Friday, June 14, 2013

My Recepi : Butter Prawn Milk





Butter Prawn Milk ni Ayu yang teringin makan. Dan juga sebab dah boring fikir nak kasi makan lauk ape dekat Faris. So, I made this lauk. Senang je rupanya nak masak butter prawn ni.

Bahan2.
  1. Udang
  2. Bawang kecik, bawang putih (Bahan menumis)
  3. Cili padi (for Faris, Ayu x bubuh)
  4. Serbuk kari or korang boleh je guna serbuk kunyit
  5. Garam
  6. Daun kari
  7. Susu cair (Dutch Lady)
  8. Butter
  9. Air
  10. Tepung gandum
Cara2.
  • Gaulkan udang dengan serbuk kari dan garam or tukar serbuk kari guna serbuk kunyit pun boleh.     
  • Dah sudah gaul, gaul pulak dengan tepung gandum. 
  • Panaskan kuali dengan butter. 

  • Tumis bahan tumisan (bawang besar & bawang putih.)  
  • Once dah naik bau, masukkan udang yang telah digaul tadi.  
  • Then angkat. 

  • Panaskan kuali dengan butter sekali lagi.
  • Masukkan cili padi untuk kasi rasa pedas (optional)
  • Masukkan susu cair dan sedikit air. 
  • Masukkan daun kari. 

  • Kalau nak kuah pekat, tambah lagi tepung gandum (Tapi Ayu x letak sebab tadi dah gaul udang dengan tepung gandum) 
  • Letak garam (optional) 
  • Siap. 

Selamat mencuba. 


{From Ayu with ♥}

Wednesday, June 12, 2013

Holiday : Guilin, China (Day 3)

Ok now masuk hari ke 3. Rutin macam biasa, bangun, breakfast then sambung packing balik since we need to check out and check in another hotel plak. Hari ke 3 iternary nya kami akan ke Merryland Park. But, before we went to Merryland, kami ke Lipu untuk masuk Silver Cave. Perjalanan dari Yangshuo ke Lipu mengambil masa 1 jam. Silver Cave lain entry ye. 

After ke Silver Cave, we went back to Guilin. Balik Guilin untuk lunch and did our prayer dekat the nearest mousque. Then we went to the Seven Star Park and Camel Hill. 


Dalam Seven Star Park ni ada taman, taman permainan and mostly scenery. Crystal ada cerita why was the park named as Seven Star Park tapi Ayu x nampak pun kaitan ceritanya disitu, so x payah cerita la ye? Gitu alasan aku! Blogger ape ntah aku nih! :D 

Seven Star Park ni besar. Korang boleh nak masuk jalan kaki dalam taman ni or you can sewa buggy yang boleh bawa korang jalan2 dalam park ni. Since we all ada budak2 and baby, plus kami kekangan masa (x kan nak waste time dengan berjalan kaki kalau ada transportation kan?) we use the buggy services. Buggy tu akan diberi seorang pemandu and every time kalau kita nak berhenti pergi toilet or even tangkap gambar, just suruh diaorang stop je. No worries. 

Dalam buggy

Kami sewa 2 buggy for our family


Dalam taman ni terdapat juga sebuah masjid lama. Tapi kita orang x singgah pun sebab masjid tu dah dijadikan rumah orang2 tua. 





Taman ni besar sangat. Jenuh la kalau berjalan kaki. Ada restaurant and even gua kecik dalam park ni.

Couple ramai la datang sini nak berdating


Faris with his wan

Complete one whole family except wan yang malas nak turun dari buggy
  Ada nice waterfall juga. 


Cantiknya ciptaan Allah


Next, kami ke Camel Hill. Camel Hill terletak di dalam Seven Star Park ni juga. 

See at the back? Looks like camel. That's where the name of the park came from

Macam biasa, Faris tdo.....Zzzzzz

Ain, my younger sister

Perjalanan dalam kedua-dua taman tu saje adalah dalam 2 jam. Sudah tu kami bergegas ke Jade Factory. I save Jade Factory's story to the next entry. Mayb combine dengan Silver Cave punya entry ke. Will see.

{From Ayu with ♥}

Monday, June 10, 2013

Impression Liu Sanjie Show, The West Street Market (Day 2)

After ke Shangri-La Garden, went for lunch and naik Li River Cruise which I already cerita dalam previous entry. So skip that one and move on to the Night show.

Entrance to the Night Show
The crowd


As I mentioned earlier, show ni memang semua orang tunggu and the crowd memang ramai sangat lah. We manage to get the seat (show ni ada seat ye even tho it's an open air show). Ape yang bestnye dengan show ni? Scenery malam yang berlatar belakangkan bukit bukau yang kecik, kecik, kecik tu. Night show ni pun more or less sama dengan show yang ditunjukkan dalam Kampung Budaya di Sarawak tu jugak. If you have been to Sarawak, you will know. Actually it's all the same je. Nak bercerita pasal kaum2 yang ada di Guilin. 



This one dia tarik kain dari laut. Pastu dayung sampan dengan tarik2 kain tu je
Ini dari jauh kita nampak perkampungan kaum di sana

Lampu2 tu adalah orang ye.

Depa dok pakaikan baju yang ada mentol2. Ramaikan pelakon?
Ni nak tunjukkan bukit bukau kecik kecik kecik kat belakang tu. Cantik kan?

Scenery bukit lagi

Tengah2 show tu, sometimes kita boleh nampak perempuan menari-nari macam tak pakai baju but actually dia pakai baju skin colour. According to Crystal, dulu punya show, memang perempuan tu tak pakai baju. Dalam erti kata lain, bogel. But after that, ada masyarakat China yang menentang perbuatan tersebut. Tak elok la etc and terus diaorang kena pakai baju but skin colour la.

Atas bulan tu ada seorang perempuan menari-nari

Perempuan ni la dulu, berbogel je time menari. Now dah dipakaikan baju

Dianggarkan lebih 500 pelakon yang bekerjasama untuk show ni. Memang terlalu ramai pun pelakon! 

Tengokla seat dan orang ramai itu

With my SIL and macam biasa, En. Nik menyibuk dekat belakang tu. Hehe

Habis show, masa yang ditunggu-tunggu. Jeng, jeng, jeng. Shopping!!! We all shopping dekat West Street je. West Street ni berdekatan dengan our hotel. Tooks like 15 mins berjalan kaki. Dekat sini banyak sangat barang murah2. Dia macam Petaling Street tapi Petaling Street pun mahal lagi. Seriously sini kain, skirt, dress and accessories yang lain memang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau korang ada rezeki datang ke sini, sila shopping all out disini sebab dekat sinilah shopping paling murah. Ayu menyesal sebab tak beli byk2 dress dekat sini sebab biasalah nak save some money untuk shopping ke tempat lain lagi. Huhu. 5rz baca sure cakap, 'Ye ke tak shopping all out?' Hahaha :D

Ni la West Street Market tu. Panjang sampai ke sana tu ha

Ok tips untuk ke West Street ni, kalau boleh jangan la bawa stroller sebab jalan sangat sesak! Kalau boleh don't even bring your baby. Tapi kita orang bawak je Faris sebab siapa nak jaga Faris kan? Ada la wan duduk dalam bilik hotel sebab wan dah tak larat nak shopping and berjalan. Tapi x kan la kami nak kasi Faris suruh wan jaga kan?

West Street ni banyak pub. Bising sangat. Memang x sesuai la bawak budak. Dengan bising la, sesak la. Fuh! Kami dekat West Street ni saje berjam-jam kot. Kul 12 midnight baru keluar dari kesesakan orang ramai then balik ke hotel nak pack up balik. Esok pagi nak check out and check in ke another hotel plak.

Ok sambung Day 3.

{From Ayu with ♥}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...