Friday, January 20, 2017

3 Hari 3 Malam Di 3 Negeri: Cameron Highland for a While

Assalamualaikum.

Lepas je makan dekat Dolly kueh teow, kami meneruskan perjalan balik ke KL. But, before that kami sempat singgah Cameron Highland jalan2 atas tu. Memang plan asal nak bermalam dekat sini semalam tapi sebab risau Faiz selsema, x jadi. Karang selsema dia makin teruk pulak. Jalan2 jela.



Naik Cameron untuk jalan2, minum2. Lepas tu kasilah pengalaman si Faris petik buah strawberry sendiri. Nak masuk kena beli at least setengah kilo strawberry. Setengah kilo RM 25. Kalau lebih, bayar lebihan bila keluer. At least kena bayar RM 25 dulu. Actually sebakul seorang tapi dia kasi exception untuk kami. X kanlah nak beli sampai 2 bakul strawberry kan? Satu pengalaman yang indah untuk Faris especially sebab dia jela yang faham banyak benda. Faiz memerhati je. 












End up, Faris petik lebih dari setengah kilo strawberry. Bayar jela. Untuk makan pun. Lepas tu kami singgah ke Bharat Tea. I selalu nak pergi Bharat tea dekat tempat Lisa Surihani bergaduh dengan Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu tu tapi everytime pergi selalu tersalah tempat. Kalau x silap Bharat tea ada 2 tempat kan? I selalu pergi tempat yang satu lagi. Pastu plak hujan. So minum jela dekat situ. Pertama kali merasa scone ni ha. Selalu asyik tengok je orang makan scone. Ni merasa sendiri. Bolehlah x de la sedap mana. Ok je. Kami sangat beruntung sebab dapat duduk dekat hot seat (tempat mengadap ke ladang teh) Memang rezeki sangat. 



Lepas dah sudah minum, Faris ajak turun bawah nak tengok teh. Nasib time tu hujan dah reda so bolehlah tangkap gambar sekejap. X pergi jauh pun. Pergi dekat2 je sebab baru lepas hujan, licin plak tu. Bahaya plak nak dukung anak. 




Dah sudah tu, singgah beli teh dekat dekat situ jugak untuk minum dekat rumah. After that, kami pun meneruskan perjalanan ke KL. Begitulah kisah percutian kami 3 hari 3 malam di 3 negeri, 3P (Penang-Perak-Pahang). 

I suka gambar ni sebab Faiz tengah agah I masa ni. Hehe

{From Ayu with ♥}

1 comment:

Chekgu Azrine said...

lama giler dah tak pegi CH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...