Thursday, April 3, 2014

Winter Sonata Trip - N Seoul Tower (Day 2) Part 4

From Myeongdong, terus ke N Seoul Tower. Kami x dinner dulu since dah beli kebab dekat Myeongdong and dah minum dekat Hollys. Kenyang lagi. Before terus ke Seoul Tower, kami singgah dekat tempat locker. Yela sebab shopping dah banyak. X kan nak angkut bawa naik tower? So kami sewa locker dekat one of the subway station. 4000 won (RM 12) for 4 hours. Ok la tu. Sumbat semua dalam locker.

Kami ambik locker yang paling besar. Electronic locker. Nasib engage t/g. Senang kerja

Actually nak ke Seoul Tower ada 2 cara. Satu by bus and another one by cable car. Package yang Ayu ambik from t/g adalah by bus. Tapi last minute Ayu request nak naik cable car. Time pergi je kami naik cable car. Turun bawah by bus. Beratur nak naik cable car punyalah panjang! Esok hari minggu. No wonder! Ramai nak naik atas tower bercintan cintun. 

Beratur lama kat sini. Sejuk sangat sebab open air!

Nampak x building belakang tu? Itu semua beratur nak naik cable car

1 jam kami beratur nak naik cable car ni. Nak beratur ke cable car pun bukan main payah. One thing la Korea ni, not baby friendly. Mana nak angkut stroller bagai. Lift ada tapi tingkat atas. Tingkat bawah x de. Ke Ayu x perasan? Memang la bukan Ayu pun yang angkat stroller tu tapi Ayu tumpang simpati dgn 5rz. Hehehe. Eh gelak plak.


X habis2 beratur lagi ni

Naik cable car 5000 won (RM 15) per way/pax and kalau return 8400 won (RM 25.20) Ambik darab 3 jela senang ye. 


Pemandangan dalam cable car



Turun cable car, kena naik tangga plak nak sampai bawah tower tu. Ha ha hadoi! Dah malam, cuaca makin sejuk. 

Bertabahlah nak naik tangga tinggi2 ni especially yang bawa anak kecil


Bila dah sampai bawah tower tu, tunggu t/g beli tiket. Ada tiket baru boleh masuk. Naik lift plak nak ke puncak. Dekat puncak x de ape pun. Ada teropong yang korang boleh teropong bandaraya Seoul, ada cafe and ada tempat korang boleh claim nak ambik gambar korang. Sebelum naik lift nak menuju ke puncak, diaorang akan tangkapkan gambar kita and nanti depa edit gambar berlatar belakangkan Seoul Tower. Kami beli satu tapi gambar tu 5rz tutup mata plak. Ha ha hadoi lagi! 


Ayu naik puncak sebab ingatkan padlock ada dekat sini. Rupanya dekat bawah tower tu ha. Punyala tanya orang kat sana. Nasib depa faham. Padlock ni ada 2 tempat. Satu kena naik tangga and another one betul2 sama level dengan tempat beli tiket. Kalau nak tengok tempat Scha berlakon tu, korang kena naik tangga. Situ paling banyak padlock. Dekat tempat beli tiket tu, x banyak pun padlock dia. 

Inilah yang aku nak tengok sangat tu. Adoiii kunci mangga je pun!


Dikatakan kerusi tu pernah diduduk oleh Scha Al Yahya time dia berlakon drama Awan Dania.

Walaupun gambar buruk, nak letak jugak selfie 3 beranak. Nanti kita beli monopod plak. Lagi sonang

Dah dapat puaskan hati tengok padlock, kami jumpa t/g balik. Gila ape aku ni? Puas tgk padlock? Kat Malaysia pun ado! Lepas tu t/g kasi surprise dekat kami. Jeng3x. Sebab surprise tu terlalu banyak gambar, so Ayu hold next entry. Otherwise panjang sangat post ni.

X habis lagi entry ni. After dapat surprise from t/g, kami semua turun bawah. Turun bawah x payah pakai tangga plak. Rupanya ada 2 laluan. By tangga and turun bukit. Haiyah! Nasib lah. 


Curam juga la kalau bawa stroller




Kami turun by bus. Kami ambik bus nombor 105. Nak tunggu bus ni pun punya la lama. Sebab time tu dah malam. Risau gak kot2 x de bus kan? Tapi t/g kate ada. Bus dekat sini guna bateri. Sama la macam moto dekat Guilin dulu. Pakai bateri. X de pencemaran udara. Dekat setengah jam juga la tunggu bus.

Bye2 Seoul Tower
Then kami singgah makan. Nasib laaaa kedai buka lagi. T/g dah risau dah kot2 kedai dah tutup. Rezeki kami mungkin. After dinner, balik hotel and re-charged energy for next day plak. Day 2 habis dah tapi Ayu hutang entry surprise from t/g. Next entry, insya-Allah.  

{From Ayu with ♥}

3 comments:

Nadya Zahid said...

i dok pk cmne la i nak angkut 3 babies tu..atlast aidan i bwk gak..hahaha

Chekgu Azrine said...

Cuaca tu mesti sejuk dan bestkan..
Mmg byk review korea xbaby frendly..hmm..

Ayuni Hj Rosli said...

Nad: That means your mom ikut eh? Eh Nad jom exchange link sebab I ni URL baru I ni. Let's?

Chekgu Azrine: Sejuk and sometimes best sometimes sejuk sangat pun x best. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...