Monday, July 10, 2017

Cerita Hari Raya 2017

Assalamualaikum.

Ok mana satu I nak cerita dulu ni? Dah draft cerita lain tapi macam nak update cerita raya dulu. Macam mana ni? Sebab kalau klua cerita ni dulu, dah cerita dalam draft tu dah jadi tunggang langgang. Pastu mesti rasa eh kenapa dalam cerita ni macam ni bla bla bla. Lantaklah. Siapa faham, faham la. 

Ape nak cerita ni ye? Hmmm Ramadhan. Sepanjang Ramadhan memang I x kerja. Ambik unpaid leave. Ha kan dah tetiba nak kena intro pasal apa unpaid plak kan? Sebab tu kena publish cerita dalam draft tu dulu. Tapi memang nak save that one for later. So I ambik unpaid leave la senang cerita. Kisahnya duk rumah je. Tetiba jadi personal shopper untuk dUCk, misslilyshop & FV. Hahahaha. Kata unpaid. Carilah income sikit nak cover untuk raya kan? Memang dah lama ada niat nak jadi PS ni. Masa resign last year pun ada plan nak jadi PS pastu x jadi sebab tetiba nak continue kerja plak. Tapi kali ni jadi PS betul2. Nasib 5rz pun ok support. Nanti follow la IG PS I (psayuni_kl) <sempat promote kan?>

Terus cerita persiapan raya memang totally last minute. Last week of Ramadhan baru bawak anak2 pergi beli baju melayu. Memang setiap tahun pun settle kan barang anak2 dulu baru fikir keperluan kita. #perangaimakmaksangat <1st time nak guna hashtag2 ni bagai> 


Public transport je senang. Actually memang leceh bawak 2 toddlers ke Jalan TAR tapi bkn selalu. X bawa stroller pun. Semua kena jalan. 

Tahun ni turn raya belah I. Aku pun still menumpang dekat rumah parent so memang dekat situ jela. Raya dekat KL memang bosan gile tapi nak buat macam mana. Itulah kampung anak2 aku nanti. Sedih x merasa balik kampung jauh2. 


Tahun ni mak ayah colour lain, anak2 colour lain. Itu pun kalau boleh si Faris nk pakai baju colour kuning, untuk adik, dia suruh pakai biru. Nak suruh jadi Upin Ipin sangat. Nasib pujuk2 dia ok.

Pagi2 raya bila dah siapkan anak2 tetiba sangat 5rz ni cakap nak balik Penang. Haih la. Very last minute! Kita perempuan nak kena fikir baju apa nak pakai raya ke 2 etc etc. Orang lain sibuk siapkan makanan dekat dapur, I kelam kabut duk packing. Tawakal jela ape yang aku packing kan pun. Pastu last minute ajak parents aku balik Penang skali. Kebetulan parent in law aku dekat Penang sebelum tu. 

Tahun ni lambat sikit I bersalam raya dengan 5rz & family. Lambat sebab kalut nak packing bag lagi. Time salam, I rasa tahun ni paling sedih. Weh setahu aku, aku x pernah nangis time salam dengan 5rz or even mak ayah aku. #hatikentalahsangat Start sedih & nangis bila salam 5rz. Aku ni sebenarnya malas nk minta maaf kat dia sebab aku tau nanti aku buat balik (Ape punya bini ni oiii?) Siap masa salam tu I cakap 

'sayang minta maaf tapi sayang tau nanti sayang buat balik' sambil menangis-nangis.

5rz pun balas

'jangan lah buat lagi'

Alah pastu dia pun minta maaf & we live happily ever after. The end not the end yet.

Lepas sesi salam bersalaman, sesi ambik gambar plak. Lupa pulak nak ambik gambar salam bersalaman especially dengan 5rz sebagai bukti aku minta maaf dengan dia. Heh! Ala selalu pun memang salam dulu then acah2 ambik gambar time salam bersalaman. 




Ok scene2 x ready memang akan selalu ada. Ape tah lagi dengan kids kan? 

Memang Faris nak posing macam tu. Let him be 


Dan aku pun mengikut sama


Tunggang langgang gambar. Kejap dalam rumah kejap dekat luar.

Honestly, ini gambar paling ok walaupun muka adik macam tu :p





Ni my fav picture. Tapi sayang along je x de dalam gambar ni. Kalau x, cantik dah boleh frame gambar ni

Settle ambik gambar, bergeraklah kami semua ke Rembau, kampung belah ayah. Sampai2 terus makan untuk lunch then solat rehat2. Pukul 4 macam tu terus ke Penang. Dekat Rembau x berjalan mana sangat sebab agaknya masing2 dah letih kot? Sampai Penang pukul 12 tengah malam ye. Jem jugak. Raya kan? Time2 tu jugaklah cari hotel mana nak stay. Kami nak stay 2 malam tapi kami stay 2 malam di hotel yang berlainan sebab malam raya pertama tu dah macam x de choice dah. Duduk jela situ. 


Walaupun arwah wan dah x de, kami tetap balik dekat rumah ni

Banyak kenangan tercipta dengan rumah ni


Last but not least. Excuse my eyebag. It's prada. :D

Oklah nanti2 kita sambung raya dekat Penang untuk hari seterusnya plak k? Malas membara................ 

{From Ayu with ♥}

1 comment:

Aty Fared said...

selamat hari raya ayu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...