Monday, July 25, 2016

Kisah Raya Pertama 2016.

Assalamualaikum.

Kita start raya stories laju2 sebab dah masuk minggu ke 3 Syawal dah ha. Macam yg I cerita sebelum ni, raya pertama lepas solat, makan then tangkap gambar terus. Lepas tu baru bersalaman raya. Raya tahun ni 1st time 5rz bawa Faris ke masjid untuk sembahyang raya. For the 1st time jgk, Faris sembahyang dengan sempurna. Sempurna tu maksud I, x de rasa bosan, main2 etc. Selalunya klu Faris ikut 5rz solat, lambat sikit mulalah dia main2. Jalan2 dalam bilik. Tapi masa dekat masjid 5rz kata dia elok je follow sembahyang. Siap cakap 

'esok kita solat sini lagi eh?' 

Haha comel. Sembahyang raya time raya jela, aiyooo. 

Salam raya dulu


Si Faris nengok je ha. Lepas tu minta 'ibuuuu. Ayish nak duit raya jugak'

Nak bergambar lawa2 dengan anak2 mmg susah. Bkn dgn anak je, ayah anak pn samaaaa! Si adik cam confuse, si ayah x tau nape riak wajah gitu, pastu si faris dh kenapa? Mak je yg always jelitas, ahaks!

Adik masih confuse, 5rz dah macam patung sebab x de perubahan riak wajah & Faris getting better. Again, mak always ready for the camera =)

Cucu2 mak & ayah yang ada pada raya pertama

Inilah gambar paling decent kalau I nak put on frame nanti. Riak wajah semua ok kecuali si Faris yg macam boolayan disitu. 

Gambar ni senget sebab kamera x guna tripod. Letak atas sofa je. Jadilah semua yg patut ada, ada dalam ni

Anyway sambung cerita, lepas dah bersalaman, kami terus bertolak ke rumah in law untuk bersalam raya dekat sana plak. Lepas dah bersalam raya, terus ke kubur untuk ziarah. Lepas tu ke rumah makcik 5rz untuk makan laksa sebab sehari sebelum raya, makcik 5rz dah pesan suruh singgah sekejap. Lepas tu meneruskan perjalanan ke Penang. Ingatkan 1st raya x jem. Jem jugak. Tapi oklah kami sampai pukul 5 petang cam tu. Sampai2 terus bersalam mohon maaf dgn 5rz. Punyalah kelam kabut sampai terlupa nak salam raya suami. Sebelum klua dari kereta terus salam husband. Moga tahun depan x jadi macam ni lagi. Ape punya bini daaaa.....

On the way ke Penang


1st day raya rumah Penang memang tetamu non stop. Sampai ke tengah malam. Kami dah terlalu penat so kami balik dulu sebelum tetamu balik. X larat weh nak tunggu tetamu balik. Kami tdo rumah cousin 5rz. Ok stop sampai sini dulu. Nanti ada masa I update lagi, insya-Allah.

{From Ayu with ♥}

2 comments:

Chekgu Azrine said...

selamat hari raya maaf zahir batin

Ayuni Hj Rosli said...

Selamat hari raya jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...