Monday, February 10, 2020

Kisah Anak-Anak

Assalamualaikum.

Since anak dah 3 orang ni, I sangat jarang bercerita perihal anak2 dalam blog. Bukan takat perihal anak2, jarang dah update blog. Nak menulis tu masih ada. Cuma malas x malas je. Time Faris dulu, every 2 months I akan update kisah or achievement dia sampai umur dia 2 tahun. Time Adam & Fattah terus slow. Fattah lagi la kesian. Well if you read this, I love all of my child equally. No one less than the other ok? So dalam entry kali ni, I nak sekali arung cerita kisah ketiga-tiga anak kesayangan I. I draft entry ni last year, so might be ada changes dalam story here and there. 

Gambar time I still dalam pantang. Fattah less than 44 days.




Muhammad Faris Adha




Dah darjah 2 dah. Mula2 masuk sekolah dulu (darjah 1), nak membeli pun takut2. Dah nak habis tahun 1 hari tu, pandai pulak dia beli itu ini. Dah x de dah duit baki utk disimpan dalam tabung dah sekarang. Faris siap cakap lagi, 

'Ibu bagilah lagi RM 1. Nanti mesti Faris boleh simpan RM 1 tu dalam tabung'

Amboi sangat. Membaca makin lancar. Mengaji pun alhamdulillah dah pandai kenal huruf cuma kurang lancar je sikit. Mukadam ni I je yang ajar di rumah. Tapi ingat this year nak start hantar dia mengaji betul2 dengan orang yang lebih berilmu. 

Rajin ke sekolah w/pun kadang dia x berapa sihat. I cakap, rest jela dekat rumah tapi dia tetap nak ke sekolah. Tapi I tgk juga keadaan dia. Kalau teruk sangat, memamg I cutikan dia. 

Muhammad Faiz Adam 



This year dah start masuk tadika. Speaking of Adam, macam2 achievement dia dapat achieved last year (2019). Starting of diapers free day & night on last April. Banyak jugak rintangan nak potty train dia ni. Stages by stages. Siap package pernah poop dalam seluar lagi. Bila dah pandai cakap time dia nak membuang tu, x nak pakai spender pula w/pun kami dah beli spender cartoon kesukaan dia. Dia nak pakai pampers juga tapi nk ke toilet pandai cakap. But, lama2 ok je. Biasalah perangai anak no 2 kan? 

Another achievement dia last year, dia dah pandai suap sendiri pakai tangan & sudu. Dah pandai pakai tangan, x reti nak kopek ayam, ikan lah. Always ada je excuse dia. Now, alhamdulillah dia dh ok pakai both sudu & tangan. 

Lagi satu, Adam ni dulu takut nak potong rambut. X taulah pasal apa. Setiap kali nak potongkan rambut dia, kena ada 2 orang. Sorang nak peluk dia, sorang tukang potongkan rambut dia. Lepas tu package melalak time guntingkan rambut dia. Kami pun x faham apa yang dia takut sangat potong rambut tu. Bukan sakit pun. Tapi ada 1 hari tu, I surprise kan dia dengan baju hujan I beli from Lazada (haha mudahnya kamu terus berubah) I beli untuk Faris & Adam sorang satu. Kebetulan nak belikan baju hujan untuk Faris in case hujan time dia ke sekolah, belilah sekali untuk Adam. So I cakap, kalau nak pakai mcm abang, kena cut hair dulu. Terus setuju. 5rz balik from work hari tu, terus dia potongkan rambut Adam. Ok je ha. Lepas tu kasilah reward baju hujan from Lazada tu. Muahaha, ibu wins, yeah! So up until now, dia dh x takut nak potong rambut. Cuma, yang tukang potong rambut, kena 5rz sahaja. Orang lain dia x nak. Sebab tu dia x pernah lagi ke kedai untuk gunting rambut. As long as dia nak gunting rambut dengan 5rz, ok jela.

Biggest achievement dia last year was, Adam dah sunat. Yeay! Me & 5rz ingatkan macam manalah dia ni nak bersunat sebab dia ni nak potong rambut pun takutkan? Duhhhhh anak no 2 oiiiii. Story on that pun x up2. I think cerita sunat Adam ni I buat special entrylah later insya Allah. So, untuk Adam, macam2 achievements untuk dia tahun lepas. Good job Adam.

Muhammad Fattah Amir.



Budak ni dah setahun dah. Kejap je kan w/pun ayat tu biasa didengar. Dia ni paling jarang masuk blog. Tapi kerap je masuk IG ibu. Macam2 cerita dia x masuk dalam blog ni. Tgklah kalau ada masa, memang nak cerita in details sikit pasal kamu ni dik. Since dia nampak I hari2, dia manja dengan I pun terlampau. Suka melekat dengan ibu w/pun ibu tengah buat kerja dekat dapur. Start dengan x suka solid, tiba2 pantang nampak makanan. Laju je pergi dekat org yang ada makanan. Suara bising sebiji Faris. Pandai marah pun ye. 

Dah setahun ni, dia dah ada 5 batang gigi. 4 atas, 1 bawah. Untuk breastfeeding mom, kalau anak dah start ada gigi ni memang mengerikan. Fattah ni pun suka gigit2 puting I. Bila I marah, nangis. Kadang time menyusu, dia saje gigit I, lepas tu pandang I. Dia pandang sebab dia tau after that I akan marah. Ha tau pulak kamu buat salah ye? 

Ha, itulah sedikit sebanyak cerita tentang anak2 kesayangan I. Maybe senang jugak buat entry macam ni kot. Sekali arung cuma nampak cerita Adam lebih banyak dalam entry ni. Hehe. Ni sebab memang banyak pencapaian Adam tahun lepas. Kira entry throwback je ni ha. Till then. 

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...