Showing posts with label 2nd delivery. Show all posts
Showing posts with label 2nd delivery. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Another HUKM Review

Ini kali kedua Ayu bersalin dekat HUKM. Alhamdulillah ada rezeki lagi nak hired Dr yang sama sambut kelahiran Faris. Memang dalam plan HUKM was first in my list. Cuma jangan harapkan czer je kalau x memang x berapa nak cukup duit. Alhamdulillah jugak dapat bersalin normal kali ni. 

Untuk 1st review, korang boleh click sini. Macam biasa kena check sama ada that Dr yang korang nak tu still available or not. Kalau x silap Ayu, Ayu start called buat appointment dengan HUKM when I was in my 6th months. Memang rezeki, Prof Zainul still available. 

1st appointment dengan Prof, ada Ayu ceritakan dekat sini. Time Ayu kena warded, bilik lain semua dah full. Yang ada cuma VIP Suite and Executive Suite. Even nak double bed pun x de. Of coz la kami ambik Exec Suite. Per night for Exec Suite was RM 295. I just hope the baby will come out naturally and no need to emergency czer. Otherwise, menangis nak bayar bill. 

More like nak cerita pasal Exec Suite ni sebenarnya sebab macam yang Ayu kata tadi, semua review2 terdahulu, korang boleh click je dekat link yang Ayu dah sediakan dekat atas tu ha. 


Perbezaan yang ketara, bilik ni ada wallpaper. Bilik before ni x de. Before, Ayu ambik single room. Pun boleh tengok bilik tu dalam link yang Ayu dah provide atas tu.

Kerusi besar tu, dekat single room pun ada dulu. Ini Ikhwan. My nephew.

That sofa is another thing yang x de dalam single room dulu. Sofa tu boleh dijadikan katil juga. Bolehla ramai2 tdo situ.

Private bathroom of coz with hot water. Single room dulu, bathroom kongsi dengan bilik sebelah.


Kalau perasan situ ada mini fridge, safety box and oven which all these 3 items x de dalam single room dulu. Lupa nak mention. Flooring pun better dari previous room. 

Epidural dekat sini still sama around 400+ cuma Ayu menyesal ambik epi time delivered adik ni. I have nothing against epidural since I also took for both child cuma menyesal ambik for the second time. So far, Ayu x de apa2 effect ambik epi since Faris dulu. Harap2 x de effect until forever la. Time Faris, Ayu cukup bersyukur ambik epi sebab that epi helps me to get some sleep before I start pushing. I need energy. But epidural for second child was not really helpful since I feel the contraction pain non stop. Serupa x payah ambik and serupa giving birth naturally. Tapi x pelah. Dah selesai dah semuanya pun. Bila bayar bill, harga epi still sama macam Faris dulu around RM 400+ tapi x sampai RM 500. Kan best if I didn't took the epi. Boleh kurang lagi harga tu.

Total cost for 2 days and 1 night at exec suite was RM 3086, GST included. Hehehe. Faris dulu RM 31++ for 3 days 2 nights for single bed. Memang nampak kelahiran baru ni lagi murah but kelahiran pertama, Ayu stay for 2 nights walaupun bilik murah compared kelahiran kedua. Lagi satu time dalam labour room untuk kelahiran pertama dulu lagi lama berbanding kelahiran kedua. Second child, masuk LR pukul 8 malam, adik keluar pukul 10.29 malam hari yang sama. Faris dulu, pukul 7 malam masuk LR, Faris lahir 2.09 keesokkan paginya. Macam biasa my company cover 2k so we just top up the differences. 

What else? Prof memang ok and nurse dekat tingkat 7 tu memang so far ok. Nurse dekat labour jela. Bukanlah x ok cuma... entah. But overall ok jela.

A week after delivered, check up balik ke HUKM untuk tengok jahitan bawah. Time Prof nak bukak jahitan tu pun dia bawak another Dr. Real Dr not practical. Tapi kali ni dia bawa Dr perempuan. Prof explained that I have natural tear. Ok dekat sini aku x faham. Kalau aku natural tear, kenapa Prof still gunting bawah aku tu?


Check up after a week

Bila tanya nurse KK (Klinik Kesihatan ye bukan Kota Kinabalu. Motif sangat aku nak ke Kota Kinabalu kan?) dia cakap some Dr memang suka gunting so that nanti koyak bukaan tu x bersepah. Ini bagi memudahkan Dr tu nak jahit straight je nanti. Kalau koyak bersepah, susah Dr nak jahit. X taulah kebenarannya. Sampai sekarang aku masih x faham. 

I still have another check up dekat HUKM but for the baby, not me. Test pendengaran. Masa lahir ada buat cuma salah satu telinga je lagi x dapat buat. That test time puasa nanti kena buat. So, really pray that everything will be fine, amin.

Itu saja review kali ni. Till then..... 

{From Ayu with ♥}

Friday, May 29, 2015

Kelahiran Adik Yang Dinanti =)

Ok story yang aku x sabar nak masukkan dalam blog ni. Kalau dulu time Faris, tajuk dia 'Kelahiran Yang Dinanti', ni kita buat tajuk sama cuma tambah 'Adik' je. Anak seterus2nya, kemudian fikir. 

Starting from 27th April 2015 at 3.33 am. Memang x lena tidur since that time. Kejap2 rasa sakit. That time I knew that I was having a very mild contraction. Sakit2 pinggang, x lena tidur etc. Time Faris pun sama juga. Tak lena tidur sebab layan sakit. Until Subuh tu time 5rz nak siap2 pergi kerja, dia nampak Ayu tahan sakit. Kebetulan time tu memang Ayu cuti and kebetulan time tu memang kami nak pergi check up dekat HUKM for my 2nd CTG. Tapi kami memang plan nak pergi lunch time since 5rz kerja half day. I told 5rz x de apelah. Boleh tunggu sebab dah memang kebetulan nak ke HUKM. 

Lepas je 5rz pergi kerja, Ayu rasa semacam. Ayu rasa macam Ayu bleeding. Went to the toilet then calit sikit dekat bawah tu then yup, I'm bleeding. Banyak jugak. X macam Faris dulu, just a spot. Masuk bilik then terus pakai panty liner. Mandikan Faris then terus kemas2 beg hospital. Selalulah last minute kan nak mengemas? Kekeke. Sambil2 kemas tu, stop tahan sakit contraction. 

Then turun bawah nak kasi Faris breakfast tapi dia x nak makan ape2. Last2 SIL yang suap. Ayu pula baring dekat hall sambil tengok tv. Sikit2 sakit. Told SIL yang Ayu dah bleeding etc then SIL pun rasa macam 'it's time'

1 pm called 5rz tanya kenapa x sampai2 lagi, dia cakap dah almost there. Then I siapkan Faris and myself. 5rz masuk bilik then dia tanya kenapa x informed dia kata dah bleeding? Dia tau pun from my SIL. Explained that I can tahan the pain and x nak kasi dia risau. Lagipun bukan lama pun nak tunggu setengah hari tu. Bila dah ready semua, salam mak minta ampun etc. Ayah by the way dekat office. Menangis time salam mak.

Sebelum tu sempat singgah mamak sebab we all nak lunch. 5rz banyak kali tanya boleh tahan ke? Ya sure. Apa2 pun, Ayu nak isi perut dulu. Itu pun sambil makan, kejap2 contraction datang. Dah selesai makan, ambik Nilam (adik 5rz) sebab takut2 Ayu kena masuk labour room terus, at least Nilam boleh jagakan Faris dekat wad. Settled semua, barulah bertolak ke HUKM.


I had these tapi x habis pun. 
Sementara menunggu 5rz and Nilam

Sampai2, Ayu terus naik untuk check up. Tanya nurse

"Saya sepatutnya ada 2nd CTG hari ni tapi saya dah start sakit2 ni. So macam mana sekarang?"
"Kenapa Puan tak pergi emergency terus?"
"Sebab tu saya tanya sini dulu. Nak kena buat CTG ke macam mana?"
"Puan pergi buat urine test macam biasa dulu. Saya tanya Prof Zainul kejap"

Went to did the urine test then nurse panggil suruh buat CTG. 20 minutes of CTG, less than an hour, they called my name. Prof cakap my contraction dah 4 minit sekali and Prof nak check bukaan. Hadoiiii itu yang Ayu lemah tu. Kalau korang nak tau, Ayu saja lengah2 x nak ke hospital sebab takut nak kena VE. Sebab tu selagi boleh tahan sakit tu, tahan je dekat rumah, unless air ketuban dah pecah or leaking. Air ketuban kurang or pecah, baby boleh lemas tau. Baring then Prof check and bukaan dah 3 cm. Warded terus then dia kate petang masuk labour room, nanti Prof akan pecahkan air ketuban. I thought pecahkan air ketuban tu, induce. Rupanya bukan. Told Prof

"Tak boleh ke air ketuban tu pecah sendiri?"
"Boleh tapi lambatlah nak tunggu"

Dalam wad, Ayu jalan2. I learned my lesson here. Dulu time Faris, dalam wad duk baring je ha. Ni jalan kasi cepat bukaan and memang contraction less painful time kita berdiri (at least for me). Dia orang hidangkan makanan pun Ayu x makan. 5rz dengan Nilam yang habiskan. Bila dah lengguh berdiri, Ayu baring pula. Then Prof datang tanya soalan yang sama macam time Faris dulu.

"Nak epidural tak?"
"Tak tau lagi. Cuba tahan selagi boleh"

"Ok lepas Maghrib la kita masuk labour room, then you decide nak ambik epi ke tak"

Tak lama lepas tu 2 nurses came kasi ubat bontot. Ok kali ni Ayu rasa ubat bontot dia lain. Dulu lain sekarang lain. Gitu. Lepas je masukkan ubat bontot tu, terus memerut. Oh my kesan dia cepat sangat. Then 7.30 pm macam tu nurse tanya nak masuk labour room tak? Ayu pergi tanya 5rz. 5rz tanya Ayu balik sebab yang rasa sakit, me bukan dia. Huhu time tu x boleh nak fikir ape dah. Last2 masuk jugaklah. Karang penuh, jenuh nak menunggu kan? 

8 malam tepat, Ayu masuk labour room. Sebelum tu sayu je Ayu salam peluk cium Faris. Dalam hati ni moga ada rezeki peluk cium Faris lagi (bergenang air mata time taip ni ha) 



Lepas je Ayu otw to labour room, Faris pun tdo.

Dalam labour room, nurse tanya nak Epi x? Still undecided. Nurse check bukaan, still 3 but almost 4 cm. Itu yang buat Ayu sakit hati. Sakit lama2 tapi bukaan x jalan2. Sama macam time Faris. Tapi dah itu bahagian aku kan? Bila Prof dengar bukaan still 3 nak ke 4 cm, Prof decided to balik makan dulu then he will come back sambut kelahiran. 

Lepas Prof pergi, I've decided to take the Epi. Selain sebab x tahan sakit, Ayu fikir juga nanti nak kena jahit lagi. At least kalau ambik Epi, kurang sakit. Gitulah pemikiran aku time tu. Kali ni Dr Azarina yang buat my Epi. Dah ambik Epi pun sakit aku still sama, X berkurang. Dr Azarina pun pelik kenapa Epi x berkesan. Ok kes lama berulang kembali. Tapi dulu my epi makes me sleeps for at least 15 minutes. Ni lansung x de pape kesan.

"Contraction dia ni kuat sangat ni" 

Bila dengar Dr Azarina cakap macam tu, nurse tolong check bukaan. Suddenly dah 7 cm! Nurse pulak serba salah nak called Prof balik ke x. Last2 diaorang call jugak. Sementara tunggu Prof sampai, memang Ayu rasa nak teran sangat2 but I didn't get to teran with the right technique. Sudahnya nurse tu macam perli2 kata salah la bagai. Tapi Ayu x dendam pun dengan nurse tu. Masa tu malas nak melayan kau. Lantak situ. Sakit contraction ni lagi memeningkan kepala aku. Yang ajar aku push adalah 5rz. Kagum kejap tgk laki yang ingat cara push and ajar aku. Waaaa bangga tau. 

Bila Prof dah sampai, dia bawa seorang Dr practikal I think. A guy ok. Boleh tahan handsome la jugak. Muahahaha. Waaaa lantak situ. Dah 2 lelaki dalam labour room tu ha. 5rz lain cerita la kan. Bila Prof dah siap2, that practikal Dr x siap2 lagi. Sudahnya Prof cakap

"Eh cepatla"

Ayu pun rasa 'eh cepat boleh x?' Dah rasa nak keluar sangat ni. Bila semua dah siap, I push. X tau la betul ke tidak, I just pushhhhhhhhh! Then macam biasa Prof akan gunting sikit bahagian bawah tu then keluarlah kepala baby. I feel the ring of fire baybeh. Then last push, everything is out, alhamdulillah.

Bila dah keluar semua, macam biasalah 5rz tenangkan Ayu cakap baby dah keluar. Baby nangis kuattttt. X macam Faris dulu. Aku terus tadah tangan minta kasi baby dekat aku. Nurse tanya sebut baby ape (macam Faris dulu jugaklah) Then I said

"Baby boy"

Prof said

"Ok Ayuni. Tugas kamu dah selesai. Kamu x payah buat apa2 lagi dah"

5rz potong tali pusat, Prof keluarkan uri, darah ketul etc then jahit. Jahitan kali ni agak lama sebab Prof ajar Dr praktikal tu menjahit. Yang jahit tetap Prof cuma dia tunjuk cara2 jahit and potong. Hadoi. Then what else? Macam biasa Ayu diberi milo and biskut tapi nak habiskan biskut 1 keping pun payah. Then settled dalam labour room, dibawa naik ke bilik and rehat. I breastfeed my baby starting that night jugak even tho I rasa x de pape pun, I just want my baby to at least stimulate the milk first.





Then ape lagi, tdo. Nak rehat ok. Penat mak layan contraction and pushhhhhh. 


His first photo. Keluar2 je terus aku tadah tangan nak pegang baby. Hehehe
Gender, weight, lilitan kepala and of coz mom's name semua sama dengan Faris. Exactly the same. Tinggi pun, this newborn tinggi 1 cm je compared to Faris dulu

My husband was there the whole time. I thankful to have him as my husband, insya-Allah. He doesn't do anything much time Ayu sakit but bila dia tolong urut2 pinggang Ayu, sedikit kelegaan tetap terasa. When he hold my hand when I was in labour, was beyond enough for me. All husband out there, kalau ada peluang masuk labour room tengok your wife bersalin, please be brave enough to see the whole process. Isteri akan lebih appreciate you and sedikit sebanyak sakitnya akan kurang. You don't have to do much. Just tenangkan your wife, bagi kata semangat and just be with her, dah cukup besar dah bagi seorang isteri. After all, she is delivering your zuriat.

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...