Friday, May 16, 2014

Langkawi Island Hoping - Tasik Dayang Bunting

Memang Ayu yang beria nak ke tasik dayang bunting ni sebab pernah pergi Langkawi tapi x pernah jejak tasik ni. Tasik dayang bunting ni adalah pulau ke dua terbesar di Langkawi selepas pulau Langkawi itu sendiri. Pagi on 2nd May after breakfast, check out then kami dibawa ke jetty untuk island hoping. Package island hoping ni, kami ambik masa di jetty Kuala Perlis. RM 35/pax. X rugi sebab kalau beli from jetty di Langkawi, RM 45/pax. 

Korang tgk la Faris mengamuk nak berebut monopod ngan aku


Naik bot best sebab driver bot siap buat drift lagi. Me likey! Faris mula2 takut plak. Siap berkepit dengan ayah dia. Hehehe. Tapi after that ok dah.

Tengok tu. Faris peluk erat ayah dia

First stop was tempat yang Ayu memang nak sangat2 pergi. Tasik dayang bunting la. Penat sebenarnya nak ke tasik dayang bunting ni sebab you have to walked. Naik turun bukit plak tu. Letih sangat.

Nampak x dayang buntingnya?

Bila dah sampai dekat kolam tasik tu barulah rasa lega. Cari tempat duduk nak berendam kaki. Dekat sini ada 2 kolam buatan. 1 budak2 punya kolam and 1 lagi orang dewasa. Kolam buatan tu maksudnya dasar kolam ni korang boleh cecah kaki. Tasik dayang bunting tu sendiri was actually sebuah kolam. 


Sini boleh sewa jet ski. Rate x sure berapa

Dekat tasik dayang bunting ni korang boleh naik ape eh nama tu? Yang kena paddle dengan kaki tu. Rate pun x tau. Hehe


Ni kolam buatan tu
Faris tu nak terjun tapi x nak tukar baju mandi. Haish!

Last2 kami biar dia ber pampers je ha


Sini boleh sewa life jacket. Next time kalau nak datang sini lagi, bawak life jacket siap2 la from home untuk jimat. Tapi x mahal pun sewa life jacket. RM 10 je. Kami di tasik dayang bunting dalam 1 jam.

Sedikit lagenda pasal tasik ni yang Ayu tau la ye. Kalau info salah, minta maaf.

Ada seorang puteri dari kayangan, Mambang Sari suka bermandi manda dekat tasik ni dengan kawan2 dia. Then ada seorang putera bumi, Mat Teja terpikat dengan Mambang Sari. Cut it short, Mambang Sari tertipu untuk berkahwin dengan Mat Teja. Ayat tertipu tu macam too strong la pulak. Mambang Sari tertipu sebab Mat Teja guna air mata ikan duyung untuk mencantikkan muka Mat Teja. Something like that la. Selepas Mambang Sari dan Mat Teja berkahwin, mereka dikurniakan cahaya mata tetapi malangnya, cahaya mata mereka meninggal dunia pada hari ke 7 kelahiran. Oleh kerana terlalu sedih, Mambang Sari menyemadikan mayat anaknya di dalam tasik tersebut. Dan selepas itu, Mambang Sari kembali ke kayangan tetapi sebelum pulang, dia sempat berdoa agar setiap wanita yang tidak mempunyai anak, akan dikurniakan anak sekiranya mandi di situ. Aku rasa macam takut plak aku dok rendam kaki kalau dalam tasik tu ada mayat. Cerita ni x tau la betul ataupun tidak. 

Oh by the way, dekat sini korang kena pandai2 sembunyikan makanan (if any) sebab dekat sini banyak monyet nakal! Ayu x pasti dekat sini ada tempat persalinan ke tidak tapi toilet ada. Masuk mahal, 50 sen sekali masuk. 

Nampak x bertemuan 2 air yang berlainan tu?

Kalau x silap Ayu, air di tasik dayang bunting adalah air tawar manakala air diluar tasik dayang bunting adalah air laut. Air masin. 

Sekian info pasal dayang bunting ni.

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...