Monday, January 12, 2015

Rumah Makan Bale Kambang & Gunung Merapi Jeep Tour, Yogyakarta, Day 2 (Part 2)

Oklah mari sambung hengeh2 pasal Day 2 in Jogja. We had early lunch at Rumah Makan Bale Kambang. Sini pun sedap. Semua makanan dekat Jogja memang sedap lah. Menariknya semua tempat makan adalah di atas air. Tapi x de kipas so a bit panas. Jogja panas. Tapi bila dah hirup air buah dia yang sedap tu, sejuk la sikit badan ni. 




Terlalu haus, I ordered 2 air jus. Sedap.....

Lepas je kenyang perut senang hati, kami dibawa ke Gunung Merapi. Cadangnya nak naik Jeep Tour la. 1 Jeep muat 6 orang termasuk our driver. Tour ni ada macam2 jenis. Pilih je brapa jam korang nak. Kami pilih 1 jam. Itu pun seronok sangat. By the way, sebelum kami naik tour jeep ni, kita orang tanya juga sama ada the tour selamat tak untuk orang mengandung. Nasib la selamat sebab I memang nak sangat2 ikut tour ni. Sepanjang perjalanan, kami melalui jalan yang dahulunya bukan jalan. Terbentuk jalan disebabkan oleh lava dari gunung berapi tersebut.

Cuma korang kena pakai mask sebab asap dekat sini x elok untuk disedut.


Untuk sesiapa yang tak tau, Gunung Merapi ni adalah Gunung berapi yang masih aktif. Kejadian 5 November 2010 benar2 memberi kesan kepada seluruh penduduk di Jogja terutamanya yang menetap berhampiran Gunung Merapi. Sekarang tempat tu memang x de apa2 cuma jadi tempat perlancongan sajalah. Memang sedih tengok persekitaran. Semua hancur musnah.

Nampak x batu ni macam bentuk muka orang yang tengah kesedihan?



Cheeky Faris

Kabus tebal so x dapat nak captured puncak gunung tu. It's actually belakang tu je.

Di pertengahan jalan, ada satu muzium kecil yang menepatkan barang2 sejarah semasa kejadian gunung berapi meletus.    

Pukul 12.05 pagi meletusnya Gunung Merapi ni

Antara kesan2 peninggalan



Kemudian kami dibawa ke sebuah bunker di mana semasa kejadian berlaku, terdapat 2 orang penduduk tempatan yang terperangkap disitu. Actually 2 orang tu bukan terperangkap. Semasa gunung tu meletus, 2 penduduk tu x sempat melarikan diri, so diaorang menyorok dalam satu bunker ni. Bunker ni dibina untuk menahan kepulan asap sahaja dan bukannya untuk menahan lava gunung berapi tersebut. So, akhirnya 2 orang penduduk tersebut memang sah2 tak dapat diselamatkan. 


Sampai gitu anak aku senyum. Boleh masuk lagi inside there tapi I x masuklah. Cukup sampai sini saja.

Faris still dengan senyuman cheeky nya. Dekat kawasan bunker ni paling best sebab udara sejuk nyaman je rasa.

Disini adalah kawasan paling tinggi yang tour guide boleh bawa.

Girl in green shirt was our jeep driver. She's only 22 years old! Penerangan best and her driving pun best. Since she carrying a pregnant lady (me), dia drive slow2 je.




On the way balik, our tour guide ada tunjuk kampung dia yang dulunya dia pun pernah tinggal dekat situ. Baru tau rupanya kampung dia ada dekat kawasan gunung tu. Surely dia sedih atas apa yang menimpa. Innalillah to all. 

Last but not least....
 

  
Day 2 dah settled. Cerita pasal dinner & shopping dekat Maliobaro nanti2 I himpunkan ye. Itu dah memang setiap hari dinner & shopping dekat sana. Hotel dekat dengan tempat tu. Mana x hari2 pergi kan?

Till then.

{From Ayu with ♥}

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Wow..bestnya ada kenangan pegi gunung merapi..

Ayuni said...

Chekgu Azrine: =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...