Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya!

X sabarnya!!!!! Insya-Allah kejap lagi we all akan balik kampung belah ayah Ayu, Rembau. Tinggal tunggu 5rz balik from work. Dia half day today. Lepas tu terus chow cin chaw. Doakan perjalanan kami. 

Tahun ni giliran beraya di belah Ayu. Yeay! Tahun ni juga Ayu rasakan persiapan raya beria sebab kita akan beraya di Penang skali. Planningnya sehari sebelum raya balik kampung Ayu which is today lah. Raya pertama petang2 sikit balik ke KL. Raya ke 2 balik ke Penang untuk beraya dekat belah sana plak (belah 5rz). Nanti bila balik KL, sambung beraya rumah sedara dekat KL plak. Jumaat plak akan ada makan2 dekat rumah my parents. Then insya-Allah the following week akan jalan beraya rumah Achik dekat Melaka. Yeay! Seronok rasa. Duit pun mengalir banyak wooo. Rasanya this year punya raya paling banyak keluar duit. Maybe sebab kami pun baru beli kereta kan? 

To be honest, ada je lagi beberapa perkara yang Ayu x settle kan lagi. Contoh aku x de baju colour purple to match it with the boys. Ada tu ada tapi aku nak cari yang nursing friendly. Susah2 karang aku pakai je x sedondon pun. Lantak! Dah penat pun ye gak. Pastu kelmarin tetiba otw balik from work, jumpa orang bukak booth dekat LRT station. Survey2 sekali terjumpa. Ok ngam colour pun dah boleh match. Ambik. Balik rumah, tetiba rasa cam baju tu kosong. So smalam pergilah survey rantai keronsang gedabak tu. Semua pun last minute. Tapi x pe sebab baju anak2 semua dah siap. Ibu punya baju je nak ngada2 nak sama2 dengan anak2. Itupun kalau dapat yang samalah. 

Last weekend plak dapatlah beli sepasang kasut raya. Wedges simple sangat aku beli sampaikan tertanya-tanya 'ini je ke kasut raya aku?' Nak pakai heel nowadays dah rasa cam cannot anymore. Sakit kot. Biasalah time pregnant dulu dah lebih 9 bulan x pakai heels. Dah jadi macam x biasalah pulak. Oklah. Dah berapa entry dah aku up x de gambar. Moh le tepek sekeping dua kat entry ni plak. Ni gambar last weekend time shopping raya. 






Dikesempatan ini, Ayu nak mohon maaf kalau ayat atau cerita Ayu dalam blog ni ada yang mengaibkan sesiapa atau mungkin ada yang terasa hati dengan Ayu, maafkanlah Ayu ye? 

Gambar last year. Insya-Allah tahun ni raya berempat.

Oh sebelum terlupa, harap time raya ni jangan sibuk sangat dengan gadget ye. Kalau boleh mingle around with the family. Kalau x borak sama2 pun, duduk skali. Bila dah duduk skali, tangan jangan asyik ke gadget please..... Insya-Allah entry raya plak after this. 
 
ps:// Jangan lupa bayar zakat ye korang2.

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...