Showing posts with label Movie Review. Show all posts
Showing posts with label Movie Review. Show all posts

Monday, June 6, 2016

Long & Great Weekend I Had!

Assalamualaikum.

Now 5rz is here, yeay! Banyak nak cerita ni. I am on leave since last Thursday tapi today dah masuk office. Punya semangat nak fetch 5rz from airport kan? Kalau boleh, pagi2 Khamis tu nak terpacak duduk je kat airport tu tunggu flight 5rz from Jeddah touch down KL. Padahal flight dia sampai kul 10.30 malam. Sempat je actually kalau nak masuk office tapi x pelah. Nak rehat plus nak kemas2 bilik sikit. Laki nak balik kan? Hehehe.

Macam biasa dah take off, I track siap2

Aaaa almost there!

Malam on Thursday, left house at almost 10 pm. Kelam kabut pun ye gak. Tapi sempat sampai at 10.40 pm at KLIA2. X pecut pun sebab I memang driver berhemah. Gitu. Tapi ntah macam mana boleh sampai KLIA2 in less than an hour pun x pasti. Sampai airport, parking then terus tunggu kat balai ketibaan. Phew nasib sangat depa x klua lagi sebab I planned to take a video time 5rz klua. Punyalah semangat kan? Mula2 skali I nampak cousin 5rz, then bapak (FIL), MIL and the rest. Weh mana laki aku? Kat tangan dah standby hand phone nak ambik video. Sekali, dengar Nilam cakap

"Faris, Ayah ada dekat sanalah. Jom2"

Waaaa bila masa dia klua pun wa pu che tau!  On the way nak jumpa 5rz, terlalu ramai umat plak. Sekali

"Uiiii"

I turned then oh it's my botak husband! Hahaha. Salam & kiss him, terubat rindu. :) Nampaklah dia rindu since asyik berkepit je ngan I kan? Bahagia rasa weh. Senyum sampai ke telinga aku sepanjang dekat airport tu. Hehehe. Sampai rumah dah nak kul 1 pagi. Time2 tu jugak 5rz duk unpack barang2 then suruh I try jubah yang dia belikan untuk kami anak beranak. Semua ok kecuali my jubah. Ambik dah size S pun still besar labuh. Biasalah mak Arab semua tough2. Sekarang tgh dalam process nak cari tailor yang sudi alter jubah I tu. Macam mana pun x sure sebab beads dekat bawah. Nak potong, beads tu macam mana nanti? Pastu nak pakai raya plak tu. Nantilah I fikirkan solution. So, alhamdulillah baju raya untuk our family dah settle. Tema 1st raya pun dah ada since 5rz dah beli semua colour gitu. I ok je. Jadi, raya tahun ni Arabic theme gitu.

Itu cerita hari Khamis. Hari Jumaat pun both of us cuti. Ambik peluang nak rehat2. 5rz pun jet leg. Biarlah. Dia ada time I buka mata pagi2 pun rasa syukur sangat. Lepas solat Jumaat decided nak tengok movie. Kaki movie memang macam ni la. Kita tengok Ninja Turtle. Ok best! X menghampakan. Sila tengok for those yang x tengok lagi. Lepas tu dinner terus kat situ then singgah rumah in laws kejap sebab ada some barang from tanah suci, ada dalam bag in laws. Balik rumah, tdokan anak2 then both me & 5rz layan movie. Heaven je rasa since x de gangguan. Hehe. Settled cerita hari Jumaat.   

Sabtu after Zohor klua lunch dekat The Chicken Rice Shop sebab aku teringin. Makan pun dekat Aeon Big sebab lepas tu nak beli barang sikit sebab pukul 4 pm ada pool party, cousin 5rz organize. Pot luck. Kami volunteer bawa ice cream. Haha. Jadilah sebab yang lain2 semua dah ada yang bawa. Pool party was fun since both kids pun happy je mandi pool. Makanan pun sedap. 

Gitulah rupa abang botak kesayangan I skrg. Makin gemuk ha sebab makan sedap kat sana oiii!




Budak ni seronok minum air ha!






After Maghrib kami balik rumah. Macam biasa, tdokan anak2 then me & 5rz layan movie lagi. Lately ni tiap malam asyik dok layan movie after the kids dah tidur. Tapi best sebab time tulah baru betul2 dapat spent quality time dengan 5rz. 

Ahad plak, which is smalam, I woke up early.  Ingat after Subuh terus nak iron baju, lipat baju semua. Skali lepas Subuh sambung tidur balik. Nasib bangun balik kul 730 am. Mandi then terus turun bawah. The boys still krohhh krohhh krohhhh. Turun bawah, masak nasi, defrostkan ayam then settled kan iron work attire for the whole week for both of us. Lepas tu masak nasi goreng ayam je. Then lipat kain baju. Lepas tu dalam 11 am baru anak2 turun nak breakfast. Lepas breakfast sesi pujuk rayu 5rz bermula. Actually kat Sogo ada sale Triumph. Gigih la pujuk rayu boleh ke nak ke Sogo sebab I tau sangat 5rz kalau ajak ke Sogo, memang susah sikit. Klu nak pun kena pergi pagi2. Time tu dah kul 12. At last, pujuk rayu ku berjaya juga. Muehehehe. Lepas Zohor klua. Sampai sana terus lunch dulu then baru shopping ape yang I nak.

Adik tdo dekat car seat belakang

Amboi abang botak. Why so serius? Muahahaha

Lepas tu tetiba decided shopping barang raya untuk anak2 plak. X memasal duit laju je mengalir ha. Tapi oklah. Baju seluar anak2 I rasa cukup dah tu. 5rz kata kalau ada lebih, kita akan top up lagi. Sebelum Maghrib balik rumah. Oklah rasa lega sebab persiapan raya anak2 dah selesai. Untuk kami berdua, nanti satu hari, after work, singgahlah kejap ke Sogo ke mana2. Senang x yah bawa anak2. Smalam pun masya-Allah sorang nak ke sana sorang nak klua from stroller. Dengan umat manusia ramai lagi. Untuk kami pun x dela beriya sangat pun. Sekadar mampu jela nanti.

Today dah start puasa. Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu di bulan mulia sekali lagi. Korang puasa x ni? Jangan buat2 lupa plak. 1st day puasa kalau terminum terkunyah tu perkara biasa. Ok selamat menunaikan ibadah puasa semua.        

{From Ayu with ♥}

Monday, May 30, 2016

Weekend Without Husband (for a while)

Assalamualaikum.

Dah masuk seminggu dah 5rz ke tanah suci. Alhamdulillah hari2 sepanjang ketiadaannya, 5rz ada hantar khabar & video called. That good enough for me. Last weekend adalah weekend pertama untuk kami anak beranak without my husband. I memang dah plan awal2 nak bawak anak2 keluar berjalan. Jumaat lepas dah survey2 movie ape yang ada dekat wayang. Kesian dekat anak2 sebenarnya especially si Faris. Hari2 rutin sama pergi hantar ke rumah mertua (adik ipar jaga) bosan gak kan? So, weekend walaupun sorang2 kena jagakan anak2, kenalah bawa jugak. Nak kasi anak2 happy je. Kebetulan ada cerita Doraemon the movie. Last movie Doraemon pun Faris layan. So try lah bawak tengok yang baru ni plak. Plan asal nak bawa on Sunday and nak tengok dalam pukul 135pm +. Sekali hari Sabtu tu anak2 bangun awal plak. I know the 1st show will start at 11.15 am. So, I pun ape lagi. Cepat2 siapkan anak2. Lagi satu I fikir better pergi pagi2. Selain dapat tiket harga murah, less people. When less people, kalau anak2 buat hal pun x la malu sangat. Family friendly punya show untuk Angry Bird plak. Angry bird kami dah tengok time anniversary yang lepas.

Merasalah juga macam mana handle anak2 seorang diri kan?



Macam biasa, kami duduk row belakang and tepi skali bagi memudahkan I keluar masuk if anything happened. Dalam panggung tu adalah dalam less than 10 people je. Heaven. Faris cakap kuat2 pun I ok je. In the middle of the movie, 5rz whatsup nak video call. Memang selalu pun dia yang akan whatsup dulu sebab dia hanya dapat internet bila dekat hotel je and dekat lobby je. So memang hari2 tunggu dia whatsup dulu. Anyway, since dia kata nak video call, I dengan anak2 keluarlah sekejap. Rugi kalau x layan. Hahaha.  Pastu masuk sambung tengok movie balik. Cerita Doraemon best x? Permulaan boring sampai Faris cakap 'ibu. Lambatnya nak habis.' Pertengahan time ada lawan2, baru dia cakap 'bestlah ibu movie ni' Ending, boleh plak for the 1st time Faris berair air mata ha. Ending agak sedih. Nobita nangis. Pastu I nampak mata Faris berair sama. I tanya, 'Faris nangis ke?' Dia lap air mata. Malulah tu. Kelakar plak rasa time tu. Hehe.


Faiz x nak bergambar. Masuk panggung nak tengok movie



Habis movie, bawa pergi makan. Dah sampai restaurant, si Faris nak berak plak. Keluar balik tapi meja kami di reserved. Lepas makan pun dia nak berak lagi. Aiyo. Dahlah time tu adik x habis makan lagi. Keluar pergi toilet balik. Gitulah kalau bawa anak2 seorang diri kan? Semua ni pengalaman.


Lepas tu, did some groceries shopping. Petang dalam kul 4 cam tu balik. 430 pm sampai rumah. Faris pun dah puas berjalan agaknya. Balik2 terus mandikan anak2. Lepas tu anak2 pengsan tdo. Malam lepas Maghrib baru anak2 bangun and I kasi makan.

Gitulah pengalaman bawa anak jalan2 tengok movie seorang diri. Oklah walaupun ada hicups sana sini. Insya-Allah weekend ni ayah dah ada. Yeay! 

By the way, malam Sabtu hari tu, Ayu dah rasa tanda2 nak demam. Ahad tu (semalam) memang demam. Huuuu kesian kat anak2. X larat sangat nak jaga anak2 tapi nak buat macam mana kan? Petang smalam gagahkan diri angkut anak2 pergi klinik nak ambik ubat. Bawa round2 skali. Lepas tu balik. Petang mandikan budak2 then terus suap makan skali sebab memang plan nak kasi budak2 tidur awal. I x sihat remember? So smalam kul 9.30 pm semua dah doze off. Hari ni alhamdulillah feeling better. Harap sihat semuanya sampai bila2, amin.

Bila fikir balik, nasib baik decide bawa anak2 tengok wayang on Saturday sebab rupanya Allah nak uji sakit on Sunday. Semuanya bersebab. Till then.
 
{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...