Wednesday, June 6, 2012

How To Take Care of Your EBM

Breastfeed mother is not easy. Breastfeed mother who are working, even harder. Trust me it's not easy. Semangat kena kuat. Ayu memang respect tabik spring melompat lompat la moms out there yang berjaya fully bf anak dia selama 2 tahun. I hope I can be like them or much better than them, amin. 


Like I said before, Ayu memang start buat stock lambat. Like a month before Ayu naik kerja balik. Akibatnya tak banyak sangat la stock EBM Ayu kat rumah tu. Ingat lagi, yang Ayu pernah cite susu Ayu pernah drop? Masa tu kan, walaupun Ayu pump and dapat 2 oz sekali pun, Ayu tetap simpan buat stock. Even sekarang pun. X kisah la dapat berapa oz pun, tetap Ayu simpan buat stock. Sikit2 lama2 jadi bukit :D


After zaman susu drop, Ayu keep pump and pump and pump. Ni hasilnya! Walaupun tak betul2 sampai 5 oz but  Ayu SUKA sangat! Alhamdulillah :D

Satu hari dah dapat 12 oz tu kira syukur sangat! 


Penjagaan EBM ni Ayu ikut yang paling simple and mudah nak ingat. Triple 3, 6. Ataupun kita boleh sebut as 3 3 3 6. Faham tak? Hehehe. :p
  • Susu yang diperah dan disimpan di dalam suhu bilik, boleh tahan up to 3 hours.
  • Susu yang diperah, then simpan dalam peti ais (2 pintu) boleh tahan up to 3 days.
  • Susu yang diperah, disimpan dalam peti ais bahagian sejuk beku (2 pintu) boleh tahan up to 3 months.
  • Susu yang diperah, disimpan dalam deep freezer, boleh tahan up to 6 months.
Senang tak nak ingat? Ingat triple 3, 6 je. But of course la formulanya akan jadi lain pulak bila kita keluarkan susu yang dari peti ais bahagian sejuk beku (2 pintu) then transfer ke bahagian atas (Please note : Peti ais rumah Ayu, bahagian bawah dia yang sejuk beku and bahagian atas dia yang simpan telur etc tu) If that the case, susu tadi tu boleh up to 24 hours saje dan bukannya 3 days. Ada faham ka? 

Selalu Ayu akan buat macam ni.
  • Once done pumping, Ayu akan masuk dalam peti bahagian atas dulu kasi suhu dia sejuk dulu. This one boleh tahan sampai 3 days.
  • Then transfer dalam freezer. This one boleh tahan sampai 3 bulan.
  • Malam2 sebelum Ayu pergi kerja, Ayu akan keluarkan my EBM dalam freezer untuk rendam dalam air then letak dalam peti. Make sure timing kan masa keluar EBM from freezer ke peti ais. Sebab, bila EBM tak habis, that EBM boleh tahan up to 24 hours saje. Contoh : Ayu klua EBM from freezer at 2200 hours. Let say Ayu balik kerja and sampai rumah at 1800 hours, that EBM still boleh guna lagi as long as sebelum kul 10 malam la. But once that EBM tu dah dipanaskan, that milk boleh tahan up to 1-3 hours saje (this one Ayu tak berapa sure. But to be safe, Ayu hold sampai 1 hour saje)

Walaupun 2 oz saje, Ayu still simpan wat stock
Ini je stock yang sempat Ayu buat before naik kerja. Alhamdulillah now makin bertambah =)

Yang frozen tu rendam dalam air macam ni sebelum masukkan dalam botol
Satu botol yang tak bertanda tu yang fresh punya. Kasi last botol so that kalau tak guna boleh froze kan. Botol 1-4 HARUS habiskan within 24 hours after dah dikeluarkan


Tak kan nak bagi frozen je, bila nak bagi fresh? Malam after work and pagi before work, Ayu akan pastikan Faris dapat fresh milk. Ayu juga akan bekalakn 1 bottle EBM yang masih fresh. Contoh : Ayu bekalkan 5 botol EBM untuk Faris. Each contains 2 or 2.5 oz. 4 bottles ambik EBM frozen and satu botol lagi Ayu akan kasi yang Ayu dah pump malam sebelumnya. 4 botol yang frozen tu HARUS dihabiskan within 24 hours. 1 extra bottle yang fresh tu kalau tak habis, at least Ayu boleh simpan jadi stock. So tak membazir disitu. Ayu always spare another bags of EBM yang frozen punya just in case Ayu balik lambat or stuck dalam jammed or LRT sangkut etc. So total semua Ayu bekalkan :
  • 4 botol EBM frozen yang dah dicairkan malam sebelumnya.
  • 1 botol fresh milk yang Ayu pump time malam.
  • 1 EBM frozen yang still frozen. Bila sampai rumah MIL, masuk kan EBM frozen tu tempat frozen jugak. This one just in case Ayu balik lambat etc.

Always carry this inside the diaper's bag. So that senang nak panaskan EBM

Hari2 kena basuh + sterilize all this. Ni baru sikit.
Like I said before, kena kuat semangat la. Penat memang penat bila fikir nak pump la, nak froze la, nak rendam la, masuk dalam botol la, timing masa lagi etc etc. Guna fm kan senang. Nak susu, bancuh aje. Ikut la selera masing2. Ayu pun harrrrap sangat dapat bf Faris sampai 2 tahun, amin. Tapi tgk la production Ayu kadang banyak, kadang sikit. Apa2 pun insya-Allah Ayu akan bertahan selagi mampu. Doakan sama2 ye?

{From Ayu with ♥}

14 comments:

cheQmOomOo said...

fuh complicated gk..chaiyok!

fatihiah said...

thanks ayu, share how to handle EMB neh,;)

♥ balkidz_hunny ♥ said...

Bertahan selagi mampu. Insyallah ade rezeki anak.
aku pun sampai sekarang,walaupun sket, mesti pump jugak!

Little Rania Shoppe said...

hai mommy..
rompers yang cute + murah ada disini..

('',)pzAEdy~ said...

ayu,thnkz for sharing info, 1 fine day i need this guide! skrg bca mcm blur2 lg. hehehe. ermm, so bila seelok2nya start buat stok ye masa dlm pantang ?

LisaLisut said...

i love ur explanation! hehe faham la sikit2 for now.peti ais u dgn i lebih kurg so sng skit nk fhm. kene belek balik buku penyusuan ibu bekerjaya la tiap2 kali lupa. i ni mudah lupa.hehe.truskan update ayu. i nk baca. kire byk okkk susu u. suka gilaaa i tgk susu yg byk2 ni heehee

cikpuanputeri said...

Thanks for sharing dear. banyak info i dpt .hee.. nanti share lagi tau. mmg kena gigih nie ..hee...

ladysara84 said...

alhamdulillah...proud with u...:)

~Ayu BnSyg~ said...

cheq : Agak complicated gak la tapi utk anak insya-Allah tabahkan hati =)

fatihiah : Tq

Kidz : Insya-Allah nak bertahan selagi mampu ni.

pz : Start wat stock since after delivered lg la. But, take some time to adjust new life dulu. Bila dah biasa and penat sakit tu redha sikit, start la buat stock.

Lisa : Tq Lisa! I pun suka explanation yg I bagi. Eh tetiba?

~Ayu BnSyg~ said...

Put : Insya-Allah klu ada pape nnti, I update. Semangat mmg kena kuat la. Huhu

Sara : tq =)

Riana said...

Salam ayu.sangat2 bersemangat nak fully Bf baby sy bila baca entri ayu pasal ebm ni..hope dipermudahkan urusan kita ye..risau nye kl susu sikit..

mia-ina said...

teruja dgn smgt ayu ni..semoga dipermudahkan allah selalu utk ebm anak

aTy _faRed~ said...

betul..semangat memang kene kuat..same goes to me..:)

~Ayu BnSyg~ said...

Riana : W'salam. Amin. Let's hope for the best.

Kak Mia : Amin. Tq kak.

Aty : =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...