Monday, January 16, 2012

Wedding Review (Reception Attire)

Now comes to reception attire pulak. Both 5rz and I punya baju reception adalah dari butik Alfinaz. Baju Ayu adalah baju baru manakala baju 5rz baju yang memang sedia ada. Tau berapa dia charge untuk satu baju baru? Untuk baju Ayu saja, dia charge less than RM1k. Kain, upah jahit all included. Murah tak? Tapi untuk dapat that kind of price, korang kena ambik pelamin dengan butik ni sekali. So, yes my pelamin dari butik yang sama. 

Ayu deal dengan Sola and the owner of this butik, encik Alfi. En. Alfi tiap kali Ayu pergi butik, nampak garang tapi sebenarnya dia baik sangat layan each customers dia. Kadang nak cakap dengan en. Alfi takut2 tau. Selalu kalau apa2, Ayu chatting dengan en. Alfi through fb.  

I had this one concern about my baju. Lambat siap and I was so worried. Actually bukanlah lambat sangat siapnye. Ayu just takut tak sempat siap je since kain semua Sola kata dibeli dari Indonesia. So boleh dikatakan selalu jugalah Ayu chatting dengan en. Alfi tanya baju den bila siap bagai. Nasib en. Alfi ni sabar melayan karenah Ayu.

Bila Sola called cakap baju dah siap untuk fitting, barulah Ayu lega. Alhamdulillah baju siap juga. Semuanya mengikut cita rasa Ayu. Adalah dalam 1 2 benda tak berapa ikut sangat. Like Ayu request nak kain putih and manik purple and I don't want a long train. Tapi hasilnya, dia buat manik pink + purple and my train wah... Panjang! Mula2 tengok baju, dah merungut dekat 5rz. 

"Ala nape train dia panjang? And nape guna manik pink ni? Hari tu sayang request nak purple"
"Cantik ape"



The long train

Tidaklah tak cantik. Cuma tak mengikut kehendak Ayu. Tapi bila Ayu try pakai, that manik pink tu memang sangat kena dengan manik purple. Cuma Ayu tak berapa berkenan dengan train. Actually mak Ayu dah pesan supaya jangan wat train panjang2. So, Ayu ikut nasihat mak. Sekali dah jadi baju, nak buat macam mane kan? First fitting hari tu baju longgar (eceh nak cakap aku dah kurus sebelum kawin la tu!) So masa try tu terasala lebarnye. Wife en. Alfi terus ketatkan baju on the dot sementara Ayu cari kasut and veil yang sesuai. Pantas diaorang buat kerja. :D 

Alhamdulillah ramai juga yang puji cakap baju Ayu cantik. Terima kasih. Ayu pun suka baju Ayu. Hee~~ For baju 5rz plak, tak buat baru since dia jenis tak kisah design ape pun. So, pakai yang sedia ada. Oh tiba2 teringin nak 5rz dress up macam ni sekali lagi. Eh, tapi BUKAN untuk kawin sekali lagi ok!!!!!!! 

Adakah Ayu puas hati dengan butik ni? Puas hati sangat dengan service dia. And I also recommended this butik to my friends yang tanya 'mana Ayu tempah baju?'



Red Carpet dah senget2 sebab diaorang tengah gulung carpet tu.


Oh lupa nak mention. Kalau tengok dekat website dia, nampak macam classic sikit la. Tapi try pergi butik dia. Masya-Allah macam2 design yang cantik2 ada. Harga pun sangat berpatutan dengan budget yang ciput seperti kami ni. 5rz pun dah plan nak suruh adik dia ambik butik ni time adik dia nak kawin nanti. Hee~~

ps:// Hari ni nak kena timbang berat badan. Kalau naik more than 1 kg, esok kena call doc and dapat mc untuk minum air gula. Huwaaaa. Hopefully berat Ayu tak naik more than 1kg. After work nanti nak pergi timbang berat badan. Wish me luck.

{From Ayu with ♥}

7 comments:

LisaLisut said...

cantikla ayu baju u.baju fairuz pn cantik... :)

bahIRAh said...

betul2..memg cantik..

WaTy said...

Babe pelamin die ok2 tak? Hehehe *tetibe terjah blog u* do visit mine kayh http://iniserious.blogspot.com

~Ayu BnSyg~ said...

Lisa : Thanks dear. I pun suka baju both 5rz and mine.

bahirah : Thanks =)

WaTy : Pelamin dia ok bg kami. Murah. :)

redmerah said...

sola d couture tu ke?

~sHiDa dAn sAfUaN FaMiLy~ said...

lawa..
http://sehati0818.blogspot.com/
follow me k..

~Ayu BnSyg~ said...

redmerah : Bukan la. Sola tu nama pekerja yg Ayu deal with. Nama butik Alfinaz.

Shida : Thanks =) Let's exchange link nak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...