Friday, January 20, 2012

Wedding Review (Pelamin)

As I mention earlier, my pelamin pun Ayu ambik dari butik yang sama iaitu Alfinaz. Sila sila. Sila click sekarang tengok macam2 jenis pelamin butik ni ada. Harga pun sangat berpatutan. Pelamin Ayu simple2 saja tapi cukupla bagi kami. Cantik di mata kami. Tema tetap sama iaitu purple silver. 


Our pelamin inspired by this. Taken from Alfinaz's website

Ayu request nak seat sekali. Tak mau duk asing2 dengan 5rz. So that nanti Ayu bolehla posing rapat2 dengan 5rz. Hehehe gatai! Tapi time Ayu booking tu, semua kerusi yang boleh duduk sekali tak banyak choice. Yang Ayu berkenan pulak cuma available warna hitam je. Tak kan la kerusi warna hitam sedangkan tema Ayu purple silver. So, Ayu terpaksa choose single chair. *sobs*sobs*

Then bila Ayu datang untuk first fitting tu, Ayu ternampak kerusi baru yang duduk sekali. Terus tanya Sola berapa harga bagai. Tapi masa tu budget sangat tight walaupun untuk top up another RM 100 - RM 200 for my kind of chair. Then Sola cakap

"Tak pelah, Aku kasi kau kerusi sampan tu free. Tapi design yang macam tu la. Kau nak tak?"
"Sampan?"

Sola pun tunjuk la kerusi design sampan tu. Oh suka! Perfect for me. Pandang 5rz supaya 5rz pun setuju. 5rz jenis tak kisah so yeay, dapat pun duduk rapat2 atas pelamin. *Ahaks*


Tak faham nape kerusi ni dipanggil kerusi sampan *_*

Then nampak pulak artificial flowers for the pelamin yang lagi cantik dari yang Ayu pilih before this.

"Sola. Tu bunga baru ke?" Kalau nak bunga tu, kena tambah berapa?" (Ayu ni bukan ada duit pun tapi suka nak tanya2 juga)
"Hmm.... kau nak ke pompuan?"

Ayu senyum je.

"Kejap aku tengok date kau ada orang booking tak bunga tu" Sambil Sola keluarkan buku dia.

Dah memang rezeki Ayu. Dapatlah bunga tu. Alhamdulillah. =) 

Bunga artificial Ayu sepatutnya sama design dengan yang gambar mula2 sekali Ayu letak. Tapi Ayu tukar  dengan bunga yang dalam gambar ni secara FOC :D


Tiba hari yang dinanti. Orang butik datang untuk pasang pelamin dekat dewan. Once orang butik dah sampai dewan, Ayu terpaksa tunggu pelamin siap dari pukul 3 sampai la maghrib. Fuhhh penat. Dah la pagi tu Ayu ke Masjid Jamek buat inai. Dengan bridal suite tak habis kemas lagi. Sebab tak de siapa yang nak tunggu orang pelamin, Ayu la terpaksa tunggu. Nasib dewan tu ada bilik VIP. Sempat la Ayu tertidur atas sofa sementara tunggu pelamin siap. Bila pelamin dah siap pasang, Ayu bayar balance duit dekat butik tu. 


Pastu Ayu ternampak carpet pink atas pelamin Ayu. Balik rumah, Ayu called Sola.


"Sola. Carpet pink tu you charge tak?"
"Yang tu boss aku kasi kat kau free je tau."


Carpet pink tu sepatutnya kena charge juga. Tapi dah rezeki Ayu en. Alfi kasi FOC juga. Tq en. Alfi =)


Masya-Allah baik hati sangat en. Alfi ni. Banyak benda dia kasi free. Memang tak berkira. Alhamdulillah rezeki, rezeki. 

Sapa2 nak gunakan khidmat Alfinaz, Ayu sangat2 recommend. Korang deal la dengan Sola. Dia baik sangat. And boss butik ni, en. Alfi pun baik sebab dia jenis tak berkira dengan Ayu.

Walaupun gambar ni gelap tapi Ayu suka tengok set up dia

{From Ayu with ♥}

2 comments:

LisaLisut said...

seronoknye..pelamin ayu cantik... (mls nk igt kisah tak best pelamin i haha)

~Ayu BnSyg~ said...

Lisa : Thank yang. Pelamin you awat plak? Ok je I tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...