Thursday, March 20, 2014

Winter Sonata Trip - Dongdaemun (Day 1)

Assalamualaikum. Ok let's start the story.

Kami touch down di Incheon Aiport at about 1520 hours. Sampai2 je kena naik monorail untuk ke kastam. X lama pun naik monorail ni. Monorail ada setiap 5 minute. Suka2 je panggil monorail kan? Lepas settled dengan kastam and ambik luggage semua, kami mencari la tour guide yang Ayu dah enggage last2 minute nak ke Korea dulu. Dah cakap dah Ayu pakai ape semua and our tour guide pun dah describe dia akan pakai ape etc. Cari2 x jumpa! Dalam 15 minutes jugaklah dok pusing2 airport mencari. Nasib baiklah suddenly terjumpa. Ayah dah fikir lain dah. Ayu lagi nervous sebab I settled everything remember? 





Lepas jumpa dengan t/g, kami naik teksi ke Seoul. Kebanyakkan airport sekarang dibina bukan di tengah2 ibu kota kan? Perjalanan from Incheon airport ke bandar Seoul mengambil masa selama 1 jam lebih. Dalam teksi tu, kami tertidur kepenatan. 

Bila dah sampai ke hotel, kami checked in and solat. Tunggu Maghrib, then off for dinner. First night, kami makan ikan bakar. Wohoooo! Ikan bakar ni berdekatan dengan Dongdaemon. Macam mane nak sebut ni? Dong-da-e-mun. Macam Doremon kan? Kekeke


Otw for dinner
Kita naik bus
First time jugaklah Ayu merasa kimchi. Selalu tengok masakan Korea dekat Malaysia, tapi x rasa teringin pun nak makan. Kimchi sedap! Ayu suka! Ramai review Ayu baca cakap kimchi x sedap. Kubis sejuk la. Yup memang tapi tekak Ayu boleh terima plak. Ayu paling suka kimchi!





After dinner, jalan2 sekitar Dongdaemon. Niat dihati nak shopping winter coat for 5rz and cari boot for Faris.
Tapi time tu dah malam. Banyak kedai dah tutup. Shopping mall adalah tapi harga, lebih kurang KL. Total damage for Day 1= none. Tapi, kita repeat datang sini balik on our last day in Korea. But that one Ayu cerita later. Kita ikut cerita by day ok?




Dalam mall ni, ada sorang perempuan ni suka la dok melayan Faris. Pastu perempuan ni tanya dengan Ayu

"How old is he?"
"2 years" Walaupun Faris akan masuk exactly 2 years on this coming 24th March, Ayu jawap je 2 years. Senang. Then perempuan tu tanya balik

"In Korean year?"

Ayu x paham ape maksud dia. Terus tanya t/g and he explained that Korea akan start kira umur seseorang tu sejak dalam perut lagi. Maksudnya, kalau umur Faris 1 tahun, in Korean year, umur sebenar adalah 1 tahun 9 bulan. Baru Ayu tau ada jugak yang ikut macam ni eh? So, kalau macam tu, umur I dah 30 la eh? Huwaaaa.... 




Settle jalan2, balik hotel and rehat. Thats all for day 1

{From Ayu with ♥}

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Xpnh tahu plak ada yg kira cmtu kan..dlm perut pun kira ek..hehe

Ayuni Hj Rosli said...

Cikgu Azrine: Ayu pun baru tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...