Wednesday, March 30, 2016

Dining Review: D'Kayangan Steamboat, Shah Alam on My Birthday

Assalamualaikum.

Sambungan review makan2. Hari tu dah review pasal lunch treat on my birthday. Kali ni dinner treat, still on the same day. Sebelum 5rz buat reservation, 5rz dah tanya Ayu siap2. I ok je. Dia kate, nak makan dekat revolving restaurant x bolehlah. Almost RM 300. So it's down with either hotel or steamboat ni. Since 5rz tanya pasal steamboat, I follow jela dia bawak pergi steamboat tu ha. We made reservation sebab according to 5rz tempat packed. But time kami sampai x lah pack mana. So2.


Concept dia buffet. RM 37 ada sen2 per pax. For kids kalau above 5 years baru kena bayar. Tempat dia ada dalam & luar. Kami duduk dalam dengan harapan ada aircond sejuk tapi bahangnyaaaaa. Sekarang pun tengah panas kan? What to do? Panas dunia. Tapi memang serius panas. Dengan bahang steamboat lagi. Masya-Allah memang x tenteram makan duk lap peluh je kerja kami. Anak2 pun sorang 'good boy' dok usik itu ini sorg cranky sebab panas agaknya. Lagi berpeluhlah kami.

Kawasan persekitaran



Korang kena bayar dulu then baru makan. Pilih jela korang nak makan ape then masak dekat tempat duduk masing2. Settled. Choices of menu memang pelbagai. Kami x pandang pun nasi ke, mee, ke ape semua. Seafood je kami ambik. Almost 2 hours dinner, alhamdulillah kenyang perut suka hati. Kekekeke. Ayu just makan udang, prawn, udang, prawn. Itu jela duk ulang2. 

Macam2 pilihan sayur

Ini Ayu x berapa berkenan sebab open sometimes lalat hinggap takut bawa penyakit

Pelbagai sos

Recommended? Oh yes! Boleh google D'Kayangan Steamboat. Not sure kalau dia ada branches lain tapi kami pergi yang dekat Seksyen 13, Shah Alam. Insya-Allah nak pergi lagi kalau ada rezeki. Cuma yang x best was kawasan dalam dia agak berbahang. Maybe next time kena duduk dekat luar kasi angin luar sejukkan badan sikit. Tapi kalau hujan? Hmmm nasiblah. Oh satu lagi yang x best, bahan2 mentah like udang sotong etc etc semua dia orang letak open air gitu (macam dalam gambar). Kadang nampak ada lalat hinggap. Ada pekerja yang halaukan lalat2 tu and of coz ada lilin diletakkan tengah2 tu tapi kadang Ayu tengok lalat tu hinggap lama jugak. Takut bawa penyakit, itu saja. The rest was all fine.   

Last but not least. Jangan membazir ye
      
{From Ayu with ♥}

Tuesday, March 29, 2016

Dining Review: NY Steak Shack on My Birthday

Assalamualaikum.

It was my birthday last Sunday actually but seriously nothing special. Celebrate makan2 je. 5rz nak belanja makan dekat Shah Alam but dinner so I suggested to have lunch dekat NYSS sebab selalu tengok Cha makan sana. Saja nak try. Ikutkan memang nak Menate but since Menate dh pernah try 2 kali, hey why not give NYSS a try.

We went to Mid Valley sebab nearest to our place. Kebetulan ada baby fair. Pun jalan2 skali. I ordered Rib eye steak medium rare for me, lamb chop medium for 5rz & fried chicken fingers for Faris. 2 side dishes boleh pilih ikut suka hati. 

Budak ni nangis sebab kena marah. Naughty sangat kan?



Personal view, my daging was liyat! X feel makan! Rasa menyesal. Lamb 5rz ok sedap sampai Faris pun makan. Sayur yang ada dekat meal 5rz pun sedap. Mashed potato was so banyak tapi cepat muak. Banyak tu sampai 5rz pun x habis nak makan. Aku apetah lagi. Tapi sedaplah mashed potato dia. Cuma muak. Aku punya side dishes pun ok cuma daging liyat!!! Fried chicken fingers OMG why goreng sampai cam tu skali? Hangus! Cam mana budak2 nak makan oiii? Apparently, kami x buat complaint pulak regarding the matter. Faris pun agaknya dah kenyang makan lamb 5rz, dia x usik pun chicken fingers tu. Air plak Ayu order banana choc shake. Ok sedap.

Inilah daging yang liyat itu. Tapi sayur brokoli & corrot tu sedap. Lembut je

Ini ok memang sedap. Daging lembut.

Tengoklah kehangusan itu. Masya-Allah

Bila dah ordered hari tu baru ternampak rosemary chicken. Not sure nak repeat makan sini lagi ke x sebab rosemary tu macam memanggil-manggil. Tapi mengenangkan kenangan pahit daging liyat tu rasa cam, no more already. Hahaha. Will see.

Ok itu je nak review kali ni. Nanti review tempat yang 5rz bawak dekat Shah Alam plak. Next.     

{From Ayu with ♥}

Thursday, March 24, 2016

Letter to Faris 4

Assalamualaikum Faris,

Alhamdulillah hari ni genap 4 tahun dah kamu. Pagi tadi sempat cakap yang today birthday dia then cakaplah yang nanti ibu beli kek ye? Dia boleh cakap x nak kek. Then me & 5rz tanya 'Faris nak ape?' Dia cakap 'Nak raya-raya' Ibu pun pelik nak raya2 tu cam mana? Nak duit raya ke? Faris angguk. Tanya nak beli ape? Dia diam. 

Sebenarnya lama dah ibu x update pasal Faris dalam blog ni. Jadi, marilah ibu kongsi sikit ape je yang kamu suka buat sekarang.

  1. Fully diapers free day & night since you were 3 years & 6 months old. 
  2. Kalau nak berak tu, orang lain x leh tengok. Tapi x kasi tutup pintu sebab takut. Cam mana? Semua orang kena pergi jauh dari toilet & jangan tengok dia berak. Kahkahkah macam semua pun hadap sangat nak tengok kamu berak kan? Kalau kencing x pe plak. Sebab kencing kejap je kot?
  3. Dah ada rasa malu dalam diri dah sekarang. Kadang after berak ke mandi ke kalau suruh datang dekat ibu untuk pakai seluar/baju dia akan suruh kita balutkan badan dia dengan tuala sebab malu kalau orang lain nampak. Hehe baguslah kalau dah ada sifat malu tu.
  4. Still susah nak makan. Asyik nak nasi goreng telur je manjang. Itu je makanan fav dia. Asyik tu je dah macam x de zat plak ibu tengok.
  5. Faris ni nakal dia memang boleh buat ibu ayah jadi orang yang x sepatutnya kami jadi. Tapi kadang kalau datang sweet dia tu, hmmm cair plak hati kami ni nak.
  6. Sekarang dia suka randomly say 'Kasih ayah beli Ayish toys' 'Kasih ibu beli Ayish playdoh' Baru2 ni dalam minggu ni jugak ibu masakkan nasi, telur goreng & letak kicap. Itu jela makanan dia. Pastu dah sudah masak tu dia cakap 'Kasih ibu masak Ayish telur sama nasi goreng sama cicah' Cicah tu kicap bagi dia. Pastu dia sambung lagi 'Ayish sayang ibu. Muah' Tiba dia datang dekat aku sambil kiss aku dekat pipi. Alahai sayu plak hati ibu ni ha. 
  7. Kacau adik memang no 1. Kadang kacau teruk2 kadang sayang pun teruk2 gak. 
  8. Faris ni actually bosan x de kawan dekat rumah tu. So bila sometime abang Iman turun nak keluar dengan mommy & daddy dia barulah Faris boleh bermain. Kalau x tu, memang Faris akan main sorg2 je dekat bawah. Tunggulah adik kamu besar sikit nanti bolehlah ajak 'bertumbuk' light2 ye. X mo heavy metal sangat.  
  9. Petah bercakap. Menjawab pun sama oiii. Kadang petang suruh nap dulu nanti dia jawab 'Kan ada sun. Sun x boleh tidur.' Ni sebab dulu masa kecik kalau nak bangunkan dia pagi2, kami akan cakap 'Sun dah bangun. Ada sun mana boleh tidur' Rasakan sampai sekarang dia menjawab macam tu bila ibu suruh nap. Atau kadang suruh kemas toys, dia akan cakap 'Ayish penat' Pastu bila aku cakap 'Penat pergi tidur' Nanti dia jawab balik 'Eh ngantuk baru tidur. Penat duduk je' Punyalah banyak alasan x nak kemas toys kan?
  10. Sesiapa je nak keluar dari rumah tu, mesti dia akan soal siasat. Pak long nak pergi mana? Atuk nak pergi mana? Semua orang kena punch in punch out dekat Faris ye. 
  11. Baru2 ni ibu nak pergi toilet nak buang air. Pun kena report kat dia dulu. 'Ibu nak kencing ke? Banyak ke?' Kalau aku nak berak dia akan cakap 'Oooo ibu nak yak? One only ke? Two?' Kahkahkah sangat! Manalah ibu tau berapa banyak ibu nak kencing. Berapa ketul ibu nak yak. Faris, Faris.... 
  12. Telatah dia memang mencuit hati. Suka ikut atuk & wan solat. Baru2 ni, dia sendiri yang ajak wan & atuk solat tapi atuk & wan time tu penat. Nak rehat kejap. Faris siap2 bentang sejadah then cakap 'Cepatlah atuk. Pergi mandi. Jom solat' Tapi atuk & wan tertidur. X de orang melayan dia, pandailah dia keluar dari bilik atuk wan sendiri main dekat luar pulak. Hehe kesian.
Itu jela. Faris, kamu memang sangat naughty ye. Maafkan ibu kalau ibu suka bertukar menjadi motherzilla. Padahal ibu lupa yang Faris anugerah untuk ibu. Kamu memang penyeri sangat2 untuk ibu sebab kamu sangat2 petah bercakap. Melawan tu kurangkan sikit ye. Nasib menjawab jawapan2 comel. Sekarang oklah still comel. Dah besar menjawab, hmmmm siap ye.  

Up until now, ibu & ayah still x tau nak celebrate ape untuk kamu. Plan asal nak belikan kamu kek je. Since pagi tadi dia cakap x mau, nak buat ape ni? Insya-Allah hari minggu kita keluar jalan2 k? Tiap2 minggu pun kita jalan2. Mungkin jalan2 special la kot? How special? Tunggu jela. Mungkin biasa2 kot? Eh entahlah. Tengok budget. Happy Birthday yang ke 4 Faris. 

Love:
-Your number one die hard fan-
Ibu 






{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...