Tuesday, August 27, 2019

Our 1st Home.

 Assalamualaikum.

Tajuk ni macam x sesuai sebab ni rumah suami aku. Aku ni menumpang je. Kahkahkah. Oklah maksudnya beli atas nama suami je. Alhamdulillah loan lepas guna nama 5rz seorang. Kami beli rumah ni end of 2013 tapi masa tu rumah masih belum siap. Eh K.A.M.I pula? Tadi kata rumah suami. Lol! Oklah rumah kamilah eh B? Kah sure geleng kepala laki aku baca ni dh tentulah rumah bersama oiiii! I remembered dulu lepas kahwin, 5rz la susah payah cari sana sini rumah for sale la, rent la tapi semua aku x berkenan. Lama2 search, aku redhalah nak cari rumah di KL memang kami dah x mampu. Kot mampu pun, studio type. Jadahnya nak studio type. We want to build a family here & plus time tu kami dah ada Faris. So, 5rz cari luar KL. Kami banyak kali jugak keluar masuk expo hartanah etc. Semua pun x memenuhi kriteria. Paling ntah apa2 time kami pergi expo hartanah dekat KLCC. Kau kalau x de 1 juta, x yahlah pergi expo hartanah kat KLCC tu. Kecewa gila kami time tu. Dah tu berapa juta anak2 aku nk kena ada untuk beli rumah nnti oii? Ok back to the real story. Kalau x silap, jumpa rumah kami ni dekat expo hartanah di Mid Valley. Masa tu 5rz dah macam ok2, 50-50 nak ambik. Tapi aku dok fikir jauh la etc. Then berlalulah kami pergi x booking apa2. Then ada satu hari Sabtu (aku ingat sebab time tu aku kerja Orientation Day) 5rz called & dia kata nak pergi tengok kawasan rumah yang kami berkenan time tengok dekat expo Mid Valley. Aku nak sangat ikut tapi dah nak buat macam mana? Aku kerja. 5rz pun kerja time tu tapi dia dapat lari kejap. Tup2 5rz racun aku dia cakap sampai bila kita ni x beli2 rumah. Kejap jauh la itulah inilah. Beli je dia kata. Lol sangat. So aku pun menurut perintah jela. Aku isteri solehah sangat wehhhh ikut jela suami tiket aku ke syurga tu ha. Kira ni kami decide semua on the phone. So that day jugak 5rz bayar deposit booking & yang lainnya tunggu lah loan approve ke tidak. Mula2 memang 5rz kata try nama dia sorg dulu. Kot x lepas karang, pakailah nama aku. Fast forward, alhamdulillah loan approved. Estimated time siap lagi 3 tahun which is 2016.

Masa rumah kami tu dalam proses pembinaan, kami selalu jugak lalu2 situ nak tengok progress. Gambar bawah ni progress dah hampir siap dah ni. Gambar yang baru naik tiang pun I ada snap tapi itulah gambar hilang entah kemana. Letak apa yang ada je dalam ni untuk kenangan.


Single storey memang in my list. I x kiralah rumah banglo ke apa ke janji rumah tanah & single storey. Itu je main criteria I. I malas turun naik tangga. Kahkahkah.
Ni lah rumah kami. X siap lagi masa ni. Suka hati masuk ;p
Kawasan tanah bahagian depan. Bahagian belakang memang x de tanah lansung. Kira tanah depan ini saja.
Rumah tengah je mampu masa tu. Alhamdulillah. Tengok juga price for corner lot & end lot tapi gaji masa tu macam x membenarkan sangat. So ambik rumah tengah dulu. 


Fast forward lagi, alhamdulillah April 2016, kami dapat kunci. Itu pun sebenarnya developer dah lambat kasi kunci. Rezeki untuk kami, dapatlah habuan from developer sebab lambat serah kunci. Kehkehkeh. Alah duit tu pun dah selamat kami laburkan untuk renovation rumah kami kecik2. Lepas dapat kunci, ada duit sikit2 tu kami start dengan renovation sikit2. Kami pecahkan bahagian belakang (dapur) kasi habis semua. Then kami buang dinding pemisah antara ruang makan dengan dapur. So memang kitchen kami open space ship. Gitu lawak hambar dari aku. Ok sekian.  


Ini bahagian belakang, Kecik je ruang belakang. Fikir banyak kali jugak nak pecah belakang ke tak sebab kecik sangat belakang pun. 


Ini bahagian dari dapur. Dekat dapur ada 1 toilet.
Ruang dapur. Tempat asal sinki adalah di situ tapi after renovate, kami tukar position sinki ke dinding sebelah sana. Nantilah entry lain pulak aku cerita pasal dapur.

Tingkap asal pun kami tukar since pecah/besarkan dapur sekali.

Siap rumah in 2016 tapi awal tahun ni (2019) baru kami pindah masuk sini. Reasonnya sebab since dapat kunci, renovation still on going. On going yang sangat slow bukan pasal apa. Kami x ambik loan untuk renovation, semua duit simpanan. Itupun bila ada duit, renovation jalan. X de duit duduklah diam2 situ. Pekerja pun semua kenalan2 5rz. Kitchen cabinet pun FIL yang buatkan slow2. 


Rumah ni jenis memanjang. Dinding pemisah antara ruang makan dengan dapur tu kami pecah kasi habis. Memang open je dapur kami. Adalah kami tutup dengan something. Nanti2 cerita walaupun dah siap pun ruang tu.

Time site visit with FIL. Tu 5rz dengan ayah dia la tu. My FIL. Ni kami tersalah masuk rumah ni sebab masa tu still confuse rumah yang mana. Apa daaaa.
Sebenarnya time awal tahun kami masuk dulu pun rumah x siap habis pun lagi. Masih tunggang langgang. Tapi sebab kami memang dah register Faris untuk masuk sekolah dekat situ, kenalah pindah masuk juga. Ikutkan boleh je aku menumpang rumah parent lagi sampai rumah siap, tapi I dibesarkan dengan tukar2 sekolah sebab kena ikut ayah kerja sana sini. I hate the feeling when every time nak masuk sekolah baru. Nak make new friends, nak sesuaikan diri etc. Kawan baru di sekolah, mengaji, tuition & kejiranan. Really hate the feeling. Susah nak start all over again. So I don't want Faris to have that kind of feeling. Dia mungkin suka sebab dia suka je berkawan. Yela x semestinya apa yang aku x suka, anak2 pun akan turut sama x suka kan? Tapi lantaklah. Kami masukkan juga Faris ke kawasan berdekatan dengan rumah kami. So sebenarnya main reason kami pindah masuk ke rumah kami adalah sebab Faris nak masuk darjah 1. Kalau ikutkan, selagi rumah x siap, memang I x nak masuk. Leceh nanti & memang leceh pun sebab dah merasa awal tahun hari tu & mungkin akan rasa lagi since rumah pun still x siap habis.


Setelah bertahun x datang jenguk rumah, kami datang tengok dah macam ni. Aku dalam kereta tetiba rasa sedih. Rumah memang terbiar macam tu je.
Time ni 5rz buat seorang since I tengah sarat mengandung anak ke 3. Ni pun kebetulan datang sebab ada orientation day Faris darjah 1. 

Macam ni je mampu 5rz buat. Letih jugak dia kata since x de peralatan semua. Kami pun x prepare apa2. 
Proses nak bersih2kan rumah semua 5rz dengan adik2 dia yang buat since November & Disember last year I baru lepas bersalin & berpantang. Tapi beli perabot sikit2 tu aku pergi after pantang. Apa je yang kami beli? Semua keperluan asas & murah2 je. Ni kira kami baru nak start hidup berdikari ni. Dah anak 3, baru nak start ha. Alhamdulillah rezekilah juga tu kan? Tak lama lagi dah nak masuk setahun dah kami duduk sini. Bilik anak2 still x siap. Actually banyak je lagi benda yang x siap. Semua sebab duit. Like I said earlier. Ada duit jalan. X de duit, diam jela. Tapi ok je kami 5 beranak duduk sini. Ada tempat berteduh hujan panas semua dah kira alhamdulillah. Kami still dalam fasa nak melengkapkan rumah kami slow2. Banyak lagi yang perlu dibuat & doakan semoga segala proses berjalan dengan cepat & lancar, amin.


Ni masa mula2 husband & adik2 nak start kemas2. X rupa rumah dah. Dengan plaster syiling x di cat lagi. Penat rupanya cat syiling. Kau kena mendongakkkkkk je.
Time ni perabot dah start masuk walaupun rumah x bersih habis. Lantak. Dua2 budak tu pulak sibuk nak ikut. Aku dengan baby dekat rumah mak since aku still dalam pantang.
Syiling pun cat sap sap soi je. Oklah nampak better sikit. 
Tu kalau korang tengok tu, dapur memang x siap lagi tu. Time kami masuk awal tahun pun memang x siap. Kami tutup dengan plastik macam kanvas tu je & FIL buat sikit2 dapur tu. Masak pun time tu kami guna pan grill yang boleh masak sup sekali tu, guna elektrik. 

I actually ada banyak sangat gambar2 tapi itulah banyak yang dah hilang entah ke mana. So mana yang ada ni jela yang I masukkan dalam ni sebagai kenang2an. Ok itu saja buat masa ni. 

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...