Tuesday, March 13, 2018

Behind #ayusurgerystories (Part 1)

Assalamualaikum.

Entry ni dah lama ada dalam draft cuma x publish2. Kebetulan today genap 1 tahun kejadian itu berlaku, so I publish it today.


Pagi pada hari kejadian, I settlekan hal2 sekolah Faris untuk darjah 1.

Bila tengok balik gambar ni, ya Allah memang kita x tau apa akan berlaku dekat kita. Ujian Allah nak bagi.

13 March 2017. Satu incident telah berlaku yang telah mengubah hidup aku buat selama-lamanya. Cewah ayat! Oklah straight to the point. Hari tu I dengan 5rz terlibat dalam satu accident jalan raya. We both naik motor & yang accident skali dengan kami tu bawa estima. Kami on the way nak makanlah ceritanya bila I nampak satu kereta ni dok berjalan even though time tu bukan time dia untuk jalan. It was our turn to jalan. Masa tu I fikir x de apa lah sure 5rz boleh ngelak tapi last2 berlanggar jugak w/pun 5rz dah hon byk kali. Masa langgar tu I fikir ok x pe langgar je ni x de apa. Like seriously x terfikir akan jadi this serious. Bila dah langgar tu, yang I ingat, moto dah jatuh and I still atas motor. Kot la korang boleh bayangkan. Then I looked up and tgk 5rz terpelanting dekat depan I. I mean dia dh terpelanting la and berada dalam 15 meters away from me. Masa I tengok dia, dia still sedar & I wasn't feeling anything. Semua orang yang datang menolong masa tu semua fokus ke 5rz. I was like eh x de orang ke nak tolong aku ni? Sekali I dengar suara orang laki cakap

"Eh tolong dia. Kaki dia tersepit tu" sambil orang laki tu tunjuk ke arah I. Then I replied
"Tak2. Kaki saya x tersepit"

Tapi org ramai still datang tolong angkatkan I. At that time memang kaki I x tersepit and I was still aware of what happened. Still x de rasa apa2 until masa orang ramai nak tolong bangunkan I tu suddenly I nampak darah and tiba2 je rasa sakit sangat tangan kiri I ni. Terus I terbaring atas jalan raya tu. Orang dok bukakan helmet I and kasut I pastu letak kaki I atas jalan raya tu. I menjerit

"Panas!" Kejadian berlaku waktu tengah hari panas gila. 

Pastu depa alas kaki I dengan jaket siapa pun I x tau. Muka I x panas ke? Panas tapi I dikelilingi dengan orang ramai & yang paling I ingat seorang makcik ni dok tutup muka I dengan kain tudung dia yang labuh tu nak cover mata I dari sinaran matahari. Tangan kanan I dok la pegang tangan makcik tu dok cakap byk kali

"Suami. Suami saya mana?" Sambil terketar-ketar tahan sakit.
"Suami ada dekat sana"

Banyak kali tanya kat makcik tu suami, suami. I punyalah fikir kenapa 5rz x datang2 jenguk aku. Sedih plak rasa. Padahal aku pun x tau keadaan dia cam mana. Masa tu lah I dengar ramai laki dekat situ dok cakap tangan aku patah. Masa dengar tu I dah start sedih. Berair mata dengar. Lepas tu makcik tu nak bukakan tudung I sebab maybe dia tengok I berpeluh sangat kot. I geleng pala sebab I tau masa tu I dok pakai byk sgt pin sure susah makcik tu nak buka tudung I. So biarkan aja. I bersyukur sangat ada makcik tu dok teman I, pegang erat tangan I, tenangkan I. Entah manalah makcik tu sekarang. I ingat lagi makcik tu pakai baju & tudung warna purple. Masa kejadian tu ramailah dok panggil ambulans polis etc. Polis sampai dulu and polis kawal trafik yang sedia ada. Sementara nak tunggu ambulan sampai, I macam nak lelap dah mata ni sebab cuaca terlalu terik tapi x dapat lelap mata sebab lelaki yang ada dekat situ cakap 

"Akak jgn tidur kak. Cerita dekat saya apa yang berlaku"

I tau. Laki tu bukannya x tau I x boleh cerita dengan jelas pun. Dia nak suruh I awake je. Jangan dok layan sakit yang ada. Good strategi juga tu. Tapi I x cerita pun apa2 dekat laki tu. I dok la tanya kat makcik tu

"Suami. Suami"

Bila ambulan datang, paramedik take over. Dia tanya leher patah ke? I jawab x. Confident je kan? Tapi dia pakaikan I apa nama tempat leher tu ha. Pastu dia balut kain agaknya tangan kiri I ni. Sakit sangat. Lepas tu I dibawa masuk ke dalam ambulan dengan 5rz. I baring, 5rz duduk atas kepala I tapi I x nampak dia. Bapak mertua pun ada dalam ambulan skali. Sebab lepas accident, 5rz yang call FIL suruh datang tolong. Masa dalam ambulan tu I angkat tangan kanan I nak capai tangan 5rz skali x terbalas kau. Sedih gila wei aku! Aku sakit ni dia x mau pegang plak tangan aku! Dah lah x jengguk aku time aku terlantar dekat jln raya tadi! Ni semua sebab I x sedar & x tau pun apa kecederaan yang 5rz alami. Sian. Asyik fikir aku je kan?

Gambar ni I dapat from family group. Kebetulan kawan adik ipar lalu dekat situ then dia sempat instastory. Huhu
By the way, ini kereta yang kami langgar tapi silap dia.
Bila tengok balik, Allah. Memang teruk ha kemek dia. 

Otw nk ke hospital I cakap hantar dekat Gleneagles pun x pe. Tapi paramedik tu cakap

"Tak pe kita hantar HKL dulu. Nanti dekat sana boleh tukar"

Bila sampai dekat HKL, I diusung ke emergency & I x tau 5rz dibawa ke mana. I sempat tengok yang 5rz masa tu masih boleh berjalan. Dalam emergency, ramailah Dr yang tengok kes I ni. Sorang2 dok tanya apa jadilah bagai. Pastu tanya IC, nama, ada alergik ubat x. Pastu tetiba datang Dr lain tanya balik soalan yang sama. Dah naik jenuh I menjawab. Pastu Dr perempuan ni nak bukakan jaket I. I naik motor memang pakai jaket. Tapi semua cam buntu macam mana nak buka jaket I sebab tangan kiri I patah. Masa tu diaorang semua assume patah. Then Dr minta permission nak gunting jaket baju I segala. I ok jela. Itu pun I siap dengar Dr tu cakap sayangnya nak gunting. I balas dekat Dr tu 

"Gunting je"

Then dia pun gunting. Pastu tetiba I terkejut masa dia gunting bra I. I x expect pun sebab dia kata nk gunting jaket je tapi fikir logik balik, kenalah buka semua supaya senang dia nak tengok kecederaan dengan lebih jelas. Lepas dah buka baju semua, Dr pakaikan I dengan baju hospital colour hijau. Tiba sangat nak mentioned colour tu kan? Tapi tangan belah kiri ni Dr tu balut je dengan baju tu sebab nak pakaikan macam mana sebab I tengah sakit kan? Lepas tu dia minta permission nak buka seluar I sebab I cakap lutut kiri I pun sakit. Lepas tu datang beberapa Dr yang lebih senior tanya soalan yg sama. Then dia check seluruh badan I. Dia tekan2 dada, pinggang semua and tanya sakit x? I think dia nak tahu bahagian mana lagi yang sakit agaknya. So memang I sakit tangan kiri & lutut kiri je tapi lutut kiri tu sakit dia macam sakit bergeser kat jalan je kot rasanya.

Lepas tu (dah berapa byk lepas tu dah ni) I dibawa ke bilik x-ray sebab nak tengok tulang tangan kiri ni. Masa tu ramai dah cakap confirm patah. Everytime I dengar perkataan patah je I nangis mengenang nasib. Paling asab sekali masa x-ray. Untuk dapatkan gambar yang jelas, they have to gerak2kan my left hand and sakit sangat I rasa time tu. Tulang kau patah pastu depa gerak sana sini nak letak elok2 atas papan tu. Memanglah sakit. Dia macam tangan kau dah bengkok akibat accident tu pastu dia suruh kau straight kan tangan tu. Sakit kan? Well, itu lah yang I alami. Ramai pujuk jangan gerak, ye tau Puan sakit tapi sabar sikit Puan. Aku hanya mampu jerit sakit, sakit, sakitttttttt je sambil nangis. Lepas dah dapat position ni, buat position tu plak. Grrrrrrrr. Pastu depa tak x-ray lutut aku just because aku cakap sakit cam bergeser atas jalan je. Dr dalam bilik x-ray tu sempat selak kain nak tengok lutut pastu dia kata ok x payah x-ray.

Settled x-ray, I dibawa semula ke bilik emergency yang mula2 tadi tu. Then I tanya lagi dengan Dr yang ada dekat sana mana suami saya? Dr tu minta no telefon 5rz then dia called tapi macam hp tutup. Terus I sedih fikir mana 5rz lansung x datang jenguk aku. I fikir agaknya dia pun x jumpa mana I dibawa sebab keluar2 ambulan, masing2 terpisah. Pastu tetiba Dr tu offer nak telefon mak aku then aku cakap oklah. Sekali dia tanya, mak Puan x de penyakit serius ke takut nanti saya telefon ni terkejut pulak dia. Dah I serba salah bila dia cakap mcm tu walaupun mak x de sakit serius pun, then I cakap x payahlah. Pastu tetiba I nampak adik ipar laki I datang. Terus nangis then cakap

"Firdaus. Abang mana?"

Firdaus cakap dia pun x tau mana 5rz. Dia datang pun sebab bapak (MIL called suruh tengok2 kan aku sebab rupanya FIl sibuk dok tolak wheel chair untuk 5rz bergerak ke sana sini) Lepas tu Dr datang lagi pantau keaadan I then tetiba dia tutup curtain. Dr nak bersihkan open wound dekat jari2 kiri I. Masa tu I x tau pergelangan & jari I ada open wound cuma rasa sakit je. Nak cuci luka pun Allah memang sakit la. Aku menangis sambil merayu sakit, sakit. Dah settle cuci luka, Dr tanya lagi mana sakit. Heyyyyyy. Berapa banyak kali nk kena mentioned ntah. Bla bla bla boleh pulak dia suruh aku buat x-ray lutut kiri plak. Pulak. So dibawa la aku ke tempat x-ray skali lagi. Masa tunggu turn untuk di x-ray tu lah aku jumpa MIL, adik ipar aku yg jaga anak2 aku & Faiz (my 2nd child) Faris dekat rumah adik ipar aku sorg lg yg jaga. Time tula menangis aku tgk anak aku. Faiz bkn faham pun. Tengok jela dia dekat aku. Agaknya dia pun tertanya napa ibu dia nangis ye tak? Pastu kat situ jugaklah I jumpa 5rz. FIL tolak dia guna wheel chair. Menangis aku tengok dia pastu 5rz cakap sorry byk kali sbb accident. I x salahkan dia pun. Benda nak jadi. I mengadu dengan 5rz yang I sakit sangat2. Dia pun pujuk suruh sabar cakap sorry lagi. Bila dah sudah x-ray memang ternyata lutut alhamdulillah x de pape yang serius. Cedera je.  

Then I dibawa semula ke emergency room tadi sementara tunggu nak masuk wad. Then came Dr lain tunjuk x-ray I. I dengan teresak-esak cakap yang I x nak tengok x-ray sebab I jenis penakut. Dr pujuk

"Kalau Puan x nak tengok, Puan dengar apa saya nk explained ni"

Yes tulang patah. Patah cam mana I x tau & x tengok. So memang kena operate. Even sampai sekarang pun I still x pernah tengok mcm mana tulang I patah sebenarnya. Dr kata dia akan try operate malam tu or paling lambat pun esok pagi2. Dia tanya lagi bila last meal aku? Aku jawab pukul 11 pagi. Then Dr suruh aku puasa untuk operation. 

Sebelum I dimasukkan ke wad, tangan kiri I kena simen supaya kurang movement, kurang sakit. So dibawa la I ke tempat simen plak. Ok nak simen ni pun sakit ya amat!!!! Punyalah dia tarik tangan I yang patah tu kasi straight sebab nak simen punya pasal. Menjerit-jerit aku cakap sakit, sakit, sakit. Masya-Allah.... Bila dah terlalu sakit, masa tu aku dok fikir macam nak suruh Allah cabut je nyawa aku ni tapi bila fikir balik dosa banyak, x bertaubat lagi, terus nangis lagi. Istifar banyak2. Ni semua hasutan2 la ni. Serius weh. X tertanggung rasa. :'(

Lepas simen, rasa panas la plak tangan yg kena simen tu. Memang effect dia macam tu. Then I dibawa naik ke wad. Dekat wad I serba salah nak minta 5rz temankan I tdo malam tu sebab HKL tau jela peraturan wad perempuan mana boleh lelaki nak stay kan? Dengan keadaan dia pun teruk jugak. Dia kena jahit dekat tangan kiri bahagian tepi ketiak. Then tangan kiri kena pakai andoh (hand sling ke apa nama ntah) sebab dada dia sakit. I merayu jugaklah supaya dia teman I malam tu sebab I takut kot2 malam tu I kena operate, x de orang bila I dibawa ke bilik bedah nanti. So malam tu 5rz teman I tdo hospital. Jangan tanya macam mana sebab itu pun nasib dia x kena halau. Tapi kalau kena halau pun 5rz plan nak tdo dekat luar wad jela, tapi nasib ok je dia dapat teman sampai keesokan pagi. Sebelum MIL dengan yg lain balik, aku sempat cakap dengan MIL yang aku nk pergi toilet. Nak minta tolong MIL pakaikan aku pampers skali. MIL nurse dekat hospital lain so dia dah biasa. Kau x payah tanya malu ke tidak lah bila MIL tolong pakaikan kau pampers. Gila x malu tapi I am in pain. Nothing that I can do. Itu pun aku bersyukur sebab aku boleh jalan sendiri pergi toilet untuk buang air. I decided to wear diaper pun sebab I takut kalau I x sempat nak sampai ke bilik air kalau malam nanti kot I nak buang air ke kan? 5rz memang x boleh nak tolong I pun sbb dia pun injured. Nak harapkan nurse cam susah sebab HKL x de button tekan untuk panggil nurse tu. Katil I paling hujung dekat tepi tingkap. Memang nurse susah nak dengar. So berpampers jela I malam tu.

Malam tu dalam wad, ada Dr datang bawa segala macam document untuk I sign. Sebelum I sign, Dr terangkan operation ni nak buat apa so on, kalau kurang darah nanti akan tambah darah dari bank bla bla bla. Basically I x de pilihan pun. Sebab tangan kanan I ok, I sendiri sign segala document untuk operate. Pastu I tanya lagi bila I boleh di operate? Dr cakap bila ada kekosongan. I sebenarnya haus sangat2. Then tanya Dr, I x boleh ke teguk sikit air kosong? Dr kasi I basah2kan bibir je. Sedih weh. I basah2kan bibir tapi I ngelat jilat2 sikit lidah I pastu 5rz marah dia cakap nanti bacaan larilah ape. Oklah. Bayangkanlah last meal I pukul 11 pagi kot. Selepas tu I x minum apa2 pun. I x lapar cuma I sangat haus. Malam tu I tengok 5rz tdo. I try gak tdo tapi kejap2 bangun. 5rz pun sama I tengok dia. Yela masing2 pun sakit. Bolehlah setakat lelap2 mata. 

Ok I stop till here. Nanti I sambung plak pasal operation.

ps://Hari ni 1st perbicaraan kes ni di mahkamah. Lawyer je yang handle. Kami x payah hadir pun. Hopefully semua berjalan lanjar, amin.

{From Ayu with ♥}

3 comments:

Hans said...

takut pula tengok gambar tu

Ksjb said...

Banyak-banyakkan bersabar. Takde siapa pun mintak kemalangan smpai patah tulang. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

شركة المثالية said...


شركة تنظيف منازل بالخبر

شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...