Showing posts with label Outstation. Show all posts
Showing posts with label Outstation. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Apa Ada di Kudat?

Entry ni banyak gambar je. Nak tunjuk persekitaran di Kudat. 

Nak tunjuk all the bunga2 yang tengah mekar tu.

Kedai Milimewa ni satu2nya pasar raya yang paling best and besar dekat sana



Bangunan kerajaan kalau x silap







Ada lori nak lalu time ni tapi sanggup stop nak tunggu Ayu bergambar. Dah habis posing baru perasan. Huhu
Then last day kami di Kudat, kami singgah ke pasar pagi saja nak tengok apa ada di sana. 

 


Kangkung besar dan panjang. X pernah jumpa dekat KL besar and panjang macam ni. Dalam gambar nampak macam biasa tapi real life memang agak besar kangkung ni.


Haha. What a boring entry! 

{From Ayu with ♥}

Thursday, June 12, 2014

Where to Eat in Kudat?

Ayu cerita pasal makanan dekat Kudat la dulu eh? Hmmm yum yum yummy! Mula2 sampai Kudat, kebetulan staff yang pernah ke Kudat called and sambil2 tu kami tanya dekat mana makan yang best? Boleh dia suggest KFC? Nak makan KFC baik balik KL. So we asked the receptionist dekat hotel and she suggested Esplaned. Mula2 kami try ronda2 jugak but at last, ke Esplaned jugak. 

Cari kedai yang ada tanda ni. Betul2 mengadap laut

Sini Ayu rasa yang paling best adalah the ketam goreng berlada. Serius sedap! Cuma lada dia x sedap sgt! So kita ketepikan sambal dia and just ate the ketam. Ketam dia senang nak kopek. Fresh, sedap and manis but not too manis. Harga around 500 gram = RM 10. Boleh dikatakan every night kami dinner dekat sini. So siapa ke Kudat, malam boleh makan dekat Esplaned. Yang sedap dekat sini, ketam berlada. Yang lain ok jela. Air kelapa dia besar sangat cawan tapi biasa je rasa. Tapi fresh coconut tu. 

Ini rupa ketam goreng berlada.


Ini pun biasa2 je tapi boleh tahan la. X dela x sedap lansung

Next tempat makan was dekat kawasan pasar. Sini banyak kepada bakar2. We bought ikan bakar and sotong bakar dekat sini. Boleh makan dekat sini juga tapi kami prefer beli lauk sini then makan dekat Esplaned sebab Esplaned lagi banyak choice. Ikan bakar saiz besar boleh dapat RM 13 and sotong plak I beli RM 8 saiz sedarhana.

Ini kawasan pasar dia. Macam food court pun ye jugak

Ikan besar macam tu RM 13
That's my sotong bakar, RM 8

Next, lunch kami makan di Sri Sikuati Restaurant. Try tanya2 orang dekat sana sebab trust me Kudat ni pusing2 situ jugak. Ayu boleh kata mahir dah tempat sana sebab yela x tau nak pusing mana dah. Asyik2 lalu situ jugak. Sekali je dapat merasa makan dekat kedai Sri Sikuati tu time lunch. Time lain kedai ni x bukak probably ada kenduri kot sebab x kan la weekend tutup? Or memang tutup? Don't know. Sini paling sedap adalah mee goreng mamak. Ayu ni bukanlah penggemar masakan mamak tapi for mee goreng mamak special, memang sedap dekat sana. Dia ada satu lagi specialty dia. Nasi goreng seafood ape ntah. Harga RM 13 tapi pinggang besar. Ayu teringin nak rasa tapi untuk habiskan satu pinggan tu memang x laratlah. Kak Yanti (lecturer yang follow Ayu) plak jenis x makan nasi. So order mee goreng mamak special.

Sampai sekarang teringat-ingat mee ni.

Selain dari kedai yang Ayu sebut tu, x payah la nak try or nak try jugak boleh je. 3 kedai tu saja yang sedap. Ada lagi 2 kedai Ayu try tapi hmmm x sedap and ntah pape. So no no no! 

Kat Kudat memang Ayu pulun makan seafood je. Dah kata murah. Fresh lagi. Ok itu je pasal makanan di Kudat. Bila2 sambung makanan di KK plak. Semestinya seafood overload!  


{From Ayu with ♥}

Tuesday, June 10, 2014

Trip to Kudat, Sabah

Assalamualaikum. Lama menyepi. 8 June hari tu, genap 3 bulan MH370 hilang. Ok tu je mukadimah.

Anyway, trip ke Sabah ni adalah atas urusan bekerja. Almost 3 years Ayu kerja dekat company ni, inilah pertama kali Ayu outstation. Sebabnya before this memang Ayu akan volunteer nak cover KL je and x nak cover mana2. Kali ni jela terbuka hati nak ber outstation. Salah satu tujuan Ayu nak klua was actually sebab dah serabut nak handle KL. Pulak tu Faris memang dah lama bercerai susu dengan Ayu and time Ayu outstation tu genap umur Faris 2 tahun 1 bulan. Itulah pertama kali Ayu x tdo dengan Faris and kali ke dua berjauhan dengan 5rz. 

Percayalah, dalam luggage tu sikit je barang Ayu. First time rasa, Ayu pack light. Bawak beg besar sebab just in case =)

So I choose Sabah. Actually ada je tempat yang lagi menarik dekat Sabah for me to cover but I choose Kudat sebab senang nak handle kerja. Fyi, Ayu yang tau jumlah students every sem, so I can predict next sem center mana yang senang nak handle. Korang x faham x pe. Ranau paling cantik sebab dah dekat dengan Kundasang and sure boleh tengok Mount Kinabalu and dairy farm. Kudat ada ape oiii? Tapi x pe. Ayu minta untuk ke Kudat and since I'm in the committee, so the committee members will have the privilege to choose the center first. After that baru open for other staff. Itu pun semua with the approval of Dato President. Lupa nak mention sebab utama Ayu nak ke Sabah adalah sebab I never been there. Before this Ayu pernah mentioned that Ayu x pernah jejak 2 negeri je dalam Malaysia. Satu Perlis and satu lagi Sabah. Alhamdulillah lepas je jejak Sabah, dapat plak jejak ke Perlis. [post] So complete dah misi menjejakkan kaki ke seluruh Malaysia, alhamdulillah. 

So Ayu ke Kudat melalui Air Asia. Fyi, x de direct flight ke Kudat kecuali guna MAS and itu pun mahal. So flew to K. Kinabalu (KK) from LCCT. Time tu still LCCT. Belum merasa KLIA2. Sampai ke KK kena drive 3 to 4 hours ke Kudat. Touched down KK 12.30 pm tapi check in hotel pukul 6.30 pm. Lama kan? Walaupun drive from KK ke Kudat supposedly 3-4 hours je, tapi biasalah first time ke Kudat, ambik masa la sikit. Plus, Ayu singgah ke tempat nak buat exam untuk tinjau ape yang patut.

Alhamdulillah selamat jejak Sabah. =)

I'm driving the new myvi first. Ni sewa kereta. Half way, kak Yanti plak drive sambil aku tdo kepenatan.

We stayed at Kudat Golf & Marina Resort. Sini wifi hanya ada dekat lobby. Nasib baik our room (i went there with one of the lecturer, Kak Yanti) next to the lobby. So sometimes, we got the connection hanya dengan baring atas katil je. Sometimes je ok. Kadang x dapat jugak. Breakfast sini not so much of the variety. Nasi goreng dia sedap but mee goreng or mee hoon goreng sangatlah mengecewakan. Ayu tercari-cari jugaklah what is the specialties dekat Sabah ni? I mean like we have mee kolok in Sarawak but Sabah ada ape? Rupanya Sabah ni kaya dengan seafoods. Yum yum yummy!


The place we stayed

Cantik kan?
Our room
This was taken at 6.15 in the morning. Terang dah. Pokok halang kalau x boleh nampak sunrise from our window


So basically trip ke Sabah ni, I'm not going to post it day by day like I used to. I will only focusing on where the interesting places that we went to sebab kalau nak cerita day by day, boring since I went there for work. Hari2 klua pagi balik petang jaga exam. Itu jela. Bila ada masa free (petang sampai malam) barulah kaki akan panjang melangkah kah kah. 

Second main agenda yang kami nak pergi adalah the Tip of Borneo sebab dah x jauh from Kudat. About 45 to an hour drive je. Tapi kami tercari-cari masa yang sesuai nak ke sana sebab takutlah nak balik malam2 sebab kami bukan tau jalan. Pulak tu, both of us girls. Mcm x de protection. 

Khamis after sampai tu dah penat, esok tu plak Jumaat. X boleh jugak since exam habis lambat then we decided pergi Tip of Borneo on Saturday. 

Ok nanti sambung.

{From Ayu with ♥}

Monday, April 28, 2014

KL I'm Back!

Last week Khamis Ayu outstation for 5 days 4 nights. Lama tinggalkan 5rz dengan Faris. Ini pertama kali Ayu berjauhan dengan Faris and second time berjauhan dengan suami. 

Anyway, today I'm back..... Insya-Allah flight Ayu akan sampai petang karang pukul 4.05 macam tu. Can't wait to hold and kiss my 2 heroes! 

Let me finish my Korea trip dulu then insya-Allah Ayu akan continue with my outstation trip pulak. 

{From Ayu with ♥}
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...