Friday, March 13, 2015

1st Check Up at HUKM for 2nd Baby

Ayu jarang cerita pasal second pregnancy ni kan? Rasa kesian pulak dekat baby dalam perut ni. Bukan x excited tapi Ayu cepat penat. Dengan work load lagi. Maafkanlah ibu ye dik. Alhamdulillah I am now in my 3rd trimester. Tiba masanya check up dekat hospital pula ye dik. Seram sejuk seram sejuk masuk hospital and of course teringat kenangan bersalinkan Faris. 

Insya-Allah kali ni kami still check up dengan Dr yang sama. Nasib dah booked awal2. Yang x bestnya dari dulu lagi Ayu pernah mentioned dalam blog ni. Parking terhad. Kalau nasib x baik, kena parking dekat stadium tu which korang kena jalan sikitlah. Itupun stadium depan HUKM tu tengah renovate. 

Prosedur macam biasalah, pagi2 kena pergi HUKM ambil nombor. Memang dari dulu dia orang x accept appointment by phone. Hari tu masa first check up utk adik, kami dah nombor 10 sebab kami datang time lunch. Memang sengaja x datang pagi2. Then macam biasa dalam pukul 2 atau 3 baru Prof akan masuk clinic dia. Itu pun kalau dia x de emergency case. Masa tu dia tiba2 ada meeting pula. So kami jalan2 ke Viva Homes Cheras dulu. Best rupanya masuk Viva Homes ni. Boleh berangan macam2. Sayangnya rumah kami x siap sepenuhnya lagi. Kalau x, hmm hmm hmm. Eceh hmm hmm hmm tu macam banyak duit je kan? 

Pukul 4, datang hospital balik then tanya Prof dah masuk belum? Nurse kate Prof masuk pukul 5 sebab meeting habis lambat. Dekat pukul 6 baru Prof masuk. After Maghrib baru turn kami. Huhu. Oklah macam biasa Prof tanya dulu bersalin normal ke x bla bla bla. Padahal record ada je dekat tangan dia tu. Then dia tanya what type of family planning that we used since gap cantik 3 tahun. Huhu actually nak gap 2 tahun je tapi rezeki lambat sikit and so on la ceritanya. 

Time Ayu check up tu, I was on my 27th week tapi bila Prof check my tummy, dia kata perut nampak besar macam dah 30th week. Muahaha. I admit it. Pregnant kali ni memang I nampak bigger from the previous pregnancy. So far so good walaupun uri dekat bawah, but Prof said, 'you still have time'. Before that baby actually dah ke bawah tapi well, baby ni pusing2 pulak. I hope, time nak beranak nanti baby boleh masuk ke bawah so that I can deliver cara normal, again, amin... 

My MGTT pun ok and Prof kasi suntikan ATT (kancing gigi). Rubella Ayu still x cukup ye. Normal adalah 10 tapi now 0.2. 1 pun x sampai. Time Faris dulu 0.8. Ini 0.2 pulak. Ni sebab Ayu lupa nak ambik another suntikan after delivered kan Faris dulu. Tapi since the baby and me are doing fine right now, boleh ambik after delivered the second one ni pulak. Harap2 I ingatlah. Dahlah time Faris dah lupa. Kuikuikui. 

I still continued obimin. Next check up will be next Monday, insya-Allah. Insya-Allah I due awal bulan May. A week after that, adik aku nak kawin. Dah suruh tunda, x mau pulak dia. Kesian aku dalam pantang oiii. Huwaaaaaaaa...............

{From Ayu with ♥}

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya nk dpt bb baru..semoga dipermudahkan urusan ye sis

Ayuni Hj Rosli said...

Chekgu Azrine: Amin. Thank you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...