Wednesday, August 19, 2015

Cerita Raya di KL Pula, 2015 (Part 5)

Wuwuwu minggu lepas x sempat nak habiskan raya stories sebab ingat dapat curi2 masa update time kerja, tapi workload terlalu banyak with tight deadline! Heh! Ini pun sambung menaip time pump pagi2 buta ni. Jom sambung raya stories even tho, Syawal baru je habis on last Saturday. 

Bangun pagi pada raya ke lima, aku seperti biasa siap2 nak mandi. Lepas aku mandi, 5rz settle kan anak2. Tq B. Then Endeng dgn Eisya (isteri Endeng) keluar beli breakfast. Mee hoon sup sedap sgt. 5rz bertambah 2 bungkus kot. 


Kan pervious entry, 5rz ada cakap nak balik KL pukul 6 pagi. Memang x lah! Lepas tu tukar plan nk balik after lunch. Pun x kesampaian. Maka pung pang pung pang, kami pun balik keesokkan hari pagi2 buta. Pukul 12 pagi, kami bertolak ke Kl. Itu pun sebelum bertolak balik, 5rz dah siap tanya sama ada aku boleh tukar2 drive dengan dia ke x? Aku jeling je. Tu la sibuk sangat nak balik pepagi buta. Alhamdulillah kami selamat sampai ke KL jam 5 pagi dengan singgah 1 stop je kasi 5rz lelapkan mata sekejap. 

Sebelum balik pekena nasi kandar Kayu kejap. Mataku kuyuuuu je ha




Hari yang sampai ke KL tu, memang kami tdo sampai ke tengah hari. Aku sampai KL, x terus tdo. Terus buat kerja lagi adalah. Biasalah men-laundry segala baju since a day before raya lagi. Settled laundry baju2 aku dgn 5rz, badan x tahan, so tdo sekejap. 2 jam kemudian bangun balik sambung laundry budak2 pula. Tengah hari nk lunch memang x kuasa lah aku nak masak. So, kami keluar pergi JJ. Lunch dekat The Chicken Rice Shop. Since Ramadhan aku teringin tp time kami pergi, full house. So kira ganti balik. 

Selesai lunch, masuk baby room sebab adik pun nak lunch. Gitu. Lepas tu, dekat tengah2 JJ tu ada orang buat giant playground untuk budak2 main. Tapi entrance fee dia RM 15 kau! Bayar lah juga kasi Faris main. 5rz jaga Faris dengan adik dekat playground while aku masuk JJ beli barang sikit. 

Playground dia memang best sebab first time aku tengok playground boleh gerak2. Eh faham x maksud aku? Belon Sponge Bob tu, mulut dia boleh makan budak2 tu then muntah kan budak2 dalam tu balik. Aku plak excited. Faris x excited lansung! Dia takut pun ye gak tu.  Sebab bila ajak masuk dalam sponge bob tu, lari menjerit-jerit cakap x nak! Apa da bayar mahal2 dok main benda yang sama je. 

Even dalam ni pun dia x kan masuk kalau x de budak2 lain.

See ramai budak2 masuk dalam mulut Spongebob tu ha. Faris je takut
Ini je dia nak main






Esok tu, Khamis, we both dah masuk office. Then Jumaat malam ada makan2 dekat rumah parent. Adik beradik ayah je. More to BBQ dinner. Makan seafood. 





Sabtu plak kami sambung berjalan raya belah 5rz. Dua rumah je tapi dapat cover ramai dah sebab semua berkumpul dekat tempat yang sama. Dari tengah hari dekat rumah tuuu jela sampai membawa ke malam. Makan nasi arab 2 kali. Mueheheh. 2 kali tu, tengah hari sekali, malam sekali ye. Jangan fikir aku ni raksasa plak makan 2 kali tengah hari and 2 kali malam. 

Hehe suka snap gambar bila Faris pandai ikut mimik muka ibu dia

Muntoh muntoh!!!!!!!!!!!


Ini rumah terakhir for that day yang kami singgah.

Mulanya x nak pergi pun rumah ni. Nak pergi esok sebab dah malam tapi makcik 5rz dah tunggu plak. Kenalah pergi


Ahad plak, ke rumah pakcik 5rz sambung beraya tapi kami pergi dah petang2 since aku pun banyak kerja rumah nak kena buat. 

Tapi sebelum tu singgah Tesco isi perut.

Bila tengok gambar ni, teringat manalah aku letak jam aku tu ha. Hadiah birthday plak tu :'(



Lepas tu dah Isnin and kerja lah macam biasa. So that's about it cerita 1st week of my Syawal in 2015. Masuk minggu ke dua and ketiga aku lum sum je cerita, senang. Mungkin akan combine dengan minggu last di Syawal as well which was last Saturday I think. We see how. Masuk bulan baru dah kita, alhamdulilah.

{From Ayu with ♥}

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...