Friday, August 29, 2014

My Recipe : Baby Sawi with Oyster Sauce

Lama x post resepi2. By the way, ini favorite sayur 5rz. Kalau masak sayur je mesti dia suruh masak dengan sos tiram. 

Bahan-bahan.
  1. Baby sawi
  2. Sos tiram
  3. Cendawan. Aku x tau nama cendawan tu apa. Any cendawan will do as long as korang suka. Aku suka guna 2 jenis cendawan ni untuk masakan dengan sayur sawi ni. Nanti aku post gambar ye.
  4. Tepung jagung
  5. Air
  6. Tomato   
  7. Minyak masak
  8. Bahan menumis.  

Cendawan yang Ayu guna

Cara-cara. 
  1. Panaskan periuk dengan air sampai air mendidih.
  2. Bila air dah mendidih, celurkan sayur baby sawi tu. Jangan lama sangat supaya x layu. Agak2 jela.
  3. Dah selesai celur semua baby sawi, panaskan kuali. 
  4. Masukkan bahan menumis. Bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
  5. Masukkan oyster sauce and gaul sampai rata. 
  6. Masukkan tepung jagung yang dah digaulkan dengan air. Ikutla nak letak banyak mana tepung jagung ni. Makin banyak letak, makin pekat kuah sos tiram. Kalau terpekat sangat, tambah air.
  7. Masukkan cendawan and biar sekejap. Sekejap je jangan lama2 sangat.
  8. Last skali masukkan tomato. Tutup api.
  9. Baby sawi tadi, kita susun siap2 atas pinggan/mangkuk.
  10. Then tuangkan masakan dengan oyster sauce tu atas baby sawi tu.
  11. Siap.       
Ini contoh sayur yang dah dicelurkan dengan air yang dididihkan

Ok siap. Macam nilah rupa dia.

Terliur plak tengok ni.

I kalau masak anything yang guna kicap or oyster sauce memang x kan bubuh garam sebab kicap & oyster dah memang masin. Tapi ikut rasa masing2 la. Ok selamat mencuba.

ps://Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 kepada semua. 

{From Ayu with ♥}

1 comment:

Anonymous said...

wonderful issues altogether, you simply gained a new reader.
What may you recommend in regards to your put up that you made a few days ago?
Any sure?

Feel free tto surf to my web-site Illinois Speed Dating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...