Thursday, September 13, 2012

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Bukit Bendera ni Ayu pergi time balik berhari raya di kampung 5rz, Penang. I've been here once masa kecik2 dulu, so this would be my second time. Dah lama dah ajak 5rz ke sini every time balik Penang tapi 5rz je yang malas nak bawa. Entah kenapa hari tu angin dia baik plak. Anyway thanks ye sudi bawakan saya =) 

Klua dalam kul 11 pagi then sampai sana just nice cuaca tak berapa mendung, tak berapa panas. Kira best la nak berjalan hari tu. Tiket masuk kalau with mycard adalah RM 8 for adults and for children lupa. Tu la lama sangat nak up entry ni. 

Upon arival

Ticket Counter

Nak naik train punya berebut. Ayu nak duk depan sebab boleh tengok pemandangan tapi semua dah berebut nak duk depan. Please ye korang yang nak naik train ni, cepat2 rebut seat depan or else pemandangan korang hanyalah melalui tingkap tepi sahaja which is so boring! 

Sementara menunggu giliran nak naik train


Ini train dia. Selesa la cuma kena duk depan juga. Kalau duk tengah memang kena tengok tepi je. Depan belakang semua orang

Sampai kat atas, dapatla tengok pemandangan sekitar Penang. Cantik! Nak berjalan dekat sini memang agak penat la tambahan plak kami bawak Faris and tak bawa stroller. Guna carrier je. Tapi gigih juga la naik tangga tinggi2 tengok kuil and masjid atas bukit tu.

Nampak tak Jambatan Pulau Pinang tu? Boleh juga nampak the second Jambatan Pulau Pinang dari atas ni

Yang tinggi tu Komtar kan?




Ni semua nak teropong tengok pemandangan.
RM 1 diperlukan untuk guna ni. Kena guna syiling tau tapi kat sana korang boleh tukar duit syiling dekat orang yang jaga teropong ni.
Ni la bukit yang kami naik. Phew...

Atas bukit ni ada kuil, masjid and gerai2. Boleh singgah nak solat kat sini


After that, ada satu lorong boleh jalan2. Ada kereta yang boleh bawa kita jalan2 dekat lorong tu. Satu keta RM 30. Boleh share dengan couple lain. Mula2 decide nak jalan kaki je skali Ayu tak larat. Then patah la balik ke tempat sewa kereta and tunggu sampai ada orang nak join naik skali dengan kami. 

Tuuu sepanjang lorong tu kami dah jalan. Pastu patah balik sebab tak larat. Kekeke

Jumpa satu couple ni nak tumpang tapi alahai perempuan tu plak macam sombong. Lantak kau la. Janji tak kacau aku. It was the best decision sewa kereta ni sebab banyak penerangan driver kereta ni kasi. Kalau korang setakat jalan kaki, korang tak kan tau rumah banglo ni kepunyaan sape semua. Most of the bungalows kat atas tu adalah tempat rehat tuan rumah time cuti. Kira rumah percutian gitu. Semua cantik2 tapi sayang x de satu pun yang boleh masuk. Teringin gak nak tengok dalam dia macam mane kan? Ayu paling suka rumah tauke ice cream Magnum. Sorry Ayu tak ambik gambar rumah tu tapi serius cantik. Info2 ni semua Ayu tau dari driver kereta. See? Kalau korang jalan je, you won't know rumah siapa bagai2. Perjalanan guna kereta ni adalah dalam 4 km. 2 km pergi dan 2 km balik. Kat sini juga ada sewa banglo. Satu banglo untuk satu malam, RM 800. Tong2 la sorang sikit. Boleh masuk dalam 40 orang. Macam menarik kan? In between perjalanan tu juga ada muzium ape eh nama dia? RM 10 juga nak masuk muzium ni. Pun kami tak masuk.


In between, ada pit stop kita boleh tangkap gambar and rehat2


Then actually kat sini ada jambatan gantung tapi jambatan tu dah putus di tengah jalan. Tunggu dia buat jambatan gantung yang baru. Siap in 2014 kalau x silap

Ni jambatan gantungnya


Ni la muzium yang satu lagi tu. Menempatkan benda alah ni. Yang boleh simpan air tu. Ape namanya ni? Something with beruk kan? Ntah la

 Lepas dah habis perjalanan naik kereta, kami ke taman burung. RM 5 per entry tapi tak payah masuk pun x pe sebab tak brape banyak pun jenis burung yang ada disini. Dah kate bayaran masuk pun RM 5 kan? Ayu pun masuk sebab Ayu tau, 5rz memang minat tengok2 binatang ni. Lepas settle di Taman Burung, kami alas perut. 

Faris bantai tido.

Food court dia ada 2 tingkat. Satu untuk minuman and satu untuk makanan

Banana split RM 8 tapi tak la berapa sedap. Ha kau sampai leper aku wat gambar ni. Hahaha :D


Then balik la. Kat sini juga ada Muzium Burung Hantu tapi hanya ada replika burung hantunya sahaja. Real burung hantu tiada ok. RM 10 per entry. Kami tak masuk since tahu ada replika sahaja. Muzium ni baru lagi dan muzium ni menghimpunkan sebanyak beribu jenis burung hantu. 


Ini adalah train pertama yang dibina

Dah ada Faris ni segala barang bawa. Kipas, payung bagai. Kalau ada stroller senang campak je. Ni kena pegang la ye satu2.

Time nak balik, pun masih belum ada rezeki untuk berebut tempat hadapan. So, pemandangan kami hanyalah melalui tingkap sahaja. Oh boring! Overall, I loved my trip to Penang this time around sebab dapat jalan2. Wee~~ Dah cakap ngan 5rz dah. Next time nak pergi lagi. =)

Tinggi tak? Insya-Allah will go here again kalau ada rezeki
{From Ayu with ♥}

4 comments:

:: Sarah Zainuddin :: said...

Ayu, periuk kera kalau tak silap. Kira 1 spesis la dengan beruk kan?hehehe.. :)

nurul huda jumri said...

=) I yg duk penang ni mmg la dh byk kali dtg cni,duk depan train pon dh selalu...cuma bila naik atas mesti tk jln habis pon..hehehe..naik keta sewa tu pon tk pnh..

tp yg museum burung hantu tu baru buat aje kot...sbb last year pegi blm ade pon..

btw,klu blk penang lg blh la meet up. *wink*

Cik Puan Syeeda said...

dah lama xpi bukit bendera. mcm best je.. ada perubahan. nnt la lepas bersalin i nk ajak encik hubby pi.

Unknown said...

Sarah : ha yup periuk kera. Beruk plak haku nih

Nurul : Insya-Allah kalau ada rezeki boleh meeting up. You dok mane?

Syeeda : pergi la. Best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...