Thursday, June 12, 2014

Where to Eat in Kudat?

Ayu cerita pasal makanan dekat Kudat la dulu eh? Hmmm yum yum yummy! Mula2 sampai Kudat, kebetulan staff yang pernah ke Kudat called and sambil2 tu kami tanya dekat mana makan yang best? Boleh dia suggest KFC? Nak makan KFC baik balik KL. So we asked the receptionist dekat hotel and she suggested Esplaned. Mula2 kami try ronda2 jugak but at last, ke Esplaned jugak. 

Cari kedai yang ada tanda ni. Betul2 mengadap laut

Sini Ayu rasa yang paling best adalah the ketam goreng berlada. Serius sedap! Cuma lada dia x sedap sgt! So kita ketepikan sambal dia and just ate the ketam. Ketam dia senang nak kopek. Fresh, sedap and manis but not too manis. Harga around 500 gram = RM 10. Boleh dikatakan every night kami dinner dekat sini. So siapa ke Kudat, malam boleh makan dekat Esplaned. Yang sedap dekat sini, ketam berlada. Yang lain ok jela. Air kelapa dia besar sangat cawan tapi biasa je rasa. Tapi fresh coconut tu. 

Ini rupa ketam goreng berlada.


Ini pun biasa2 je tapi boleh tahan la. X dela x sedap lansung

Next tempat makan was dekat kawasan pasar. Sini banyak kepada bakar2. We bought ikan bakar and sotong bakar dekat sini. Boleh makan dekat sini juga tapi kami prefer beli lauk sini then makan dekat Esplaned sebab Esplaned lagi banyak choice. Ikan bakar saiz besar boleh dapat RM 13 and sotong plak I beli RM 8 saiz sedarhana.

Ini kawasan pasar dia. Macam food court pun ye jugak

Ikan besar macam tu RM 13
That's my sotong bakar, RM 8

Next, lunch kami makan di Sri Sikuati Restaurant. Try tanya2 orang dekat sana sebab trust me Kudat ni pusing2 situ jugak. Ayu boleh kata mahir dah tempat sana sebab yela x tau nak pusing mana dah. Asyik2 lalu situ jugak. Sekali je dapat merasa makan dekat kedai Sri Sikuati tu time lunch. Time lain kedai ni x bukak probably ada kenduri kot sebab x kan la weekend tutup? Or memang tutup? Don't know. Sini paling sedap adalah mee goreng mamak. Ayu ni bukanlah penggemar masakan mamak tapi for mee goreng mamak special, memang sedap dekat sana. Dia ada satu lagi specialty dia. Nasi goreng seafood ape ntah. Harga RM 13 tapi pinggang besar. Ayu teringin nak rasa tapi untuk habiskan satu pinggan tu memang x laratlah. Kak Yanti (lecturer yang follow Ayu) plak jenis x makan nasi. So order mee goreng mamak special.

Sampai sekarang teringat-ingat mee ni.

Selain dari kedai yang Ayu sebut tu, x payah la nak try or nak try jugak boleh je. 3 kedai tu saja yang sedap. Ada lagi 2 kedai Ayu try tapi hmmm x sedap and ntah pape. So no no no! 

Kat Kudat memang Ayu pulun makan seafood je. Dah kata murah. Fresh lagi. Ok itu je pasal makanan di Kudat. Bila2 sambung makanan di KK plak. Semestinya seafood overload!  


{From Ayu with ♥}

3 comments:

athi FATHIYAH said...

lapar tgk semua ni

athi FATHIYAH said...

lapar tgk semua ni

Ayuni Hj Rosli said...

athi: Kalau tgk time bulan puasa lagi terliur. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...