Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum.

Badan lemah dan lesu. Rasa kurang sihat dari semalam sampai la hari ni. Tapi masih gagahkan diri ke office. Ayu paling tak suka cuti hari Jumaat. Rugi sebab break lama wooo. Lain la kalau ambik cuti Isnin. Kurang sikit mood Monday blues............. :p

Ape nak cerita hari ni eh? Nothing much actually. Banyak nak cerita sebenarnya but more on that later since now pun tak berapa larat. (Seriously a joyful story!)

Next week insya-Allah dah masuk bulan mulia. Harap sihat tubuh badan untuk menempuh bulan Ramadhan tahun ni. Harap bulan Ramadhan nanti memberi keberkatan buat kita semua. Amin...

Akhir kata selamat menyambut bulan Ramadhan semua. 

ps:// Tak sabar nak merasa kemeriahan bazar2 Ramadhan.

{From Ayu with ♥}

Monday, July 25, 2011

Wedding Review (The Hand Over Session)

Tak tahu la ape ke namanye ni. Hand over ke? Dia more to perbincangan antara 2 keluarga yang baru bersatu bersama pengantin. This was planned long before the wedding.

"Nanti lepas dah nikah, ayah nak jumpa Ayu, 5rz dengan mak ayah 5rz sekali. Bila agak boleh buat tu?"

Ayah plan nak buat time bukak2 hadiah but Ayu tolak sebab I don't think Ayu dengan 5rz nak buka hadiah malam selepas reception. Lagi pulak family 5rz dari Penang still ada di KL waktu itu dan ayah Ayu nak jumpa kedua-dua mak ayah 5rz saje. Tak kan nak bring the whole family 5rz datang rumah pulak? Nak tinggal family Penang 5rz dekat home stay pun macam not nice pulak since tuan rumah untuk majlis (mak ayah 5rz) keluar pergi rumah besan. Patut kena layan la tetamu datang kan? So, I requested untuk buat right after nikah. Alhamdulillah ayah agreed.

Macam garang plak ayah den time ni. Agak2 dialog dia macam ni ke? "Duduk2" :D


Ayu sebenarnya tertanya-tanya apa yang ayah nak bincang sangat ni? Takut sebab tak tahu apa agendanya. Rupa-rupanya ayah just bagi nasihat kepada kami berdua. Time discussion tu pun Ayu nangis beria-ia bila ayah sebut macam ni

"Sekarang ni ayah dah lepaskan Ayu dekat 5rz. Sekarang ni syurga Ayu bukan dekat mak Ayu dah. Dah bertukar ke 5rz. Even mak ayah pun dah jatuh no 3. Mula2 5rz, lepas tu mak ayah 5rz. Lepas tu baru mak ayah" Ok tetiba time taip ni pun haku nangis. *sobs*sobs*

I cannot remembered the exact conversation la but some of it was (my mom said to 5rz's mom)

"Ayu ni, ada juga kekurangan dia. Mintak tolong tengok2 kan dia nanti"





And banyak lagi la. Pastu pulak mak den ni boleh la buat lawak time den tengah nangis beria-ia tu. Lepas je ayah cakap macam2, ayah tanya la dekat mak sama ada mak nak tambah apa2 lagi tak? Mak kata tak ada. Pastu tetiba mak cakap macam ni pulak dekat 5rz

"Cuma satu la mak minta. Nanti kalau raya tu, gilir2 la balik" Dengan nada biasa2, bukan nada sedih pilu.

*Dang!* Akulah! Tengah sedap dok feeling2 nangis, tergelak dengar mak cakap macam tu. Not only me yang gelak, semua yang ada kat situ gelak. Hadoi2! 

Ok that's all for today. =)

{From Ayu with ♥}

Friday, July 22, 2011

Wedding Review (Nikah Attire, Veil and Shawl)

Salam penghulu hari. 

Seperti yang semua sedia maklum, Ayu just hantar nikah attire Ayu ke tailor biasa saje. Tak ada ape yang wow pun. Kain pun beli yang biasa2 aje. Beli chiffon beaded dekat Jakel. Beli package sekali dengan lelaki punya. Sampin pun dapat free je. And insya-Allah, raya tahun ni, baju nikah ni jugalah yang akan kami pakai. 

So, Ayu sent dekat my fav tailor. Sejak abang2 Ayu kawin, semua baju Ayu untuk kenduri abang Ayu, Ayu memang buat dekat dia. Sedap je bila pakai. Kedai dia kecik je and tepi jalan je. Ni fb dia korang boleh tengok. [clik] Dari situ korang boleh tengok blog dia. Harga pun bagi Ayu ok la. Personally, kalau nak buat baju kurung biasa, better buat dekat tempat lain. But since Ayu nak buat pun kain chiffon beaded (yg first time beli and tak tahu la bila lagi Ayu akan beli), so better buat dekat tailor yang Ayu memang sedap pakai. Design pun yang common2 je. 

Tunjuk full baju macam ni aci tak?
Yang close up tak jumpa. Boleh la kan?

As for shawl nikah pulak, Ayu rented from SK Adam. Thank you SK Adam. I think I'm her first customer kot? Even dekat dia punya blog pun tak pernah cakap nak disewakan. Ayu je suka2 try nasib tanya in case dia sudi nak rent out her shawl. Alhamdulillah dapat.

Curi dari blog SK
Then untuk veil pulak, actual plan was to wear my reception veil. Ayu ni jenis yang tak kisah sangat pun sebab dah tak ada budget nak tempah veil lain untuk nikah. Hehe. Bila hari kejadian, Ayu pakai je veil sanding. Suddenly my mak chu tengok and dia kate tak kena sangat2. Tukar plan B. The plan was to wear no veil. Just like moose

Curi dari blog moose
Sekali my nyah Lina cakap

"Sat I balik rumah cari veil Wanie"

Wanie was my MUA for tunang hari tu. Nasib baik Lina jumpa veil tu. Masya-Allah cantik sangat2 veil Wanie. So, kes settled. Thank you Wanie =)


{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...