Friday, March 18, 2016

Kacang Pool Larkin, JB Trip - Day 3 (Part 1)

Assalamualaikum.

Dah sampai hari ketiga. Last day in JB. Last day x de plan ape2. Memang semata nak balik ke KL je. Macam biasa breakfast dulu then naik bilik, barulah kami start packing balik. Dah siap semua still ada time before check out. Check out time is at 12 pm tapi sebab aku mengantuk sangat, aku called and mention nak late check out. So dia kasi sampai pukul 2 pm. X delah aku tdo nyenyak mana pun. Ada anak 2 org, sorg terlebih aktif, sorg pun nak ke arah aktif cam abang dia jugak. Tidur ayam jelah aku.

Bukan main payah ha budak 2 orang ni!




Muka cheeky Faris. Adik follow the flow saje


At last, photo paling decent.

Sebelum check out, aku dah set nak makan kacang pool. Kacang Pool ni kalau x silap yang paling famous ialah Kacang Pool Haji. Berdekatan dengan balai Bomba Larkin. Waze saje insya-Allah jumpa. Tempat dia macam a very small food court. Sebelum makan kacang pool, aku tertanya-tanya amende kacang pool ni? Selalu tengok gambar pun x leh nak agak ape yang dalam mangkuk tu. Bila dah rasa barulah tau apekah dia kacang pool ni.

Ini kedai dia

Yang dalam mangkuk tu rasa dia macam inti yang kita nak buat murtabak tu ha. Haaaa lebih kurang cam tulah. Ada rasa daging, chicken stok, bawang etc. Selalunya kacang pool ni makan dengan roti tebal. X sure plak ape nama roti tu. Roti tebal tu aku je sesaja panggil. Rasa roti? Rasa rotilah. Lol! Macam roti bakar. X keras. Crispy gitu. Cicah dengan kacang pool, perrrggghhhh menjilat mulut! Dalam kacang pool juga ada sebiji telur mata-mata untuk melihat si pemakan selera ke tidak makan kacang pool tu. Ok x kelakar. 

Malas nak rotate. Inilah dia. Alahai terliurrrrr

Perah lemon baru sedap!
ABC

Mula2 aku ambik 2 sets. 1 untuk aku, 1 utk 5rz. Lepas tu aku rasa ehhhh sedap sangat ni. Nak 1 lagi tapi without roti. Pun boleh. Harga 1 set, RM 6. Dah naik. Dulu aku baca dekat blog2 RM 4 je/set. Kalau x nak dengan roti pun sama harga, RM 6. Bezanya, kacang pool tu kau dapat 2 senduk. Banyak sikit lah kuah kacang pool tu. Eh dia bukan kuah kacang tau. Seriously sedap. 

Cuma yang aku x berapa pasti, kenapa nama dia kacang pool? Anyone?    

{From Ayu with ♥}

3 comments:

Chekgu Azrine said...

setahu saya memamg kacang pool diperbuat daripada kacang parangkan?hehehehe..pernah tgk resepi dia...

Ayuni Hj Rosli said...

Oh ye ke? saya jenis x makan kacang sangat. X terasa lah plak kacang tu. Sedap je. Thanks sharing by the way

Anonymous said...

mil sy org jb..dlu die penah bg kacang yg utk buat kacang pool ni..dlm tin dan kat tin tu mmg tulis kacang pool. haha sbb tu kot nama resepi trs kacang pool.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...