Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum. Lamanya x update blog. Malas la punca utama. Anyway, sebelum sambung balik trip to Sabah, nak cerita serba sedikit pasal Ramadhan la apa lagi?

Jumaat lepas ada Sogo Member Day Sale. After Maghrib pergi dengan bawa Faris. I'm not a member so I registered. Pergi susah2 semata nak beli botol Faris. It's time to tukar dah pun. Beli botol, puting dengan socks dia. Itu je. Baju semua memang murah tapi entah kenapa x mau beli. Lepas tu menyesal. Then we had dinner dekat Manhattan Fish Market. Pastu balik rumah. Nasib naik lrt. Kalau x memang jam sangat2.

Sabtu plak, macam biasalah, settle kan laudry and rehat tengok movie. Best layan movie berdua dengan suami. Horror movie plak tu. Kebetulan Faris tdo nyenyak petang Sabtu tu. Malam Sabtu did my ironing then bangun sahur next morning. Alhamdulillah pagi bersahur tu Ayu rasa tenang.

Hari Ahad, x de buat ape sangat. Mak buat rendang kerang. Yummy! Then Ayu sempat kemas sapu bilik sikit2.  Petang2 sikit, rasa macam best pulak Ramadhan start on weekend. Tiba sangat. Sure korang pening ape maksud aku kan? X pe x pe. Then my first nephew berjaya puasa penuh for the first time 1 Ramadhan lepas. He's only 6. Ke 5? Tahniah Iman. 

Malam tu berjaya settle kan jahit butang2 tertanggal dekat kemeja 5rz la, cardigan aku lah. Dah lama sangat tertangguh. So settled last night. Yippee! Pagi tadi bangun sahur pun rasa macam hmmm bestnya. X tau pasal ape. Then Subuh then off to work. Bulan Ramadhan ni working hours pun lain sikit. Need to be in the office early than usual. Tapi x pe sebab dapat balik awal, yeay!

Ayu pun x tau ape sebenarnya nak cerita ni. Muahahaha. Oklah just nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ayu harap dapat puasa penuh tahun ni, insya-Allah. No no belum pregnant lagi tapi my period lately sangat haywire, so mengharapkan kalau x de isi, harap next period datang lambat la sikit ye. Lepas dah settle puasa ke kan? Alhamdulillah, Ayu dapat permulaan yang baik dan positif mula2 Ramadhan tahun ni. Harap berpanjangan lah rasa positif ini, amin. 

Selamat menjalani ibadah puasa sekali lagi. 
{From Ayu with ♥}

3 comments:

AyNz said...

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa Ayu! Yeahh, bulan ni semangat dia lain sikit kan? Positif & ceria =) Alhamdulillah! Hihii

Ayuni said...

AyNz: Selamat menjalani ibadah puasa untuk awak jugak

Chekgu Azrine said...

Selamat menyambut ibadah pose..
Better late than never kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...