Friday, September 13, 2013

My Recepi: Kek Batik

Senang je nak buat but yet dulu Ayu rasa susahnya lahai nak wat kek batik. Ceritanya, Ramadhan baru ni, Ayu teringin kek batik. 5rz kalau dengar Ayu cakap teringin itu ini, dia suruh Ayu buat instead of beli. Banyak kali dah tapi Ayu jela malas ngan rajin je. Ramadhan hari tu rasa rajin la kejap nak try buat kek batik. Google je resepi and try la buat.

Alhamdulillah menjadi dan sedap yum yum walaupun first trial. Tapi time nak buat tu, Ayu ada gak call kawan, Niza tanya itu ini.

Bahan2
  1. Biskut Merry (patah 2 or 4. Ayu patahkan 4) 
  2. Serbuk milo 
  3. Serbuk koko 
  4. Susu pekat 
  5. Butter 
  6. Telur (1 ke 2 biji)

Cara2
  1. Panaskan kuali (api yang paling perlahan) and masukkan butter. Ayu guna separuh butter. This one ikut la brape banyak biskut merry yang korang gunakan.
  2. Bila butter dah cair, masukkan setengah tin susu pekat.
  3. Then masukkan serbuk milo then serbuk koko. Masuk jangan sekali masuk ye. Masuk pelan2 sambil kacau bahan2 tersebut.
  4. Acuan akan jadi sedikit pekat dan likat and susah nak kacau. Bila semua dah sebati, tutup api, tunggu sekejap.
  5. Tunggu like 3 - 5 minit, pecahkan telur then masukkan dalam acuan and kacau. Tutup api supaya telur yang kita masuk tu tak jadi telur goreng bersos milo ye. Ayu guna 1 biji telur je.
  6. Acuan akan jadi kilat2 gitu. Then masukkan biskut merry yang korang dah siap2 patahkan 2-4 tu.
  7. Kacau acuan bagi sebati.
  8. Sebelum masukkan acuan yang dah siap tu dalam loyang, alas loyang dengan plastik yang buat bungkus lauk tu. Potong dua plastik tu then masukkan dalam loyang. This one bagi memudahan untuk kita angkat kek batik kita dan supaya kek batik kita x terlekat dekat loyang.
  9. Masuk acuan dalam loyang and make sure time korang masukkan semua acuan (termasuk biskut merry tu) korang tekan2 dengan tangan (yang beralas plastik yang mula2 tadi tu). Tekan2 acuan tu supaya kek batik kita mampat dan padat. 
  10. Siap tu, Ayu masukkan loyang (yang dah ada acuan + biskut merry) dalam freezer for 3 - 4 hours. Ni supaya kek batik kita keras and kukuh struktur dia. Macam buat rumah pulak lahai!
  11. After 3 - 4 hours, kluakan then transfer ke chiller pulak. Bila nak makan, kluakan dari peti ais.
See how I put the plastik dalam loyang?

Siap untuk di makan. Yum yum yummy!

Senang kan? Tiap2 minggu boleh buat. Selamat mencuba. 


{From Ayu with ♥}

2 comments:

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

yummy3! sedapnya kek batik tu, terliur dah ni.. hehe

tapi klau yg jual kat kdai biasanya biskut yang lebih taruk, tu yang jadi tak brapa manis tu..huhu

baik buat makan sendiri pun puas..hehe

Liyana said...

klu sy buat jenis yg x letak telur. pastu letak kacang tanah yg dh disangai n blend. perghh sedap gilos. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...