Monday, June 29, 2015

Kali Kedua Yang Lebih Mudah, Alhamdulillah

How was your fasting day so far? Ayu biasa2 jela. Puasa macam orang lain jugak. Kali ni nak cerita pasal perbezaan anak pertama dengan anak kedua iaitu antara Faris dengan Faiz. Memang banyak beza dia. Melahirkan Faiz lebih mudah dan lebih cepat berbanding time Faris. Kalau time Faris Ayu tahan sakit contraction selama 27 jam, time Faiz, cuma 19 jam which is less than a day. Beza 8 jam tu banyak ok! It's like 1 hari dekat office. Yela kita kan kerja 8 jam sehari. Masa Ayu dalam labour room untuk lahirkan Faiz pun x lama. Masuk LR pukul 8 pm, and Faiz keluar pukul 10.29 pm hari yang sama. Faris plak, masuk LR pukul 7 pm and Faris keluar pukul 3.09 am keesokkan harinya. Whatever test/procedure that I had time Faiz like for example VE, much more easier compared time Faris. Maybe sebab dah ada pengalaman.

Hari pantang bersama Faris was really tiring and I had baby blues. Menangis, emo x tentu pasal. X dela nangis everyday. Dalam 2 3 hari je. But still rasa ya Allah.... Penat pantang time Faris sebab dia kerap kembung perut. Dia pernah kembung perut sampai demam! Dah lah masa tu baru berapa hari. Faris susah nak burp after feeding pun penyebab dia senang kembung perut. Nak tidur tiarapkan dia, tunggu tali pusat cabut pun sampai 21 hari! Pastu Faris ni jenis suka berjaga malam. Pukul 12 pagi bangun berjaga sampailah lepas subuh baru dia akan tidur. In between, dia akan feeding, berak, changed diaper, pastu hiccup pulak. Then kena feed balik then berak balik and the list goes on...... Faiz plak, pantangkan dia alhamdulillah ok. Ayu lebih calm and no baby blues. Faiz sometimes kembung jugak but not as bad as Faris. Dia tidur malam pun ok. Mula2 dulu selalu jugak bangun menyusu etc but now still bangun malam tapi sekali je. Bangun nak susu then tido balik. Kadang ada jugak ragam dia nak ajak boraklah apelah pepagi buta tu tapi jarang sangat. 

Then Faiz suka dibedung. Boleh katakan sepanjang berpantang, Ayu bedungkan dia. Time Faris dulu asyik nak mengamuk je every time Ayu bedungkan dia. 

Harta dunia akhirat ibu. 

Walaupun rasa lebih challenging nak jaga Faris, tapi tu semua Ayu rasa time pantang je. After that, senang je nak handle Faris. Cuma skrg ni melasak dia bukan main sangat. Haish! Tapi x pelah budak2. Bahagian Faiz plak kita x tau macam mana. Harap semuanya ok2 saja. Bila rasa jaga Faiz lebih mudah ni, mulalah rasa nak pregnant cepat2 lagi. Nak tutup kilang cepat pun ye jugak. Haha. Ayu rasa pengalaman jugak yang banyak membantu Ayu handle anak kedua dengan lebih mudah. Well, I just hope anak2 seterusnya, Ayu akan rasa lebih relax, amin.

{From Ayu with ♥}

2 comments:

Sasha said...

Hee neves pulak baca sakit tu lama berapa jam :O. Harap turn i nanti dipermudahkanlah semua.

Chekgu Azrine said...

Tahniah ayu!!!mna2 ank pub pasti ada cabarannya..kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...