Friday, June 10, 2016

My Recipe: Nasi Ayam

Assalamualaikum.

Lama x post masak2. Pastu post time puasa kan? Kejam sikit. *kuikuikui* 

Nasi ayam ni dah lama buat cuma x pernah share lagi dalam blog. Sepanjang hidup, ni lah pertama kali buat nasi ayam. Setakat ni dah 2 kali buat. Makan nasi ayam dah berpuluh-puluh kali! Kahkahkah! Ok jomlah tengok bahan2 and cara2 nak buat nasi ayam ni.

Bahan-bahan.
  1. Ayam
  2. Sos tiram
  3. Halia
  4. Kicap pekat (optional. I x guna pun sebab x de)
  5. Kicap masin/manis (suka hati)
  6. Olive oil
  7. Honey
  8. Kiub ayam
  9. Kentang (optinal)
  10. Carrot (optional)
  11. Tomato
  12. Daun salad 
  13. Fish ball & fish cake (optional)
  14. Daun sup 
  15. Daun pandan (2 helai)
  16. Beras
  17. Butter
  18. Susu cair
  19. Rempah 3 beradik
  20. Bawang besar, bawang putih untuk menumis
  21. Air    
Cara-cara
  1. Kalau boleh sehari sebelum buat nasi ayam tu, rebus ayam siap2. Masa rebus x payah letak garam ape semua. Rebus saja. Lepas rebus toss kan. Air rebusan simpan.
  2. Ayam yang direbus tadi, letak dalam 1 bekas. Tuang sos tiram, kicap pekat, kicap manis/masin, olive oil 1 sudu and honey 1 sudu. Sukatan kicap tu agak2 la. I x retilah nak measure2 ni. Selalu pun agak2 je. Letak skali halia, bawang besar & bawang putih yang dah ditumbuk dalam tu. Gaul and peram semalaman. Makin lama peram, makin sedap. Sebab tu suruh buat sehari sebelum benda2 ni. Kalau x, paling lama pun cuba peram selama half an hour - 1 jam.
  3. Dalam pan, letak butter sikit untuk dijadikan minyak. Butter ni jugak yang akan menjadikan nasi tu warna kuning. Ada orang letak kunyit tapi I x letak. Suka hati.
  4. Tumis bawang besar, bawang putih sampai naik bau.
  5.  Masukkan rempah 3 beradik.
  6. Tambah susu cair.
  7. Masuk kiub ayam. Letak daun pandan untuk kasi wangi.
  8. Kalau nak, boleh letak garam tapi I x letak since kiub ayam tu pun dah ada rasa masin.
  9. Bila semua dah sebati, masuk dalam beras yang dah dibersihkan.
  10. Tambah sikit air rebusan ayam dalam tu. Macam mana nak agak air rebusan banyak mana? Again, agak2 la. Kalau berani, ukur ikut jari macam biasa cuma rasa panas sikit la. Well, that's what I did. Kahkahkah. Tahanlah panas tu sikit. X pandai measure kan?
  11. Masak nasi macam biasa. Settle part nasi.
  12. Ayam yang kita dah peram semalaman tu, gorengkan je. Cara goreng sama je macam goreng ayam. Siap pasal ayam.
  13. Kuah peraman ayam tadi jangan buang. Ambik masuk dalam 1 mangkuk untuk dijadikan kuah kicap.
  14. Tambah air rebusan ayam sikit dalam bahan peraman ayam tu. Siap kuah kicap.
  15. Ok untuk sos plak, I so malas nak buat. So what I do was, guna sos chili thai. Masuk dalam mangkuk then tambahkan air rebusan ayam dalam tu. Siap sos cili. Hehehe. 
  16. Sup plak, guna air rebusan ayam yang kita gunakan sebelum ni.  
  17. Letak kiub ayam, perasakan dengan garam.
  18. Tambahkan kentang ke fish ball ke fish cake, carrot ke tomato ke suka hatilah korang nak sup tu ada ape pun.  
  19. Letak daun sup. Siap sup
  20. Bila nasi dah masak, hidang & makanlah ape lagi.      
Nampak banyak bahan & steps kan? Memang pun. Tapi lama2 insya-Allah biaslah tu. Selamat mencuba. 

Ini air lebihan peraman sos. Nampak cair sebab dah tambah dengan air rebusan ayam. Kalau nak pekat, letak sikit je air rebusan ayam

Beras sebelum masak
Bila dah siap, rupa macam ni. Wangiiii sebab ada daun pandan tu ha
Ini sos cili yang Ayu guna untuk buat sos. Tambah air rebusan je. Sonang
Sup forest nama dia sebab terlalu banyak daun2 ha

Ini 1st attempt buat nasi ayam. Colour gitu ayam dia sampai 5rz pun tanya 'ape ni?' Terus aku down x mau buat nasi ayam dah. Kahkahkah. Tapi dia kata sedap je. :)

Ok second attempt better sikit rupanya ha

Practice makes perfect kan?
 Till then.
 
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...