Wednesday, September 4, 2013

Last Entry for Guilin, China

Actually, Ayu dah x tau what else to update pasal my China Trip. This entry should be my last entry pasal China Trip la ye. I'm sure orang pun dah muak and bosan asyik cite ni je kan? Ayu nak update ape yang best/unique dekat Guilin as well benda penting yang korang kena bawa ke sana nanti.

1. International Plug
Ayu lupa nak bawak my international plug. End up kena beli dekat sana. Kalau x macam mane nak charge gadget. Try cari dekat shopping mall and try to get below 20 Yuan = RM 10. Kalau dia kasi harga lebih, just walk away and try to get the best deal. Even better kalau korang ingat nak bawak international plug from home siap2.

2. Tawar Kaw2 Kebabom!

Skil tawar menawar haruslah tip top especially kalau korang ke Street Market, West Market etc. Please bargain 70% of the actual price. Ye 70% ok. You'll be surprise that with 70% of discount pun they willing to sell. That means cost yang diaorang kluakan amatlah murah. Kalau harga yang korang tawar tu, dia x kasi, jalan je. Most of the sellers akan panggil balik korang and diaorang akan suddenly setuju dengan harga yang korang tawarkan tu. Trust me!



Shawl sini semua murah2. Kat Malaysia pun all made in China maaa


Aaaa buah manggis and mata kucing pun ado

Dan tembikai besar juga.

Anggur


Sepit rambut yang batu2 gini, kat China and Indon murah. 


Cermin bulat tu Ayu slalu dapat kalau kawan2 balik dari China

3. Kemahiran berbahasa China

Payah communicate dengan orang sana yang tak paham English. Payah juga sebab Ayu and 5rz tak pandai berbahasa China. Kat U dulu ambik Nihon-go x mau ambik Mandarin. Nasib la ada SIL yang mahir berbahasa cina. But at least kena tau la jugak nak tanya berapa harga ni? = Ni haw? (Simple yang ni pun kami x tau!) Kami cakap English, nanti diaorang dekat sana akan tulis harga dekat kertas. Kalau dapat yang pandai berbahasa English sikit2 tu, nasib la. Rezeki.

4. Kenderaan Moto Menggunakan Bateri

Serius kagum aku tengok ni. Tak de pencemaran udara dan bunyi. Tapi yang bahayanya, ada satu kali tu Ayu nak melintas jalan raya, x perasan ada moto tetiba lalu. Yela sebab moto tu senyap je. Guna bateri senyap jela. Nasib x de pape. Tapi moto berasap tu tetap ada. Kira ada 2 jenis moto la dekat sana. Satu lagi, diaorang ada banyak sangat moto yang ada atap. So kalau hujan x kisah sebab ada atap.


Ni satu lagi. Sangat best sebab dia sediakan atap untuk moto berhenti sementara tunggu traffic light hijau



Itu jela. Hehe sikit je kan? Baik x payah update Ayu oiii!!!! Jadi dengan ini, tamatlah entry China. Ahhh...at last!


Starbuck tiruan?


{From Ayu with ♥}

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Banyak info la sis..tq for sharing..blm.pnh sampai lg china

~Ayu BnSyg~ said...

Azrine : Welcome =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...