Wednesday, July 31, 2019

Kelahiran Anak no 3 Yang Dinanti

Assalamualaikum.

Draft bit by bit, day by day. Now dh pukul 2.41 am on 30th July aku akan habiskan touch up story ni. Insya-Allah 31st July aku terus publish. Ok jom kita start.

Lebih kurang je dengan tajuk2 sebelum ni. Kesian sebab pregnant anak no 3 kali ni x banyak masuk blog. Birth story dia kita masukkan sebagai kenang-kenangan. Aku rasa post before this aku x pernah reveal gender lagi kan? It's another boy! Walaupun both me & 5rz (even both my parents & in laws pun mengharapkan girl) Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. Ok back to the story.

My EDD patutnya on 10th November 2018 tapi masa 2nd CTG hari tu, Prof check heart beat baby not so good. Aku bayangkan aku pergi check up macam biasa masa tu, tup2 bila consultation session dengan Prof, Prof suruh pilih date untuk induce. Aku dengan 5rz pun dah macam terkejut since aku memang x de tanda2 sakit ke apa. Bertenaga lagi ada. Prof siap cakap

"Awak memang x de apa2 tapi baby dalam tu dah stress dah. Heart beat dia dh x berapa elok. Plus, uri dia pun dah 10% rosak."

Aku still terpinga-pinga ni. Yela kau dtg utk regular check up, tetiba suruh pilih date utk bersalin. Aku merayu gak utk tggu sakit or tanda tapi Prof kata kena bersalin minggu tu jugak. I went for check up hari Isnin, I bersalin hari Khamis. Time Prof suruh pilih date tu aku dh terfikir work load aku dkt office since x habis train lagi budak replacement aku tu. Time macam tu pun aku boleh fikir kerja kan? Aku suruh 5rz je pilih date. Dia seboleh-bolehnya nk hari Jumaat tapi last2 dia pilih Khamis jugak, 1 November 2018. Masa tu Prof kasi antara 2 hari tu la. Khamis or Jumaat. Dan terpaksalah aku di induce. X pernah2 kena induce, inilah pengalaman pertama & hopefully the last. Tapi aku rasa mcm nk tutup kilang dah ni. Aku sebenarnya seriau sebab selalu baca induce sakit. Yela force labor kan? Balik dari check up, kami bagitau both parents. Dengan aku x siap kemas hospital bag bagai. Ikut pengalaman memang tiga2 anak aku packing hospital bag last minute. Hehe. 

Esok Selasa aku still pergi kerja macam biasa. Rabu aku dh start cuti sebab nk settle kan apa yg patut. Sempatlah berendam warm bath pagi Rabu tu sebab ada kawan office cakap berkesan utk dia hr tu. Sambil mandi tu usap2 perut pujuk supaya baby klua naturally without being induced. 

Antara barang2 baby yang I siapkan

So this side untuk baby

Another side untuk me & my husband. Dah anak ke 3 ni dah tau dah x yah bawa segala barang banyak2. Beg kecik ni je yg kami bawa + 1 hand carry letak all my toiletries + file2 document. Pat on my back. Tapi, I still x boleh travel light ok. Ini kita cerita pasal beg hospital.

Tiba hari yg dinanti. Pagi tu mcm biasa siap hntr anak2 pergi sekolah & Adam dekat rumah mertua. 5rz siap tanya nk breakfast dulu x? Aku beli kuih apam je utk alas perut. Aku nervous ni weh. Adalah dlm 3 biji je aku mkn. Sampai hospital, aku naik dulu utk check in wad. Gitu. 5rz pergi parking kereta. Dh selesai check in, sebelum masuk wad, aku tggu 5rz naik so that kami masuk wad sama2. Masuk wad Songket tu, baru nk perkenalkan diri, nurse tu dh cakap dulu. 

"Puan Ayuni ke?"  

Depa memang dh tau yg aku akan masuk situ. Nurse tu check berat badan etc then dia bawa aku masuk wad. Nurse suruh aku tukar baju then check tekanan darah etc then nurse masukkan ubat bontot tu. Sejukkkkkk. Lepas masuk ubat bontot tu terus aku ke bilik air utk melepaskan apa yg patut. Haha. Tapi aku suspect ubat tu x habis masuk lepas tu aku pergi cuci plak sebab aku still rasa nak buang air besar tapi x keluar2. Allah maaf lah ayat x berapa nk elok. Kekekeke. Then nurse suruh tggu smpi Prof masuk utk masukkan ubat induce.  Bila Prof dh sampai, Prof check bukaan dulu just in case ada bukaan. Nurse kata ada dlm 2 cm but still Prof masukkan jugak ubat induce nak cepatkan proses bersalin since heart beat baby x berapa nak cantik. Dah masuk ubat induce, tunggulah sampai rasa contraction tu datang. X berapa lama pun. Pukul 11 Prof masukkan ubat tu, 11.30 pagi dh rasa sikit2 but I still can lay down tido ayam siap. Bila rasa contraction makin kerap, panggil nurse & nurse pasangkan alat CTG dekat perut nak monitor heart beat baby. Nurse kata still boleh tggu sebab I tgk mesin CTG pun contraction x lah berapa teruk tapi dh tu aku ni sakit apa? Nak buang air besar kot? Then pergi ke toilet lagi. Tapi x klua2. Then nurse panggil Prof untuk check bukaan. Still x boleh ke labor room lagi sebab bukaan still x banyak. Prof sempat pesan nanti pukul 3 petang dia datang check lagi. Masa tu pukul 12 tgh hari kalau x silap. 12.30 contraction datang lagi. I jalan keluar masuk bilik sambil2 tu nak kasi bukaan cepat sikit. Sambil jalan sambil tahan sakit. 5rz plak dok urut2 belakang badan aku. 


Until dalam pukul 1 ke 2 I x pasti la Allah tulah dok peram cerita lama sangat, I cakap dengan 5rz suruh panggil nurse sebab I dah x tahan. Nurse masuk bilik tengok keadaan I & dia update ke Prof. Prof kata x pelah boleh tolak I ke labor room terus. Sambil duduk wheel chair tu I dok menahan sakit. Nak tunggu lift lagi. Pastu masuklah ke dalam dewan bersalin. Time ni memang I dh terlampau sakit on off. Sampai baring atas katil pun I boleh terguling-guling menahan kesakitan. Nurse siap suruh 5rz tahan katil side sebelah sana supaya I x jatuh. I banyak kali cakap I nk epidural. #teamepidural haha. Lepas tu nurse check bukaan & suddenly dia cakap 

"Eh awak ni dh 10 cm ni"
"Ha?" Aku memikirkan mana epidural aku wei? Dh 10 cm memang x dapatlah nk epiduralnyaaaaa.

Then they called Prof. Sementara tggu Prof sampai tu ya Allah aku berak2 atas katil tu jugak ok. Malu weiiiii. Kau tau x malu dia macam mana? Entah susah nak describe. Aku kentut depan 5rz pun malu (yes I am that kind of couple tapi kalau dia kentut bersepah x pe. Aku kentut bersepah dia x kasi. X sopan kata dia. Whatttttt?) So anyway, berbalik kepada cerita tadi. Ha nak kentut depan dia pun malu, ni berak terus. Bukan depan husband je. Nurseeeeeee semuaaaaaaa. Tapikan nurse kat situ sikit pun x bising. Setiap kali aku buang air besar, sabar je dia lap2 bersihkan aku. Ya Allah semoga Allah membalas jasa kalian. Ada sekali tu dh siap bersihkan aku, tiba2 air ketuban aku pecah sekali dengan last aku buang air besar kot. Huhu. Bersihkanlah sekali lagi. Sebab dh malu sangat, aku siap cakap

"Nurse. Minta maaflah saya berak banyak sangat ni" Sambil tahan malu sambil tahan sakit. Allah.
"X pe Puan"

Prof sampai, check bukaan then dia cakap

"Mana ada 10 cm. Siapa yang kata 10 cm?"

Semua x mengaku. Then Prof tunjuk screen CTG & dia explain something dekat 5rz tapi yang aku dengar czer. Emergency czer la paling aku takut. 5rz cakap

"Syg kena czer"
"Hah?"

Terus datang team mana ntah kasi surat suruh sign untuk dibedah maybe.

"Puan, kami datang nk explain bla bla bla. Puan boleh sign x? Sign sini puan sebab husband pun x boleh signkan untuk Puan"

Lepas aku sign, nurse terus bukakan baju aku semua. Pulakkkkk. Nak masuk bilik bedah baju colour lain pulak, colour hijau. Wei! Terlanjang bulat2 gitu aku weh. 5rz tengok je aku. Tapi semua nurse perempuan yg ada dekat situ. Time ditolak ke dewan bedah tu aku risau wei. Boleh aku fikir mana nak cekau duit? Emergency czer using specialist hospital plak tu, double the price. Duit tu ada cuma rugilah & we both actually prepared for normal delivery. Hahaha boleh fikir sampai mcm tu? Sebelum masuk dewan bedah tu aku ada dengar yg 5rz kata dia x nak masuk. Eh kesah plak aku kan? Memang aku kisah. Tapi aku concentrate more to my contraction pain & I memang tau 5rz takut tengok darah (Takut2 pun both previous delivery dia ada by my side)

Perjalan nak masuk dewan bedah, kena sign form sekali lagi. Allah. Letih aku melayan ha. Aku sakit ni oiii. Sign jela aku pun. Then ada seorang Dr ni explain.

"Ok Puan Ayuni. Saya akan half bius awak dulu nanti ye?"
"Kenapa x full bius?"
Aku takut ni. X pernah czer so takut la sakit dia macam mana? Cuak ni.

"Half bius dulu Puan"

Agreed jela. Sebelum masuk dewan bedah, kena tukar bed pulak. Hadoi! Nurse minta aku yang alihkan badan aku sendiri ke bed yang lain. Depa tolong pegang je. Sakit wei. Sakit contraction lagi nak angkat badan ni lagi nak ke katil sebelah je ha tapi rasa seksa masya Allah. Dah masuk dewan, tukar katil yg dh memang sah2 ada depan2 lampu nak bedah tu pulak. Allah.... Sabar jela aku oiiiii. Then dah masuk dewan bedah pun, Dr tu still x bius2 aku wei. Contraction aku makin kuat ni. Time tu dah la 5rz x de. Dalam hati aku fikir, cepat la bius, cepatlah bius. Aku nk hilangkan contraction pain ni ha. Then suddenly, aku dh rasa macam kepala dekat bawah aku dah. Then aku cakap dengan nurse2 yang ada dekat situ

"Saya rasa nak teran ni" Time tu Prof x de ye. Yang ada dekat situ nurse & maybe Dr pelatih kecuali yg Dr nak half bius tu aku rasa dia memang Dr pakar yang dah lama la kot. Tapi kalau x silap aku (sorry kalau info aku salah ye. Dr bius ni x semestinya yang akan buat kita punya operation kan? Dia concentrate on bius je kot? Entah) 
"Nanti2. Jangan teran lagi" Hadoiiii. Macam mana aku nak tahan ntah. Last2 aku jerit
"Saya nak teran ni!!!!!!!"

Nurse tadi terus buka kain aku lepas tu dia cakap

"Ha'ah dah ada kepala" See. X percaya cakap aku.
"Kejap Puan. Saya panggil Prof tanya Puan boleh teran x"

Then aku dengar perbualan sesama dia orang yang Prof suruh je aku teran since kepala baby dah betul2 nampak tapi sementara nak tunggu Prof sampai tu, Prof suruh je sesiapa yang ada dekat situ sambut baby dulu. Lepas tu dia orang semua x berani nak sambut. Dah pulak. Bagi akulah, korang x berani, tolonglah jangan tunjuk depan patient. Pesakit lagi takut tau x? Tapi Dr pelatih yang ada dekat situ still suruh aku teran. Aku pun push la sekuat mungkin once ada contraction. Aaaaa ni 1st time aku push x de suami disisi. Banyak kali push still x klua sampai aku siap cakap

"Tolonglah saya. Gunalah vacuum ke apa. Tolonglah saya"
"Aaaaa kejap Puan. Kena tanya Prof. Puan sabar"

Semua kena tunggu Profffffff. Yela kalau aku ditempat mereka pun aku rasa susah aku nak buat keputusan. Dah la kita ni baru Dr pelatih. Takut apa2 nanti, habis plak kita nanti. Nasiblah x lama nak tunggu Prof. Bila Prof sampai, dia tengok keadaan aku then dia gunting sikit bawah aku, aku push, terus keluar. Prof ni memang aku suka sebab dia tau apa kena buat. Bila dah klua Prof ada cakap

"Mana suami dia ni?"
"Suami x nak masuk Prof"
"Dia x nak masuk sebab dia ingat kena czer. Pergi cakap dengan suami yang wife dia bersalin normal ni. Panggil dia sekarang"


Time tu aku dh lega dah baby dah klua. Tangisan pun aku dh dengar so insya Allah baby doing fine. Sebab lambat sangat 5rz x masuk2 lagi, Prof potong je tali pusat baby. X pelah x kisah lah siapa potong sekali pun. Dah sudah potong baru 5rz masuk dengan pakaian bedah siap. Dia pandang aku, aku pandang dia. Dia terus ke baby. Ceh! Lantaklah. Kahkahkah. Sebab dia nampak nurse tengah busy bersihkan aku agaknya, so dia pergi ke baby. 

Prof pulak keluarkan uri, ketulan darah then jahit. Siap ajar Dr pelatih yang ada dekat situ lagi. Time tu I rasa dah lega ya Allah serius habis dah perang contraction, alhamdulillah. Sementara tu, ada sorang nurse ni tunjukkan aku baby yang baru aku teran tadi. Nurse tunjuk yang baby tu ada 2 tanda lahir. Satu dekat lengan & satu lagi dekat dahi. Aku rasa karang kalau dia x tunjuk siap2, nanti kita as parents claim apalah nurse2 ni dah buat kat anak kita ye tak? Haha. Bila aku dh siap dijahit, aku ditolak keluar tapi I sempat tengok yg 5rz still dlm tu dengan baby. I guess dia nak azankan baby la tu. Dekat hallway antara nak masuk dewan bedah ke keluar tu, nurse stop lagi tggu apa pun not sure. I sempat say a lot of thanks sebab tolong aku time nak bersalin tadi. Aku macam biasalah akan say thanks & sorry sebab hanya Allah je tau macam mana keadaan aku kalau time sakit contraction datang. Nasiblah nurse2 semua ok x kerek. Ha time ni dia suruh tukar2 katil aku better sikit la. Sakit contraction dh gone. Hahaha. W/pun sakit bersalin still ada but better la dari sakit contraction.

Sementara nurse nak bawa aku balik ke wad, aku ditempatkan dekat mana pun x sure. Sejuk tempat tu & aku tgk x de orang lain. Dia macam wad emergency yang banyak2 katil tapi semua kosong. Sejuk plak tu kat situ. Nurse siap kasi selimut panas untuk aku. Ditinggalnya aku sorang2 but once a while ada nurse datang nak monitor aku. Tengok tekanan darah etc la kot kan? Lama juga aku tggu dalam tu. Kat situ je aku diberi biskut & air milo. Selalu memang HUKM akan kasi biskut & air milo after delivered & previous two pun aku ada dalam bilik bersalin sambil ditemani 5rz time makan biskut cicah milo. Kali ni je aku makan sorang2. Huhuhu. Lepas dah selesai tu, aku dibawa keluar then barulah aku jumpa 5rz. Then aku tanya mana baby? 5rz kata kejap lagi nurse bawa keluar. Then sambil tunggu tu, 5rz ceritalah yang baby nangis kuat time nurse nak bersih2kan dia tadi. Hehe. I tanya berapa kilo? 5rz kata 3.27kg. Kau terbalik-terbalik nombor tu, dapatlah tarikh birthday aku. Apa kaitan ntah??? So far, inilah yang paling berat compared to Faris & Adam.

Bila semua dah selesai, baby diletakkan disebelah aku then nurse tolak katil aku untuk masuk ke wad.  Dah sampai wad, macam biasa aku terus breastfeed baby siap2 sebelum kasi baby ke nursery. Time bf tu rasa macam sakit sangat dekat rahim. I guess process pengecutan rahim kot since ada kena mengena kalau kita bf baby kan? Dia ada iras2 macam sakit contraction tapi yang light2 sangat. 

Lepas2 tu kita orang pun video called la parents masing2 (5rz yang tolong video call kan) Sambil2 tu, dapatlah semua tengok baby & aku. Esok tu aku discharged. Ok end of story sebagai kenang-kenangan.  

The next day

Before discharge. Perut... 

ps://The 3rd delivery by far, the most painful yet paling cepat proses kelahiran tu. Alhamdulillah.  
pss://3.18 am. Ok jom tido. Night~

{From Ayu with ♥}

6 comments:

ain.ya.nun. said...

Alhamdulillah, tak jadi Ceaser. Dia permudahkan segalanya.

Tahniah once again ;)

Raz said...

tahniah! :)

عبده العمراوى said...



شركة رش مبيدات بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالدمام

Ayuni said...

thank you all

ily♥ said...

Allahu.. lebih kurang sama perjalanan cerita sy lahirkan anak ke-3. Stress betul tgh2 sakit contraction tu kena bertukar-tukar katil dari Labour room ke OT..Alhamdulillah dapat bersalin normal juga dlm OT.

Ayuni said...

Ily.

Ha'ah lah hampir sama perjalanan bersalin kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...