Friday, June 7, 2013

My Recepi : Sotong Sumbat Masak Hitam

Hari tu, 5rz ada request nak makan sotong masak hitam macam yang mak dia slalu masak. Biasala anak lelaki. Masakan mak yang paling sedap. That's ok. Jealous? Memang patutla aku jealous sebab masakan mak dia memang sedap. Kalau tanya dah tentula masakkan mak dia yang dia cakap sedap. Tapi ada juga la masakkan aku yang lagi sedap. (Nak jugak menang aku kan!!!!)  

Tak berapa tau sebenarnya nak masak sotong masak hitam ni. So, I googled. Then I modify sana sini. Instead of masak sotong masak hitam, Ayu masak sotong sumbat masak hitam.


Bahan2
  • Sotong
  • Kentang
  • Carrot
  • Telur
  • Susu cair (Susu Dutch Lady tu)
  • Bawang besar
  • Bawang kecik
  • Bawang putih
  • Air
  • Cili padi
  • Pencungkil gigi 


Cara2 buat bahan sumbatan sotong (Bahan A)
  1. Kentang tu Ayu potong kecik and steam bagi lembut. Dah lembut angkat and tunggu sehingga sejuk. After kentang dah sejuk, lenyek2 kan kentang tu kasi hancur. 
  2. Sementara nak tunggu kentang tengah di steam and kentang tu sejuk, boleh la bersihkan sotong. Buang ape yang patut. Basuh sotong.
  3. Carrot potong kecik2. Tumis bawang kecik and bawang putih sampai naik bau. Then masukkan carrot. Tunggu sampai carrot lembut then pecahkan telur (suka hati telur nak berapa biji pun)
  4. Telur tu gaul sekali dengan carrot tu and masak macam masak scramble egg. Then masukkan susu cair.
  5. Bila rasa dah sebati, tutup api then angkat.
  6. Campurkan carrot yang dah dimasak dengan telur tu dengan kentang yang kita dah lenyek2 kan tadi. 
 
Ni contoh carrot dengan scramble egg. Tapi ni scramble x nampak lagi sebab baru tambah susu

Cara masak kuah hitam 
  1. Sumbat semua skali (Bahan A yang telah siap dimasak) dalam sotong. 
  2. Panaskan kuali then goreng sotong sampai rasa sotong tu dah masak.
  3. Dah goreng semua sotong, kita goreng kuah hitam plak.
  4. Tumis bawang kecik dengan bawang putih sampai naik bau. Dah naik bau, masukkan cili padi then dakwat sotong tu. Tambah air secukup rasa. Tambah garam then siap.
  5. Tuang kuah atas sotong sumbat yang dah digoreng tadi.
  6. Siap.
Dekat sini tersimpannya dakwat hitam sotong tu.

Sebelum digoreng, Seal badan sotong dengan pencungkil gigi

Hiasla lawa2. I presentation memang out!
Selamat mencuba. 

{From Ayu with ♥}

3 comments:

rini.borhan said...

owh dakwat tu lei makan ke? kita salu buang je..sedap eak..lei cuba ni..

p/s:LIKE page Lil Rizq's Cubes di facebook dan share kepada semua rakan-rakan anda. LIKE ke 29, 290, akan mendapat hadiah istimewa.

amal said...

yummm! nampak sedap. nnt bleh try :D

~Ayu BnSyg~ said...

Rini : Slalu Ayu buang gak tapi husband suka. But actually sedap jugak.

Amal : Sila2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...