benda2 penting dalam entry ni. Tunggu entry by entry siap publish dulu.

Day 1. 

Bertolak from KL pukul 2 pm since tunggu 5rz habis meeting on Saturday. Singgah late lunch dekat KFC Ayer Keroh since Faris nak ayam goreng Upin Ipin katanya. Beratur bukan main panjang! Dekat 1 jam Ayu beratur nak order makanan. Whatever yang ada je Ayu ambik. X kuasa nak tunggu2 lagi dah. Lepas Asar, teruskan perjalanan then sampai ke Silka Hotel. Checked in sebelum Maghrib.

Lepas Maghrib, keluar balik untuk dinner di Anjung Senibong Seafood. Then balik hotel. Settled day 1.

Day 2.

After breakfast, terus ke Little Big Club. Kami ambik all park. Will elaborate later. 
Santai di Puteri Hobour.
Late lunch at Murtabak Cheese Kampung Kurnia.
Balik hotel untuk rehat2.
Lepas Isyak keluar balik untuk dinner dekat Kilang Bateri. Sebelum tu sempat lalu tengok2 Danga Bay.
Balik hotel & settled day 2.

Day 3.

Lepas breakfast terus masuk bilik untuk packing2. Ayu called for late check out. Saja nak rehatkan diri kejap.
Then off for lunch at Larkin. Merasalah Kacang Pool Haji.
Singgah JPO untuk melawat kawasan saja.
Balik ke KL. 

Meh nak kongsikan cost trip to JB sekali untuk rujukan Ayu di masa hadapan. Insya-Allah nak pergi lagi. Legoland x sampai lagi ni.

Minyak pergi balik kereta 2.0 - RM 180
Tol pergi balik - RM 80 kot. Serius lupa. Anggar jela RM 80.
Hotel for 2 nights stay + breakfast - RM295.74
Air mineral 3 botol besar - RM 8.70 (Sebelum check in mana2 Ayu memang akan beli mineral water untuk minum2 dalam hotel/homestay. Nak buat susu lagi, 5rz nak air panas lagi)

Day 1

Lunch KFC - RM 30.50
Dinner Anjung Senibong - RM 193 (Mahal!!!!) Kami order pun x beragak. Nasi putih 1 pinggan, telur dadar, ikan siakap stim lemon, sotong goreng tepung, udang butter prawn, ketam black pepper, kailan ikan masin, air kelapa & air epal asam boi.
Parking for dinner - RM 2

Day 2

Theme park (All park. Hello Kitty, Thomas, Pingu, Ballerina ape ntah, Bob the builder & Barney) - RM 88/pax. Children 4 years above kena bayar. Harga sebenar untuk all park RM 125 tapi ada promotion so dapatlah RM 88. Nanti Ayu akan  elaborate more.
Beli toys Faris dekat ToysRus - RM 52.90
Lunch murtabak cheese ayam special 1, nasi ayam golek 1,fresh oren & milo ais - RM 29
Dinner at Kilang Bateri - RM 34 (Bubur ayam, nasi + sup gear box, ice cream 2 & air chocolate)

Day 3

Lunch at Larkin - RM 23 (3 sets of Kacang Pool + 1 ABC Special)
Parking JPO - RM 3 per entry.
Shopping JPO - RM 80.53 (Beli selipar dengan baju Faiz je)
Sewa stroller dekat JPO - RM 30
Minum2 dekat JPO - RM 12.60 untuk 1 choc blended di Madison's Cafe. Sedap! & secawan nescafe panas di food court yang bernilai RM 3 tapi 5rz kate x sedap! 
Late dinner dekat RnR -RM 23

Total: RM 1256.97 (Over budget! Sebab Ayu budget dalam RM 1k je) Paling menyesal, makan Senibong yang mahal tapi x sedap. Tapi, total cost dh termasuk shopping, beli toys semua. But still! X pe next time kita try cut cost lagi. Chaiyok! 

Till then! 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, February 24, 2016

Faiz Update at 8 Months

Assalamualaikum.

Aku ni on off blog kan? Entahlah. Mood makin hilang. Anyway, mari imbas kembali ape yang berlaku sepanjang adik berusia 7 & 8 bulan.
  • His 1st deman panas at 7 months. Mula2 tuam biasa2 je dulu. Lepas tu came batuk pulak. Pun mula2 natural treatment. After several days, batuk makin teruk. Kesian tdo x lena. Jadi, kenalah juga ke klinik. That means kenalah kasi ubat jugak. Sepanjang demam/batuk still aktif cuma x seaktif time dia sihat. Ikutkan semua dia dah merasa. Demam, selsema & batuk.
  • Kuat makan! Nampak orang makan je, mulalah merangkak laju2 nak pergi meraih simpati dekat orang suruh kasi makan skali. Dari kasi makan sekali sehari, dah kena kasi makan 2 kali sehari. Walaupun kuat makan & susu, badan gitu gak. Tapi masih ditahap selamat. Itu yang penting kan?
  • Lambat kasi susu je malalak bukan main. Lain sangat dengan abang. Dulu time pantang, kalau lambat kasi susu, tau jugak dia bersabar. Sekarang no more.
  • I think si adik ni suka dengan abang dia si Faris. Sometime selalu tengok si Faiz tengok je abang dia buat ape etc. Nak join belum boleh. Sabar ye dik.   
Itu jela. X de ape sangat pun. Huhuhu. 



Banyak gambar blur la sebab x reti duk diam





Amboi dik.




{From Ayu with ♥}

Monday, February 15, 2016

My Nyah's Engagement

Assalamualaikum.

So at last, she's engaged! Ingat tak post sebelum ni kami berjumpa di Penang? Untuk kasi dia my pink veil. Dia nak pinjam. Veil pink aku tu dah merata dah pergi. Orang dah pakai banyak kali. Meh2 siapa mau sewa. Sempat lagi promote kan? 

Lina bertunang on 16.1.16. Cantik sangat tarikh tu kan? Insya-Allah tahun ni juga akan berkahwin. Weee can't wait! Trip ke Penang hari tu memang semata nak pergi dia bertunang saja. Tidur 1 malam then Ahad tu balik.




Tradisi orang Penang memang suap gula.






I like this photo of hers. So ayuuuu.

Actually 5rz ada plan nak bawa pergi Cameron on the way back to KL tapi sebab kami check out hotel from Penang lambat, so terpaksa lupakan hasrat itu. Itu pun klua Penang pukul 3.30 then niat nak bawa Faiz plak merasa naik ferry. Kalau dah nak naik ferry, of course la lambat nak tunggu turn. Pukul 5 pm baru dapat naik ferry. Pastu plak Faiz tdo. Sudahnya aku kenalah duduk dalam kereta jaga Faiz. Aku pun mentido sama. Tup-tup dah sampai ferry dah stop. Aku tak terasa pun ferry bergerak. Tido mati aku dengan Faiz. Faris lah yang seronok kan? Dah 2 kali merasa naik ferry.

Tetiba terselit gambar ni. Ni masa nak tunggu Lina ok sikit. Ramai sangat orang nak ambik gambar kan?

Malam tu both kids demam. Huuuu sian

Oh my. Selekehnya laki aku bukak butang baju sampai cam tu. Well Penang panas lit lit.


Hari Ahad tu, since dah lewat, kami teruskan je perjalanan balik ke KL. On the way hujan lebat. Overall, oklah kami sampai dengan selamat, alhamdulillah.  Tahniah nyah. Can't wait for your wedding nanti.  

Kau tengok aku pegang kain tu kan? Ada sebab ye. Kain tu koyak besar entah langgar apeeeee. Kain lace je yg terkoyak. Kain dalam tu ok lagi. Kalau kain dalam tu koyak skali, lama dah aku duk dalam kereta je kot. Oh Joviannnnnn!

Dan kau nampak badan aku yang enak dimakan begitu sahaja tu? Oh my.....
  
{From Ayu with ♥}

Wednesday, February 3, 2016

Parasailing! I've Done It! Yeay!

Assalamualaikum.

Banyaknyaaaa tanda seruuuu!!! Ini cerita last year lagi. Ayu buat aktiviti parasailing time Ayu balik Penang akhir tahun 2015. Unplanned. Kan ada cuti panjang Maulidur Rasul & Xmas. MIL ajak balik Penang. So kami follow. 5rz kata nanti dia bawa jalan2 again ke Bukit Bendera. Faris dah pernah pergi dulu. Kali ni nak bawa Faiz pula. 

Kami bertolak dari KL, hari Rabu malam after Insya. Khamis x de aktiviti pun. Just makan, makan & makan. Pagi tu late & heavy breakfast at Tesco Penang. Lepas tu balik rumah x de buat ape. Sembang2 then  tido. Malam keluar makan ramai2. Malam tu jugak aku & 5rz tukar tempat tidur ke rumah cousin 5rz, Endeng.

Sekarang ramai dah orang jual air macam ni ye?

X sedap. Sorry

Jumaat, breakfast dekat rumah Endeng je. Lepas tu lepak2 tengok tv. Sambil2 tu dok borak2 cakap ape nak buat. Aku tanya Eisya (wife Endeng) ada ape dekat Pulau Jerejak? Dia kata dulunya pulau tu tempat pesakit2 kusta. Sekarang dah x de. Aku pun x tau kesahihan cerita tersebut. Layan saja. Lepas tu Eisya cakap pasal dia ada buat parasailing. Tetiba ting dalam kepala otak. Ha why not buat parasailing? Eisya dulu cakap dia pernah naik RM 60 double belon tu. Kira RM 30/pax. Murah! 

So after Zohor lewat2 sikit, kami isi perut dulu. Then terus menuju ke Batu Feringgi. Jalan jem seperti biasa nak naik situ. Sampai dah petang around 5 almost 6. Eisya carikan tempat nak buat parasailing. Dung dang dung dang, aku dapat RM 120 untuk medium circle. Dah habis diskaun dah tu. Harga asal RM 150. Terkorek-korek mencari duit sebab teringin punya pasal. Aku sorg je buat since 5rz gayat. Aku pun gayat tapi aku suka aktiviti extreme gini. 5rz tu adventure tang lain. Aku adventure tang macam ni lah. Endeng ngan Eisya pun x join. Eisya pregnant by the way.

Chubby me!

Sebelum naik of coz dia kasi penerangan serba sedikit. Jangan risau. Aku x naik sorg. Ada sorang guide duk belakang aku. Masa dekat atas, angin kuat. Risau aku. Tapi guide tu lah yang tolong tolak2kan badan aku kasi aku selesa. Ntah macam mana aku nak explain pun I don't know why. Dua2 tangan aku yang pegang tali bukan main merah lagi sebab dok pegang kuat2. Takut jatuh dalam laut oii. Angin kuat. Tapi aku tengok jugaklah pemandangan masa aku di atas. Rugi tutup mata babe. Dah bayar mahal, bukalah mata tengok keindahan sekeliling. Masa di atas ada juga aku sembang2 dengan guide tu tanya itu ini. Guide tu cakap kalau buat parasailing dekat Langkawi lagi murah. And I'm sure the scenery lagi cantik too. Tup2 dah masa mendarat. I touched down 2 kali. Again aku x tau how am I going to explained it here. It's like dah cecah pasir then terbang lagi then baru betul2 landed safely. Syukurlah.



Itu jela gambar paling dekat/clear yang 5rz dapat tangkap. Nak nampak muka aku memang x de ye.

Sudah buat parasailing, aku cam nak naik jet ski pun ye gak. Nak naik banana boat pun ye gak. Seumur hidup aku x pernah ye naik banana boat tu. Padahal itu banyak kat PD. Tapi semua hasrat tu terpaksa dilupakan sebab duit cam x cukup. Musim cuti. Semua pun naik. So 5rz bawa Fariz & Faiz mandi laut. Aku duk tepi jela. Malas nak basah2kan pakaian. Malas nak bersalin baju pun ye gak.

Faiz 1st time mandi laut at 7 months. Lagi 2 hari nak masuk 8 months at that time. Takut dia. Hehe

Bila semua dah puas, kembalilah kami ke jalan yang benar. Haha. Before that sempat dinner tempat yang memang aku teringin sangat nak merasa since Eisya cakap tom yam situ memang sedap. So suruh Eisya tunaikan janji. Tempat makan tu nanti aku review kemudian.

Esoknya tu sebelum kami balik KL, aku jumpa my nyah plak. Ada something nak kasi dekat dia. Dia memang orang Penang. Senang. X dapat jumpa di KL, jumpa di Penang. Haha. 






Anyway, penutup 2015 yang ok bagi aku since tercapai hajat nak buat paraisaling. Next time nak cuba buat benda lain plak like sky diving ke or naik zip line dekat Cebu. Hahaha angan2 saja.    

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...