Friday, November 8, 2013

My Recepi: Gulai Sardin



Ramai rupanya yang x tau sardin dalam tin tu sebenarnya boleh dibuat lauk gulai. Ayu pun baru tau ramai yang x tau pasal sardin masak gulai ni. My SIL sendiri pun pernah tanya dengan mak 'Sardin boleh buat gulai?' Sardin memang my favorite. Kalau malas masak, masak sardin jela. Sonang. Meh nak kongsi recipe gulai sardin

Bahan2.
  1. Sardin dalam tin (X kisah brand ape pun. Ikut suka korang)
  2. Santan
  3. Kentang
  4. Cili padi (tumbuk/blend)
  5. Air masak
  6. Garam
  7. Serbuk kunyit
  8. Minyak masak sikit
Cara2.
  1. Kalau Ayu, Ayu suka rebus kentang dulu supaya x dela lama kita nak tunggu kentang tu empuk. Rebus menggunakan air yang sikit.   
  2. Sementara nak tunggu kentang tu empuk, Ayu akan goreng ikan sardin. Actually sardin tu x payah goreng pun x pe tapi 5rz x kan makan ikan sardin yang x digoreng. So, Ayu gorengkan lah untuk dia.
  3. Masukkan santan dalam periuk. Dalam periuk tu masuk skali serbuk kunyit dengan cili padi yang dah diblend (serbuk kunyit dengan cili padi agak2 la ye) Dah masuk semua, nyalakan api. 
  4. Bila semua bahan2 dalam no 3 dan mengelegak (betul ke ejaan aku ni?) masukkan kuah sardin yang dalam tin sardin tu. Nanti kuah tu akan jadi warna kemerah-merahan.
  5. Lepas tu masukkan garam secukup rasa.
  6. Kalau rasa santan pekat sangat or nak kuah banyak, tambahkan dengan air. 
  7. Then masukkan pula kentang yang dah direbus bersama-sama sardin yang dah siap digoreng.
  8. Tutup api. Kejap je sebab Ayu dah siap2 rebus kentang mula2 tadi. So, masa nak masak tu sekejap jela.
  9. Siap untuk dihidang.

Rebuskan kentang guna sikit je air ye.

Goreng ikan sementara tunggu kentang nak empuk

Masuk santan, serbuk kunyit and cili padi dalam periuk
Hasilnya. Dua kali Ayu paste gambar ni ha


Selamat mencuba.

{From Ayu with ♥}

5 comments:

permatabiru said...

suka juga buat gulai sardine nie..pernah share entry juga dlu..lama dah..

Chekgu Azrine said...

Bolehla cuba..masak lemak pun ye kan sis

Nor Ayuni Rosli said...

Azrine: Ha'ah mcm masak lemak

DYatie said...

Okay! Nak cuba jugak! Terima kasih ayu!! ;)

Nor Ayuni Rosli said...

DYatie: Welcome

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...