Monday, June 15, 2015

Rutin Berpantang Kali Kedua

Rutin berantang kali ni lebih kurang sama je dengan rutin berpantang dulu. Cuma kali ni Ayu berurut selama 1 minggu. Kalau dulu, Ayu cuma berurut selama 1 hari je. Muahaha. Itu pun dah kena marah dengan 5rz. Sebab dia kata at least urut la sampai 3 hari. So kali ni, Ayu berurut seminggu terus. Start booking mak bidan since Ayu pregnant lagi. Suka sejak dia urutkan Ayu masa Ayu pregnant lagi. Masa tu Ayu sakit2 badan. So berurutlah dengan dia. By the way, Ayu start berurut pada hari ke 8 berpantang. 

Pagi2 selalunya 5rz akan mandikan Faris. Then turun bawah. Ayu akan tunggu mak bidan sampai. Sementara tunggu mak bidan sampai, Ayu akan breakfast dulu. Bila mak bidan sampai, dia akan masakkan air mandi Ayu. Kadang dia guna air Tanamera yang Ayu dah sedia beli. Kadang dia buat guna daun2 yang dia bawa sendiri. Tukar2 la. Sementara tunggu air mandi Ayu masak, dia akan mandikan baby. Lepas baby dah mandi, Ayu plak mandi. Sementara Ayu mandi tu, dia akan tuam baby and pakaikan baju baby. 

Lepas Ayu dah selesai mandi herba, Ayu akan susukan baby. Baby tdo, Ayu akan tangas for like 15 to 30 minutes. Siap tangas, tungku. Lepas tungku baru berurut. Selalunya tungku and berurut yang makan masa lama skali. Last skali pakai barut. In between kalau baby bangun nak susu, stop la susukan baby. Kalau baby berak ke ape, semua mak bidan yang akan tukarkan diaper. 

Selesai semua, baru lunch. But that rutin selama seminggu jela. Habis contract dengan mak bidan, rutin lain. 5rz akan mandikan baby and Faris. Ayu plak akan mandi dekat bawah sebab senang nak masak air. Guna heater mana boleh rendam air herba Tanamera and daun2 segala. Lepas tu mak bidan siap tinggalkan daun2 untuk mandi dekat Ayu. Kenalah habiskan jugak. Ikutkan, nak je Ayu mandi guna air panas heater tu je ha. Sonang. The rest of the rutin sama jela cuma x de tangas, tuam and berurut segala. 

Makanan and minuman so far masa pantang ni, Ayu bedal je. Cuma sejuk and pedas je Ayu pantang betul2. So far Ayu makan:
  • Nasi ayam
  • Daging black pepper
  • Ikan bakar
  • Ikan singgang
  • Siakap stim
  • Ikan bilis goreng black pepper
  • Sayur sawi
  • Sushi especially set yang ada grilled salmon
  • Nandos. Ambik yang paling x pedas. Lemon & herbs kalau x silap.
  • Buah anggur
  • Buah oren
  • Roti biskut tu biasalah.   


Halia and black pepper memang setiap hidangan akan letak ni
Ikan bilis goreng black pepper tapi serbuk black pepper belum letak lagi time ni




By the way, alhamdulillah Ayu pun dah habis pantang last week. So bila agaknya Ayu boleh makan pedas? Kena try and error la kan sebab Ayu breastfeed baby.  

Till then! 

{From Ayu with ♥}

Wednesday, June 10, 2015

44 Hari Sudah Berakhir. Yeayers!

Alhamdulillah today dah hari ke 45. Tamat sudah hari berpantang. Kalau ikutkan Ayu dah start habis pantang on the 40th day. Muahahaha. Eh tapi kenapa kena pantang selama 44 hari eh? Ape significant nya 44 hari tu?Kenapa 44 bukan 40 ke 30 ke 22 ke? Cam mana orang dulu2 kira? Pantang dengan suami pun. Kenapa mesti 100 hari bukan nombor2 yang lain. Confuse.....

Sepanjang berpantang, ada juga Ayu ngelat2 keluar pergi sana sini.

Day 10.
Went out for check up my jahitan dekat HUKM. In between ada juga keluar pergi Klinik Kesihatan untuk check jaundice. Alhamdulillah jaundice adik x berapa high. Pergi check up sekali je.

  

Day 12.
Kenduri nikah adik, Ain. Buat dekat rumah jela. So oklah duduk dalam bilik je.




Selingan. Budak2 selepas selesai majlis akad nikah


Dalam gambar ni, muka Faris macam muka I sangat. Dengan rambut macam girl!
Day 13.
Kenduri Ain dekat dewan dekat2 rumah jela. Oklah sebab parents ada. Mertua pun ada. Plus, aku duduk dalam bilik VIP je pun. Baby nak susu. Sonang.


Tenggelam gambar sebab warna carpet sama dengan baju. 

Teknik tangan tutup perut

Don't worry. Time ni Ayu still pakai bengkung. Ikat sendiri lagi.

Tapi, Ayu selalu pakai sock. Ikat rambut and berpilis. Bengkung jarang2. Pakai sock, ikat rambut & berpilis boleh katakan almost everyday Ayu buat. Ayu x pakai pilis yang kotor2 dekat dahi tu. Ayu pakai pilis lutsinar. SIL yang kasi. Best jugak.

Ini minyak pilis lutsinar yang Ayu gunakan time pantang.
Day 17.
Went out for seafood dinner at Jeram. I just had siakap stim of coz. Itu jela yang Ayu boleh makan pun. Ayah belanja after kenduri Ain. Saje belanja 1 whole family.


And ada lagilah keluar minggu beli barang dapur sikit2. Kejap2 je, no worries. Anyhow, yeah! Dah habis pantang! Itu je nak cerita. Bye2..... 

{From Ayu with ♥}

Friday, June 5, 2015

Fesyen Baju Kurung Moden Terkini Sempena Raya

Insya-Allah tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan dan seterusya bulan Syawal. Korang dah tempah baju raya belum? Kalau belum, ada lagi ke tailor yang sudi terima order sekarang? As for me, insya-Allah akan beli yang ready made saje. Sekarang ni dah macam2 online shop or even kedai-kedai kat luar sana pun dah banyak jual fesyen baju raya yang cantik-cantik.

Untuk tahun ni, baju apa yang menjadi pilihan korang? Jubah ke, baju kurung ke, kaftan ke or kebaya? Selama 3 tahun berkahwin, semua baju raya Ayu pada hari raya pertama adalah baju kurung. For me, baju kurung tak pernah outdated. Cuma fesyen nya saja yang berubah-ubah mengikut peredaran masa.

Jom kita tengok fesyen baju kurung moden terkini yang ada di Malaysia ni. 

Peplum. Ayu pernah pakai peplum untuk hari raya pertama pada tahun kedua Ayu menjadi isteri. 



Baju kurung bermanik. Ini pun Ayu pernah pakai sewaktu tahun pertama Ayu beraya as a wife. Yela. Mana taknya. Recycle baju nikah sahaja. Selalunya beading atau manik banyak diletakkan di bahagian pergelangan tangan dan dada. 


Bilalah nak dapat balik body macam ni. Ini pun masa 3 bulan mengandungkan Faris dulu


Lastly, baju kurung moden lace. Ini pulak, baru raya last year Ayu pakai. Even without manik pun, kain lace tetap boleh menyerlah kalau kena dengan gayanya. 





Tambah butang2 macam ni, dah jadi cantik dah
 So, apa pilihan korang untuk raya tahun ni?

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...