Thursday, March 19, 2015

Tanjung Rhu Beach, Eagle Feeding, Fish Feeding, Crocodile Cave & Bat Cave, Langkawi.

Second day di Langkawi kami breakfast simple2 dulu. Some of us ada yang nak naik cable car so pergilah ke cable car. Tapi hari tu Sunday so terlalu ramai orang. Sudahnya, cancel naik cable car. Ayu memang x plan nak naik cable car pun. Ayu nak masuk Underwater World je sebab before this x pernah cover that place dengan Faris. Saja nak bawa Faris merasa. Dia kan macam ayah dia, pecinta binatang. 

Then lunch berhampiran food court pantai beras hitam. Kami pergi pantai yang x berapa hitam sangat. Sikit2 je hitam dia.

Ok baca sendiri



Lepas tu kami pergi ke Pantai Tanjung Rhu. Cantik sangat pantai ni. Terasa macam dekat Krabi pulak. Walking down the memory lane, auwwwww. Mula2 plan nak lepak2 je dekat pantai tu. Tetiba decide ambik boat tour pulak. Oklah just to kill the time. Kami ambik 1 boat besar with 1 hour tour. 1 boat besar dapat harga RM 200-RM 250. Cuti sekolah, mahal la. 

Cantik x?


Cheeky Faris





First stop adalah tengok Eagle Feeding. Kami dah cover bulan 5 dulu so enjoy jela. 




Next stop tengok Fish Feeding pulak. This one pun kami dah cover bulan 5 dulu cuma dekat tempat yang berlainan je.



Then melawat Gua Buaya yang aku x faham kenapa dia dipanggil gua buaya. X rasa nampak bentuk buaya pun dekat cave tu. Ke aku yang x pandai tengok. Banyak kali tengok pun x de rupa buaya. Cam mana tu? 


Ok cuba explain kat aku macam mana rupa buaya from this picture please.

Dikatakan kalau air pasang, kita x boleh masuk dalam gua tu. Nasib rezeki kami time tu, air surut x surut sangat. Sebelum tu, before kita sampai ke Gua Buaya ni, kita akan lalu ke satu jalan kecik ni yang mana monyet banyak sangat. Macam kawasan paya bakau macam tu. But worry not.  Korang dalam boat so monyet tu x kan kacau korang pun.

Lepas ke Gua Buaya, kami ke Gua Kelawar pulak. Dalam ni korang kena bayar RM 10 per head. Nak pinjam touch light pun kena sewa tapi x pasti berapa ringgit. Dalam ni best sebab banyak sangat korang boleh tengok kelawar. Gua kelawar ni kena jalan kaki ok tapi x jauh pun. Satu lagi, sila jangan buat bising dalam ni sebab akan mengganggu kelawar tu tidur. Hehehe.



Sedikit info



Info ni menarik
Lepas tu habislah boat tour kami. Kembali ke pantai Tanjung Rhu balik. Cantik sangatlah pantai ni dengan pasir dia yang warna putih tu. Next destination was Underwater World. Yeay. Tempat yang aku nak sangat bawa Faris masuk. But before masuk tu, kami basahkan tekak dekat kedai berhampiran Underwater tu. Cuaca panas sangat time tu. 

Underwater World next entry la sebab nanti aku lum sum dengan cerita lain pulak.   

{From Ayu with ♥}

3 comments:

mrs kayrul said...

dah 2 kali pergi langkawi tapi x pernah sampai tempat macam nie

Chekgu Azrine said...

Langkawi sy blm sampai.kesian betul.huhu

Ayuni said...

Mrs Kayrul: Next time try pergi ye.
Chekgu: Lepas ni boleh try pergi. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...